Masa saya jadi PM dulu, depa kaya ka? - Mahathir

KUALA LUMPUR - Sejak Tun Dr Mahathir Mohamad berpaling ke arah pakatan pembangkang, muncul kontroversi yang mengungkit kekayaan luar biasa dimiliki anak-anaknya.

Pengerusi Pakatan Harapan itu hari ini menjawab gosip yang dilemparkan itu.

"Masa saya jadi Perdana Menteri dulu depa (mereka) kaya ka?

"Waktu tu tak ada langsung gosip mengenai anak-anak saya yang katakan mereka kaya," bidasnya ketika sidang media selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Parlimen, hari ini.

Beliau menegaskan bahawa kekayaan dimiliki anak-anaknya hari ini adalah hasil usaha mereka sendiri dalam empayar perniagaan.

"Jika mereka kaya sekarang, ini adalah hasil usaha mereka sendiri dan mereka layak untuk mengecap kekayaan itu, jika mereka kayalah.

"Tapi ada juga saudara mara saya  yang miskin ibarat tikus dalam gereja," seloroh beliau.

Menurut bekas Perdana Menteri itu lagi, beliau tidak boleh menghalang anak-anaknya daripada menjalankan perniagaan.

"Kadang-kadang apabila perniagaan mereka tak menjadi tidak pula dilaporkan di media-media, mereka pun macam orang lain juga, adakala berjaya ada hari gagal," katanya.

Mahathir yang juga bapa kepada empat cahaya mata ini menjelaskan kejayaan dan kekayaan anak-anaknya juga bergantung kepada nasib, bukan semuanya hebat.

"Kalau dapat peluang daripada kerajaan, gagal, tidak pula dihebahkan. Tapi bila ada yang berjaya dalam perniagaan dilaporkan kepada polis pula," katanya.

Sebelum ini kontroversi kekayaan anak-anak Mahathir menjadi perdebatan hangat dan beliau dikritik kerana didakwa terlibat dengan amalan kronisme serta nepotisme.

Malah, ada pihak tampil menyerahkan senarai nama syarikat dimiliki empat anak beliau iaitu Tan Sri Mokzani, Mirzan, Datuk Seri Mukriz dan Datin Paduka Marina kepada Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya.

Mereka mendakwa syarikat-syarikat tersebut antaranya dikenal pasti wujud semasa Mahathir menjadi Perdana Menteri dan sehingga kini masih beroperasi dengan tender-tender kerajaan.

Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

2 Responses to Masa saya jadi PM dulu, depa kaya ka? - Mahathir

  1. Nak ada gossip macamana sebab media semua Tun yang control apa yang nak diberitakan atau disensasikan. Media sosial jauh sekali sebab langsung tak ada masa tu. Cakap lebih sikit akan ditahan ISA 2 tahun. Hanya dengan cermah politik pembangkang yang diadakan sepanjang tahun di halaman rumah atau tanah kosong yang lapang kita boleh mendengar cerita kekayaan anak Tun ni. Itu pun penuh dengan Polis atau SB yang diarahkan untuk memantau ceramah yang diadakan.

    Tak habis lagi nak tegakkan benang basah kekayaan anak-anak dia tu. Pemimpin pembangkang yang lain lagi le handal sebab semuanya telah hilang ingatan atau tak tahu tentang apa yang mereka semua pernah katakan tentang kekayaan anak-anak Tun.

    Kalau dah kaya tu duduk diam-diam. Kan dah mula dibongkarkan kisah kekayaan anak-anak Tun. Sendiri mau ingat la atas apa yang sendiri pernah buat.

    BalasPadam
  2. BETOI BETOI BETOI

    DIA INGT ORANG BODOH HAHAHAHA DULU BOLEHLA TEMBERANG XDA MEDIA SOSIAL

    BalasPadam

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .