Mahathir: Data Ekonomi Dipalsukan? [Video]

Data-data ekonomi dan kewangan negara bukan sahaja dikeluarkan oleh kerajaan dan Bank Negara Malaysia tetapi juga Bank Dunia dan para penganalisis ekonomi serantau.
Kenyataan Tun Mahathir semalam bahawa kemungkinan data-data ekonomi dan kewangan negara dipalsukan adalah satu tindakan tidak bertanggung jawab kepada ekonomi negara.
Jika benar ada pemalsuan fakta ekonomi maka tindakan harus diambil. Namun kenyataan berdasarkan persepsi dan andaian semata mengenai ekonomi negara tidak sewajarnya diucapkan oleh seorang Perdana Menteri.
Lihat video:
Tun Mahathir harus sedar bahawa beliau kini adalah Perdana Menteri Malaysia yang bertanggung jawab memastikan kestabilan ekonomi negara bukan pembangkang yang membuat cerita lawak dan bina persepsi negatif.
Sekarang masa memimpin negara bukan merancang untuk menegakkan benang basah dan menunjukkan siapa benar.
Jika pada 1998, muncul Abdul Murad Khalid mendakwa mengawal akaun sebanyak RM3 bilion bagi pihak Anwar Ibrahim; siapa pula akan muncul mendakwa beliau diarah memalsukan data ekonomi.
Cukuplah Tun Mahathir, binalah negara ini dari asas sedia ada bukannya sibuk melakukan pecah dan perintah lagi.

Posted in , , . Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

Leave a Reply

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .