Tiga Ketua Pemuda pula ditahan SPRM

KUALA LUMPUR 9 Okt. - Siasatan kes penyelewe­ngan dana awam Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang membabitkan kerugian RM1.5 bilion semakin hangat dengan penahanan tiga Ketua Pemuda daripada dua parti politik hari ini.

Menurut sumber, tiga individu terbabit merupakan Ketua Pemuda daripada Parti Warisan Sabah (Wari­san) dan juga Ketua Pemuda dua bahagian UMNO di Sabah.

"Dua daripada mereka ditahan kira-kira pukul 5 petang di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah di Kota Kinabalu manakala seorang lagi ditahan di Pejabat SPRM Tawau," katanya ketika dihubungi di sini.

Sementara itu, Timbalan Ke­tua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut.

Penahanan tiga individu tersebut menjadikan jumlah tangkapan berhubung kes penyelewengan dana peruntukan kerajaan dari 2009 hingga 2016 itu sebanyak enam orang setakat ini.

Kesemua dana ber­kenaan dipercayai diseleweng daripada dana projek infrastruktur rakyat seperti pembinaan jalan raya, bekalan air dan elektrik di Sabah yang disalurkan melalui lebih 60 syarikat proksi.

SPRM Khamis lalu menahan tiga individu iaitu Naib Pre­siden Warisan Sabah, Datuk Peter Anthony, 46; bekas Timbalan Setiausaha Bahagian kementerian, Norhartarty Rahmat, 40; dan ahli perniagaan, Yu Sin Kong, 52, bagi membantu siasatan kes tersebut.

Lanjutan daripada penahanan itu, SPRM membekukan sembilan akaun membabitkan wang berjumlah RM180 juta.

Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

Leave a Reply

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .