Ujian yang sukar untuk Barisan Nasional selepas hilang tampuk kuasa


Assalamualaikum dan salam hormat,

terlebih dahulu penulis ingin memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT yang memberi kita semua keamanan dan kestabilan walaupun kita sudah bertukar kerajaan daripada BN sejak 61 tahun yang lalu kepada Pakatan Harapan pada PRU14, 9 Mei 2018 yang lalu.

alhamdulillah, walaupun BN hilang 54 kerusi parlimen tetapi Allah tetap beri peluang kepada BN untuk berkhidmat kepada rakyat Malaysia di 79 buah kerusi dan beberapa buah kerajaan negeri. 

hari ni kita dikejutkan dengan perletakan jawatan DS Najib Razak pada jam 3 petang atas dasar tanggungjawab dan moral dek kekalahan BN sehingga hilang kuasa di peringkat persekutuan. penulis respect tindakan yang diambil oleh DS Najib tapi penulis lagi suka jika DS Najib kekal sebagai Pengerusi BN untuk menjadi Ketua Pembangkang yang gentleman dan cool di Parlimen kali ke 14.

UMNO perlukan pembaharuan dan pembaharuan tersebut perlu dilakukan serta merta kerana UMNO kena tunjuk dekat rakyat yang UMNO akan berubah untuk terus jadi relevan dan tak mahu dikuburkan! penulis harap agar muka muka muda dan berkaliber membarisi kepimpinan dan yang paling penting UMNO perlu humble dan merendah diri. 

Allah dah tunjuk semuanya kepada rakyat dan ahli BN dan parti komponen mana yang betul-betul setia dan bermaruah. Kita boleh tengok siapakah yang lompat ke kem lawan dan parti manakah yang keluar daripada BN. penulis rasa akan ada banyak lagi tindakan yang akan dilakukan oleh parti-parti komponen BN. masa je yang menentukannya!

Pembaharuan BN

BN harus membuat satu pembaharuan segera. konsep berkongsi kuasa yang diterajui oleh UMNO harus disemak semula. pengerusi BN baharu harus buat kenyataan pantas dan segera untuk memastikan tiada parti-parti komponen yang keluar dari gabungan BN. 

BN tak sepatutnya jadi "mandom" bak kata orang Kedah, BN kena cepat buat kerja dan susun strategi baharu. Kena ingat, Tun Razak telah buat rebranding Parti Perikatan kepada Barisan Nasional pada 1973. 

Sekarang, ayuh mulakan cerita baharu. Kalau gabungan PKR-PPBM-DAP-PAN boleh buat Pakatan Harapan, takkan BN tak boleh?

Wallahualam
Pewaris Melayu

Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

Leave a Reply

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .