Pas tutup pintu berbaik dengan DAP – Hadi Awang

MARANG 27 Jan. - Selepas seminggu Lim Kit Siang menyatakan kesedia­an DAP untuk memulihkan kembali hubungan dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang, hari ini Presiden Pas itu membuka mulut dengan menegaskan Pas sudah menutup pintu untuk berbaik semula dengan DAP. 

Malah, tegas Abdul Hadi, Kit Siang yang merupakan Penasihat DAP sebelum ini kerap kali berdolak-dalik mengeluarkan kenyataan berhubung kerjasama antara parti berkenaan.


Beliau menjelaskan, Pas tidak dapat menerima kembali DAP atas beberapa alasan termasuk parti itu terbukti menentang pelaksanaan undang-undang Islam khususnya berkaitan Rang Undang-Undang (RUU) 355 dibentangkan oleh Pas.


Selain itu, kata Abdul Hadi, DAP juga didapati telah gagal menangani pelbagai masalah rakyat sejak memerintah Pulau Pinang sehingga sekarang.


"Banyak kali dah nak berbaik, keluar pun acap kali dah. Dia (Kit Siang) tak ada bukti yang dia terima secara prerogatif, dia masih menentang negara Islam termasuk RUU 355 pun dia tak setuju. Itu perkara yang berkait dengan prinsip.


"(Malah) sikap dia terhadap rakyat Pulau Pinang juga ter­bukti, masalah di Pulau Pinang dia tak selesai. Antaranya ma­salah rakyat, masalah nelayan, kita beri dia (DAP) perintah satu penggal, masalah rakyat (Pulau Pinang) tak boleh selesai de­ngan baik," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parli­men Marang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang menyatakan perkara itu ketika ditemui pemberita sejurus selesai me­ngadakan kuliah Jumaat di Masjid Rusila dekat sini hari ini.


Presiden Pas itu diminta re­ak­si berhubung pelawaan daripada Kit Siang untuk bekerja­sama semula dengan alasan sebagai komitmen untuk menyelamatkan Malaysia.

Sebelum itu, DAP memutuskan hubungan dengan Abdul Hadi berikutan ketegasan Pas ingin melaksanakan hudud di Kelantan sambil menuduh Pre­siden Pas itu sebagai pemimpin yang tidak jujur dan tidak bermaruah.


Abdul Hadi seterusnya me­ngakui Kit Siang mempunyai agenda tertentu berhubung pe­lawaannya mengadakan kerja­sama sekali lagi dengan Pas iaitu semata-mata untuk menang dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.


"Kita tak terima dan tolak (pelawaan DAP bekerjasama dengan Pas). Dia tak tunjuk tan­da-tanda prerogatif, sekadar nak menang pilihan raya. Kita bukan nak menang pilihan raya tapi kita nak buat perubahan.


"Memang (DAP) ada agenda, kita pun ada agenda. Kalau ada agenda yang bercanggah (antara Pas dan DAP), tak bolehlah (be­kerjasama)," jelas beliau.


Ditanya mengenai gesaan Penasihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad agar pakatan pembangkang menolak Pas, Abdul Hadi menyifatkan bekas Perdana Menteri itu sebagai tidak konsisten.


"Sudah berapa kali Tun M keluar masuk UMNO, masuk selepas itu keluar balik, (beliau) tak konsisten," bidasnya.


Sumber : UTUSAN

Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

Leave a Reply

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .