Mahathir sanggup lakukan apa saja

IPOH - Umno Perak menyifatkan Pengerusi Bersatu, Tun Mahathir Mohamad sebagai individu yang sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai agenda peribadi politiknya.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Saarani Mohamad berkata, perkara itu dibuktikan melalui kenyataan Mahathir yang mahu mengekalkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) meskipun sebelum ini lantang mengkritik pendekatan terbabit.

"Sebelum ini, beliau mengatakan BR1M itu rasuah, tujuannya supaya rakyat menolak program yang dibuat perdana menteri.

"Tetapi, apabila beliau tahu satu kajian ilmiah dibuat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkaitan BR1M dan 85 peratus responden yang menerimanya memberi maklum balas baik, maka tersedarlah beliau andaiannya silap," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media sempena Permukiman Bagan Datuk di Bangunan Perak Darul Ridzuan (SUK), di sini.

Sebelum ini, Mahathir ketika berucap pada pelancaran rasmi Bersatu di Shah Alam menegaskan BR1M berkemungkinan dikekalkan sekiranya pembangkang menguasai tampuk pentadbiran negara.

Kenyataan itu bagaimanapun dibidas sesetengah pimpinan BN yang menyifatkan Mahathir 'cakap tak serupa bikin' kerana kerap mengkritik selain menganggap pemberian BR1M sebagai rasuah.

Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

Leave a Reply

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .