Tiada bukti kukuh untuk dakwa saya – Najib



(Utusan) KUALA LUMPUR 11 Jun – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak percaya Pakatan Harapan (PH) tidak mempunyai bukti kukuh untuk mendakwanya menyeleweng dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Dalam status terbaharu menerusi Facebook, Najib me­ngu­langi pendirian beliau tidak mene­rima faedah mahupun mencuri wang daripada 1MDB atau mana-mana pihak.

"Jika saya didakwa atas alasan politik, saya yakin mahkamah akan membuktikan saya tidak bersalah," katanya menerusi status yang dimuat naik dalam akaun media sosial itu, hari ini.

Menurutnya, di sebalik me­yakinkan rakyat sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) kononnya beliau mencuri berbilion dana 1MDB, Tun Dr. Mahathir Mohamad kini berkata tanpa bukti kukuh, tindakan menahan atau mendakwanya di mahkamah adalah tidak mudah.

"Beliau turut berkata bukti tidak kukuh dan jika saya didapati tidak bersalah oleh mah­kamah, maka segala tuduhan yang dilempar dan tindakan oleh PH selama ini akan dipersoalkan oleh rakyat.

"Dengan berkata demikian, Dr. Mahathir telah mengaku PH membuat segala tuduhan terhadap saya tanpa bukti kukuh," katanya.

Tambah Najib, hal itu juga membuktikan kertas pertuduhan yang didakwa sudah disedia­kan untuk mendakwa­nya pada 2015 adalah tidak benar dan sebahagian daripada konspirasi menggunakan individu tertentu dalam pentadbiran kerajaan untuk menggulingkan beliau.

"Pada ketika itu, kenyataan saya tidak pernah diambil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), justeru bagaimana pula ada kertas pertuduhan?

"Hanya sekarang mereka mahu me­lakukan justifikasi ke­pa­da tuduhan me­reka dengan mencari bukti sama ada ia benar, diimaginasikan atau direka," kata Najib.

Najib juga menyatakan, berbeza dengan Perdana Menteri keempat (Dr. Mahathir), anak beliau tidak memiliki syarikat senarai awam, memiliki kereta mewah 'supercar' bernilai berjuta ringgit dan tidak pernah dianugerahkan kontrak kerajaan atau menjalankan perniagaan dengan kerajaan.

Sementara itu Najib berkata, jemaah haji yang dibiayai oleh 1MDB tidak perlu bimbang ke­rana dana digunakan untuk membantu mereka menunaikan Rukun Islam kelima itu adalah daripada sumber yang halal.

Kata Najib, beliau akan menanggung dosa yang besar jika sumber pembiayaan itu adalah sebaliknya.

Beliau berkata, adalah silap apabila Perdana Menteri mendakwa wang yang digunakan oleh 1MDB bagi membiayai beribu jemaah haji merupakan hasil curi.


Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

Leave a Reply

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .