Rosli Dahlan
Terima kasih UMNO keranamu
Melayu bersatu
Terima kasih UMNO
Yang mengubah nasib anak bangsa
dari papa menjadi kaya
dari petani jadi saintis
dari nelayan jadi akauntan dari buruh kasar jadi loyar
Terima kasih UMNO kerana
jadi harapan bangsa
sejak merdeka

Tapi kenapa hari ini
di hari ulangtahunmu
orang Melayu mentalqinkanmu?
Kenapa orang Melayu membenci dan memusuhimu
sehingga mencipta Tsunami menguburkanmu tanpa tugu?
Kenapa benci sekali Melayu padamu?
Apakah Melayu lupa
pada segala jasa
pada segala usaha
pada segala mimpi dan aspirasi
yang pernah sekali
dulu menjadi tangkal azimat dan laungan pada bangsa yang keramat
Di mana salahmu UMNO?

Apakah kerana kau lupa menjaga maruah
lupa pada janji dan jati diri sehingga tidak berupaya membezakan yang keji dengan yang murni? Sehingga kadok dijunjung di kepala dan mengangkat pemimpin yang bobrok menjadi dewa?
lupa pada janji dan jati diri sehingga tidak berupaya membezakan yang keji dengan yang murni? Sehingga kadok dijunjung di kepala dan mengangkat pemimpin yang bobrok menjadi dewa?
Apakah itu bukan salahmu sendiri
yang tidak bisa membezakan hitam dengan putih
salah dengan benar sehingga keonaran bernanah dalam jiwa?
Maka sakitlah semuanya bangsa Melayu yang menjadi bangsat dan terhina di mata dunia
yang tidak bisa membezakan hitam dengan putih
salah dengan benar sehingga keonaran bernanah dalam jiwa?
Maka sakitlah semuanya bangsa Melayu yang menjadi bangsat dan terhina di mata dunia
Maka salah siapa UMNO
bila kau tidak bisa mendidik pemimpinmu dari bersikap onar dan perampuk durjana bermaharajalela?
bila kau tidak bisa mendidik pemimpinmu dari bersikap onar dan perampuk durjana bermaharajalela?
Hari ini
Hari ulangtahunmu UMNO
aku sambut dengan air mata seperti menangisi kekasih
di pusara
Aku tangisimu
bukan kerana aku benci padamu
tapi kerana aku masih nostalgia
pada UMNO yang pernah membela bangsa
menjadi tunggak agama

Selamat tinggal Umno….
Selamat tinggal umno..???
BalasPadamAgak2 lar.. Jgn jadi pejuang separuh jalan..!
Jika hny menyokong di kala umno kuat dan tinggalkan di kala umno lemah, itu perjuangan kepentingan peribadi..!
Pada waktu umno senang, cybertrooper umno menghentam balas setiap kata2 kritikan membina dari pengkritik sama ada dari pembangkang atau ahli umno itu sendiri..! Seolah2 langsung tdk mahu menerima kritikan tersebut. !
Maka, pada waktu umno susah cybertrooper perlu bekerja lebih keras..! Menerima setiap kritikan yg dtg kpd umno dan mengambil langkah drastik utk memperbetulkan keadaaan..! Bukan mengucapkan selamat tinggal..!
Jelas disini pengkhianat umno sebenar adalah mereka yg meninggalkan umno ketika umno berada di ambang kesusahan..!
Saya setuju...jadi la pejuang bersama waktu susah dan senang.
BalasPadamBerjuang sekali lagi memperjuangkan UMNO yang pernah merdeka kan Tanah kelahiran kita.
Ingat!! betapa susahnya, nenek moyang kita memperjuangkan kemerdekaan, Jangan semangat hilang begitu saja ...
InSya Allah kalau bersama sama bersatu, kita boleh dapat balik kepercayaan rakyat...