Ekslusif! Anwar Buat Mahathir Tak Tidur Malam



Nampak macam itu sekarang, biar pun tiada dalam kabinet tetapi kuasa Anwar itu nampak...

Anwar nampak bawa watak baik, runding dan jumpa orang berbanding Mahathir yang kini bawa watak dendam dan antagonis...


Bukan Mahathir Yang Selesaikan Isu Perlantikan Peguam Negara Tapi Anwar


Isu perlantikan Tommy Thomas menggantikan Tan Sri Apandi Ali dapat di selesaikan dengan baik...


Itu pun lepas Anwar yang pujuk Yang Di-Pertuan Agong dan bukannya Mahathir...

Namun terdapat banyak persoalan yang tercetus apatah lagi selepas Anwar Ibrahim menghadap Yang Di-Pertuan Agong Sultan Muhammad berkenaan isu pelantikan Peguam Negara...

Ramai yang mempersoalkan kenapa Anwar yang tak ada apa2 jawatan dalam kerajaan bertemu Yang Di-Pertuan Agong, bukannya Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad...? 
Boleh dikatakan sana sini orang membincangkan perkara ini, bukan setakat di kedai kopi malah turut di bahaskan dalam media sosial sampai timbul pertanyaan adakah Anwar yang lebih berkuasa dari Mahathir...?

Walaupun ada penyokong Pakatan Harapan yang tidak mempertikaikan kredibiliti Anwar, namun pada masa yang sama mereka tertanya-tanya apakah yang berlaku ketika ini...?

Tidak kurang pula yang menganggap ia sebagai sesuatu yang `suspense'...
Isu pemilihan Peguam Negara bagi menggantikan Apandi ini telah menjadi kontroversi sebelum ini apabila beberapa pihak dilaporkan menolak Tommy daripada diangkat ke jawatan terbabit...


Ini kerana pemilihan Tommy sebagai calon Peguam Negara sebelum ini dikatakan boleh menimbulkan konflik kepentingan kerana beliau pernah menjadi peguam kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah pentadbiran Lim Guan Eng selain mewakili Menteri Kewangan itu dalam kes skandal banglo...

Bacadi sini :
https://www.amenoworld.org/2018/06/tommy-thomas-tak-layak-jadi-peguam.html?m=1
Itu antara sebab kenapa ramai yang menolak Tommy...
Bagaimanapun episod pelantikan Peguam Negara ini dilihat menyerlahkan lagi pengaruh Anwar Ibrahim berbanding Mahathir...

Kesihatan Mahathir Menjadi Tandatanya Banyak Pihak



Barangkali dengan kebimbangan Hasmah mengenai kesihatan suaminya, Mahathir mungkin tidak lama, Anwar akan ambil alih dalam masa terdekat? Segalanya boleh jadi...

Baca di sini :


Kabinet Penuh Masih Belum Di Pilih Walau Pun Sudah Lebih 20 Hari PH Jadi Kerajaan


Lihat sahajalah kabinet PH sekarang, masih tidak lengkap...
Malah bila sebenarnya semua ahli ahli parlimen hendak masuk angkat sumpah di Dewan Rakyat...?
Semasa PRU12, tarikh pilihanraya 8 Mac dan kemudian angkat sumpah Dewan Rakyat pada 29 April 2008, ambil masa 51 hari...
Semasa PRU13, tarikh pilihanraya adalah pada 5 Mei 2013 dan angkat sumpah di parlimen pada 24 Jun 2013, dalam masa 50 hari...
Jika ikut tempoh ini, 50 hari akan jatuh pada 27 Jun 2018, namun belum ada dengar berita apa apa lagi mengenai aturan mesyuarat di Dewan Rakyat...
Apakah hendak tunggu Anwar Ibrahim angkat sumpah sekali baru hendak masuk Dewan Rakyat...? 

Mampukah Mahathir Bertahan?



Umum tahu sikap Mahathir yg tak mahu mengalah memang tak pernah berubah dari dulu...


Dengan kuasa yang ada padanya, Mahathir sanggup lakukan berbagai2 kezaliman terhadap musuhnya dan kemudiannya dgn bijak menyembunyikannya...

Tapi Mahathir harus sedar, jawatan dan kuasa Perdana Menteri yg ada padanya sekarang tak semantap sebelum ini...

Kalau dulu, Mahathir boleh lakukan apa saja kerana di kelilingi oleh pemimpin2 Umno dan BN yg setia tp skrg dia di kelilingi oleh bekas musuh2 tradisinya termasuk Anwar Ibrahim...

Anwar Sedang Rancak Dan Secara Bijak Sedang Menyusun Strategi

Umum juga tahu sikap Anwar yg gelojoh untuk sampai ke puncak kuasa...

Apakah Anwar akan sekali lagi tersungkur di kaki Mahathir di sebabkan kegolojohannya ingin ke puncak kuasa?

Apakah muslihat Anwar tidak mahu bertanding di Parlimen Pandan

Atau Anwar akan lebih bijak dan matang menyusun strategi supaya pisang tak berbuah dua kali...

Baca di sini :

http://www.utusan.com.my/mobile/berita/politik/anwar-tolak-bertanding-di-pandan-buat-masa-ini-1.686822

Memang dari kenyataan media, Anwar menyatakan yang dia akan menyokong penuh kepimpinan Mahathir...

Baca di sini :

http://www.malaysiakini2.com/semua-ahli-adun-pkr-perlu-beri-penuh-kesetiaan-kepada-tun-m-anwar/

Tetapi sejarah membuktikan, di sebalik kenyataan sokongan Anwar, dalam diam2 dia sudah mengatur strategi peralihan kuasa...

Apa pun boleh berlaku...

Cuma kita harapkan agar peralihan kuasa di antara dua tokoh ini tak akan menjejaskan kestabilan negara!!!
Sumber : http://theunspinners.blogspot.com/2018/06/anwar-buat-mahathir-tak-tidur-malam.html

Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

3 Responses to Ekslusif! Anwar Buat Mahathir Tak Tidur Malam

  1. Jika BN Sarawak meninggalkan BN maka UMNO sudah boleh membuka cawangannya di sana.

    BalasPadam
  2. Eloklah Mahathir dan Anwar buat plan penyerahan kuasa secara sistematik mulai sekarang utk memastikan ianya berjalan lancar tanpa ada demonstrasi jalanan dsb. Anwar hanya selangkah lagi untuk mencapai puncak kegemilangan politik tersohor, mungkin sebaris pemimpin hebat spt Nelson Mandela. Tapi, mampukah Anwar mencapai kegemilangan ini atau hanya memiliki sejarah sebagai no.2 atau timbalan sahaja, sama2 kita saksikan? Eloklah pi kedai beli popcorn?

    BalasPadam
  3. Betul juga kata2 natizen, Anwar punyai skill luarbiasa, tanpa punyai apa2 kedudukan dlm kerajaan, beliau jumpa YDPA hanya sekelip mata masalah perlantikan AG boleh selesai. Umum tahu AG mempunyai konflik kepentingan dlm kes banglo murah LGE yg mungkin dipersoalkan oleh YDPA? Ini tidak baik untuk negara!

    BalasPadam

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .