Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) berlangsung pada tahun ini. Itu sudah pasti. Tarikhnya sahaja yang masih ditunggu-tunggu rakyat Malaysia. Tarikh untuk memilih wakil rakyat bagi kerusi Dewan Rakyat (Parlimen) dan Dewan Undangan Negeri.
Semua pihak berdebar-debar sebab PRU-14 kali ini dilihat lebih panas berbanding dengan PRU sebelum ini. Hal ini ditambah dengan ledakan teknologi maklumat terutamanya laman-laman sosial yang sarat dengan informasi tidak kira betul atau salah.
Sebagai rakyat biasa, ramai lagi yang sukar membezakan maklumat mana yang betul atau sebaliknya. Kadang-kadang maklumat yang dikongsi melalui laman sosial itu tidak diketahui palsu, fitnah atau benar. Tanpa kita sedar banyak orang sudah turut menjadi alat kepada permainan penyebar berita palsu dan fitnah.
Saya percaya penularan berita palsu menjelang PRU-14 akan bertambah banyak semata-mata untuk memburukkan pihak lawan dan pembunuhan karakter pemimpin tertentu.
Apatah lagi media sosial sudah menjadi alat perantaraan utama bagi semua parti untuk menyebarkan manifesto dan agenda mereka.
Kempen menggunakan berita palsu sudah pun mula digunakan pada PRU-13. Kita tidak mudah lupa berita tentang dakwaan 40,000 rakyat Bangladesh telah keluar mengundi.
Sampai hari ini tiada satu laporan aduan dibuat kepada pihak berkuasa. Jelas itu berita palsu yang diada-adakan. Perkara itu agak melucukan, tetapi banyak juga pihak yang 'percaya'. Masyarakat kita terutama pengundi ketika itu lupa pada sesuatu berita yang 'viral' atau popular tidak semestinya betul.
Banyak pengajaran boleh diambil tentang berita palsu semasa PRU-13. Sampai hari ini pun penyebaran berita palsu masih berlaku. Masyarakat kita suka sangat sebar hal yang belum tentu benar atau palsu. Memang tidak susah pun. Cuma tekan dan hantar mesej atau video yang diterima kepada rakan atau kenalan lain.
Perasaan untuk selidik dahulu atau menilai buruk baik menularkan bahan itu diabaikan atau dilupakan. Mungkin sikap memeriksa fakta itu dianggap perkara 'buang masa.'
Berita daripada media sosial
Kalau menurut pemerhatian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, kebanyakan rakyat Malaysia kini mendapat berita mereka dari media sosial. Laporan Institut Berita Digital Reuters 2016 mendedahkan bahawa 69 peratus rakyat Malaysia memperolehi berita dari media sosial.
Oleh sebab tidak membaca surat khabar dan mendengar berita TV arus perdana, golongan ini ramai yang tidak dapat membezakan antara berita sebenar dengan berita palsu.
Mereka tidak sedar bahawa betapa aktifnya cerita palsu yang tular di media sosial melalui Facebook, Twitter dan WhatsApp.
Biasanya cerita atau video palsu dalam laman sosial diulang tayang beberapa kali. Sebenarnya salah pengirimnya yang nampak macam orang tidak cukup maklumat atau ketinggalan. Dalam grup WhatsApp perkara ini biasa berlaku. Cedok dari Facebook kemudian ditular dalam WhatsApp, konon untuk memberitahu rakan tentang maklumat terbaharu yang dia perolehi.
Inilah masalah dalam masyarakat kita, ada banyak orang yang suka menyebarkan berita palsu dan sudah basi. Bukan semua pengguna laman sosial bijak memanfaatkan teknologi itu ke arah kebaikan, sebaliknya ada antara sesetengah pihak suka menyebarkan berita palsu demi mencipta sensasi semata-mata.
Ada rakan kita sendiri yang mahu berlagak menjadi orang pertama dapat mengirim sesuatu berita atau video. Sesetengah orang pula ghairah hendak menyampaikan maklumat dengan cepat tanpa pengesahan daripada pihak berkaitan tentang kesahihan sesuatu berita itu terlebih dahulu.
Orang lain yang turut menularkan sesuatu berita tanpa mereka sedar sudah meletakkan kononnya pengirim itu adalah orang pertama yang tahu pasal sesuatu maklumat itu tanpa memikirkan kesahihan dan akibatnya.
Banyak kesan negatif misalnya orang yang masih hidup dikatakan sudah mati, kejadian sudah berlaku bertahun lamanya dianggap peristiwa terkini dan banyak lagi yang memudaratkan orang ramai. Lebih bahaya jika ia melibatkan soal keselamatan dan perpaduan antara kaum. Hal ini jangan dibuat main-main atau gurauan.
Ingatlah menyebar berita palsu itu salah di sisi undang-undang negara. Penyebar berita palsu dalam talian boleh diambil tindakan bawah peruntukan Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 yang boleh membawa kepada denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan tidak melebihi satu tahun, atau kedua-duanya sekali.
Kelmarin kerajaan bercadang meminda undang-undang tersebut. Bila pinda, hukumannya tentu bukan bertambah ringan lagi. Beringatlah kita tentang hal ini. Jangan menjadi orang pertama dihukum bila pindaan tersebut diluluskan.
Kerajaan menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia sudah berusaha mengekang penyebaran maklumat palsu dan khabar angin di negara ini. Malaysia menyertai beberapa negara maju lain yang meminta supaya penyedia platform media sosial – Facebook (FB), Google dan Twitter mengeluarkan kandungan yang tidak wajar.
Kerajaan Malaysia mungkin tidak mahu setegas kerajaan Perancis yang menggantung 30,000 akaun Facebook palsu ketika negara itu menghadapi Pilihan Raya 2017. Pada saya bertindaklah sebab baik parti Barisan Nasional atau Pakatan Harapan, pihak mereka juga akan dapat manfaatnya.
Selagi tiada ketegasan dilakukan, maka cerita lama tentang berita palsu dan fitnah akan berterusan. Kita juga perlu terima hakikat kelemahan penguatkuasaan undang-undang menyebabkan penyebaran berita palsu di laman sosial terus berleluasa.
Hanya beberapa kes popular seperti penghinaan ke atas kerabat istana dan orang popular sahaja yang diambil tindakan, menyebabkan undang-undang yang sedia ada tidak menginsafkan seseorang.
Sebab itu kita dapat lihat di laman sosial atau WhatsApp masih ada bahan yang mengaibkan individu atau pihak tertentu, reputasi seseorang atau sesebuah organisasi diperlekehkan. Malah ada yang tanpa peduli soal kesan penyebaran berita palsu boleh menyebabkan kerugian yang melibatkan wang ringgit kepada pihak tertentu.
Sudah tiba masa untuk masyarakat kita menggunakan sepenuhnya inisiatif seperti portal sebenarnya.my dan menjadikannya sebagai tabiat untuk menyemak kesahihan berita yang tular di laman sosial terlebih dahulu sebelum berkongsinya dengan orang lain.
Apa pun, janganlah kita masih mengabaikan amaran kerajaan supaya tidak menyebar berita palsu atau fitnah melalui laman sosial. Jika kita ingkar dan berdegil, sedialah terima tindakan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma). Apa bentuk hukumannya, carilah dalam Internet.
BalasPadamSaya selalu berpikir bahwa semua perusahaan pinjaman online curang sampai saya bertemu dengan perusahaan peminjam yang meminjamkan uang tanpa membayar terlebih dahulu.
Jika Anda mencari pinjaman, perusahaan ini adalah semua yang Anda butuhkan. setiap perusahaan yang meminta Anda untuk biaya pendaftaran lari dari mereka.
saya menggunakan waktu ini untuk memperingatkan semua rekan saya INDONESIANS. yang telah terjadi di sekitar mencari pinjaman, Anda hanya harus berhati-hati. satu-satunya tempat dan perusahaan yang dapat menawarkan pinjaman Anda adalah SUZAN INVESTMENT COMPANY. Saya mendapat pinjaman saya dari mereka. Mereka adalah satu-satunya pemberi pinjaman yang sah di internet. Lainnya semua pembohong, saya menghabiskan hampir Rp35 juta di tangan pemberi pinjaman palsu.
Pembayaran yang fleksibel,
Suku bunga rendah,
Layanan berkualitas,
Komisi Tinggi jika Anda memperkenalkan pelanggan
Hubungi perusahaan: (Suzaninvestment@gmail.com)
Email pribadi saya: (Ammisha1213@gmail.com)