Ramalan Mahathir, DAP Kuasai Malaysia Jadi Kenyataan?




Dr Mahathir dan  ramai lagi pemimpin Pakatan Harapan  (PH) lain sering menyebut bahawa  DAP tidak akan mampu untuk menguasai kerajaan jika PH menang di dalam  PRU 14.

Inilah yang Tun Dr Mahathir nyatakan sewaktu diasak oleh saya di dalam Wacana Sinar Harian Ke-53 khamis lalu dan inilah juga yang dinyatakan oleh pengkagum beliau dalam Facebook saya.

Alasan mereka adalah kerana jumlah  kerusi yang ditandingi dan dimenangi oleh DAP di dalam PRU 14 tidak akan  lebih banyak daripada gabungan kerusi PKR, PPBM dan PAN.

Satu lagi alasan mereka adalah kerana  pemimpin PH telah bersetuju sejak 8 Januari lalu bahawa calon Perdana  Menterinya adalah Tun Dr Mahathir, bukan pemimpin DAP.

Bagaimanapun, Tun Dr Mahathir dan para  penyokong beliau mungkin sudah lupa bahawa soal ini sebenarnya sudah  dijawab oleh beliau sendiri di dalam satu tulisan beliau pada 13 Mac  2014.

Di dalam tulisan ini, Tun Dr Mahathir  menepis pandangan yang menyatakan bahawa Cina yang menjadi minoriti  tidak akan mampu untuk menguasai Malaysia sebagaimana Cina menguasai  Singapura.

Kata Tun Dr Mahathir: “Menjadi Perdana  Menteri secara fizikal adalah tidak perlu. Jika Perdana Menteri berada  di bawah kawalan DAP maka ia akan menjadi sebuah kerajaan yang  didominasi oleh Cina.”

(Ayat sebenar Tun Dr Mahathir: “Physically  holding office is not necessary. If the Prime Minister is totally under  the control of the DAP then it would become a Chinese dominated  Government.”)

Kata Tun Dr Mahathir lagi: “Hari ini  Melayu terbahagi kepada tiga buah parti. Untuk mana-mana parti menang,  sokongan Cina adalah penting. Parti-parti Melayu bergantung kepada undi  Cina untuk menang. DAP melihat ini sebagai satu peluang untuk memilih  parti Melayu mana akan menang.”

(Ayat sebenar Tun Dr Mahathir: “Today  the Malays are divided into three parties. For any party to win,  Chinese support is essential. The Malay parties have become dependent on  Chinese votes to win. The DAP sees this as an opportunity to choose  which Malay party should win.”)

Tambah Tun Dr Mahathir: “Mereka  (pemimpin DAP) percaya bahawa Pakatan mereka akan menang cukup kerusi  (di dalam PRU 13) untuk membentuk Kerajaan. Ia akan menjadi Kerajaan  yang tunduk kepada DAP kerana jika DAP keluar maka Pakatan akan  tumbang.”

(Ayat sebenar Tun Dr Mahathir: “They  (DAP leaders) believed that their Pakatan would win enough seats (in  the 13 GE) to form the Government. It would be a DAP subservient  Government because if it (DAP) leaves the Pakatan it will fall.”)

Bagaimanapun, kata Tun Dr Mahathir lagi, walaupun kalah di dalam PRU 13, DAP tetap tidak berputus asa (the DAP is not about to give up):  “Akan ada peluang lain di dalam PRU 14. Jika kecenderungan ke arah  kemerosotan sokongan terhadap BN berterusan, ia mungkin menyebabkan visi  DAP mengenai dominasi Cina dalam politik dan ekonomi akan terlaksana.  Malaysia akan menjadi seperti Singapura.”

(Ayat sebenar Tun Dr Mahathir: “There  will be another opportunity in the 14th General Election. If the trend  toward declining support for BN continues, it may result in the DAP  vision of Chinese dominance in politics as well as the economy being  realised. Malaysia will be like Singapore.”)
Sama-samalah kita nantikan apakah  ramalan Tun Dr Mahathir bahawa visi DAP mengenai dominasi Cina dalam  politik dan ekonomi, dan Malaysia akan menjadi seperti Singapura,  selepas PRU 14 akan terlaksana atau tidak.

Paling sadis dan ironis sekali adalah  hakikat bahawa, jika ramalan Tun Dr Mahathir ini menjadi kenyataan, ia  sebahagian besarnya adalah berpunca daripada saham yang disumbangkan  oleh beliau sendiri. Semoga Tun Dr Mahathir tidak lupa ramalan beliau  ini.

Dr Kamarul Zaman Yusoff

Posted in , , , . Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

Leave a Reply

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .