KWSP rugi RM6.09 bilion



KUALA LUMPUR 19 Jun - Pelaburan yang dilakukan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerusi 10 syarikat tersenarai awam (PLC) mencatatkan kerugian sebanyak RM6.09 bilion setelah jatuh kepada 12 peratus dalam tempoh sebulan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Menurut laporan The Edge, nilai pelaburan menurun secara mendadak daripada RM51.21 bi­lion kepada RM45.12 bilion dalam tempoh sebulan.

Laporan tersebut menyebut, sektor pembinaan adalah yang paling teruk terjejas ekoran pe­ngumuman kerajaan Pakatan Harapan bahawa mereka mahu mengkaji semula projek-projek mega yang dimulakan di bawah pentadbiran bekas Barisan Nasional (BN).

Laporan itu memaklumkan, 10 saham utama yang mencatatkan prestasi terburuk dalam portfolio KWSP sepanjang tempoh itu ialah Cahya Mata Sarawak Bhd. (CMS), Malaysian Resources Corp Bhd. (MRCB), IJM Corp Bhd., Gamuda Bhd., Telekom Malaysia Bhd. (TM), Axiata Group Bhd., Tenaga Nasional Bhd. (TNB), CIMB Group Holdings Bhd., Malayan Ban­king Bhd. (Maybank) dan Genting Plantations Bhd.

"Harga saham CMS telah jatuh 37 peratus menghapuskan kira-kira RM1.7 bilion daripada nilai pasaran.

"Saham MRCB dan IJM yang masing-masing jatuh 32 peratus mencatatkan kerugian RM1.4 bi­lion dan RM3.1 bilion," kata laporan tersebut.

Menurut laporan tersebut, saham Gamuda juga merosot sebanyak 28 peratus dan me­ngurangkan modal pasarannya sebanyak RM3.7 bilion.

Selain itu, laporan The Edge juga menyebut, saham KWSP dalam empat syarikat berkaitan kerajaan (GLC) iaitu Maybank, CIMB, TM dan Axiata juga merosot menyebabkan KWSP kehila­ngan RM3.86 bilion dalam tempoh sebulan.

"Tetapi penurunan harga saham TNB menjejaskan nilai pelaburan KWSP yang paling ba­nyak. Gergasi utiliti itu menyaksikan RM8.5 bilion dihapuskan daripada modal pasarannya," katanya.

Laporan itu juga berkata, laman sesawang KWSP menunjukkan bahawa nilai pelaburan dalam ekuiti turun sebanyak RM5.63 bilion daripada RM344.35 bilion pada suku keempat 2017 kepada RM338.72 bilion pada suku pertama tahun ini.

Pewaris Melayu : Tahniah pengundi Pakatan Harapan! 

Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

Leave a Reply

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .