Alkisah kerajaan baharu Pakatan Harapan

1. Kerajaan PH baru saja melancarkan Tabung Harapan Negara untuk kutip dana ikhlas daripada rakyat yang mahu membantu negara melangsaikan hutang.

2. Marilah kita sama-sama menabung ke dalam Tabung Harapan bagi kita membina semula Malaysia yang baharu. Asyik minta itu ini je daripada gomen... meh la bantu gomen pulak. Kan?

3. Tapi, Najib dulu mudah je dapat derma 2.6 bilion daripada Arab Saudi. Apehal PH ni sampai nak minta derma daripada rakyat? Rakyat nak bayar GST pun kedekut inikan pula nak menderma. Tapi, kalau penyokong PH nak derma takpalah. Hangpa memang duit banyak dah.

4. Oh ya, tadi pun kerajaan persekutuan umumkan bonus raya RM400 kepada gred 41 dan ke bawah. Kerajaan Kelantan pun umum saguhati RM500 bagi lebih 8,000 penjawat awam negeri sempena Aidilfitri. Negeri miskin bagi bonus lebih tinggi daripada bonus kerajaan persekutuan.

5. Zaman Najib dulu dia bagi bonus untuk semua gred, bagi kenaikan tangga gaji, tambah jumlah BRIM... tapi rakyat tak mau duit-duit free ni. Rakyat tak suka makan dedak. Rakyat lebih suka menderma secara ikhlas ke tabung harapan.

6. Hangpa kena faham. Kerajaan buka tabung bantuan untuk negara bagi menggalakkan kita buat pahala banyak di akhirat kelak melalui amalan sedekah. Dan, kerajaan tak mau paksa rakyat bayar GST. Jadi, kerajaan buatlah tabung tu supaya kita memberi secara ikhlas. Kalau kenakan GST, itu dikira memaksa.

Ingat tu, tiada paksaan dalam beragama.

7. Walapun dapat bonus sikit berbanding zaman Najib, penyokong PH tetap kata, "Belajar bersyukur."

Baru sekarang nak belajar bersyukur? Berapa banyak nikmat yang Allah bagi semasa zaman Najib, semua hangpa anggap dedak.

8. 49% pengundi Malaysia takmau bayar GST 6%. Mereka nak bayar SST 10%. Mereka patriotik, nak bantu negara bina semula negara yang tak pernah hancur pun.

9. Sebelum PRU lagi dah minta derma. Dah jadi gomen pun masih minta derma? Hm... dulu kata kat PAS parti tin milo.

10. Aku ingatkan, bila PH dah berkuasa ni, bolehlah kot ringankan beban rakyat. Rupa-rupanya, rakyat yang kena tolong kerajaan ringankan beban.

11. Tapi, at least aku boleh tengok World Cup. Kerajaan sengaja allocate RM40 juta utk World Cup supaya rakyat dapat berhibur menonton bola sambil melupakan masalah negara buat seketika. Semoga imanku bertambah.

12. Kesimpulannya, kalau nak cari bini, cari yang sokong PH. Sebab, mereka tak kisah pasal janji-janji, sangat memahami kewangan suami, bertolak ansur, bersabar, sudi membantu suami meringankan beban hutang dan macam-macam lagilah!

Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

One Response to Alkisah kerajaan baharu Pakatan Harapan

  1. Silap2 hari bulan Wang tabungan Muslimin n Muslimat disalurkan ke Rumah Ibadat "Qulyaaiyuhal....besar pahala atau balanya Allahuaalam...Elok be benor lah tu...

    BalasPadam

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .