Aik, mana dia pertuduhan RM2.6 bilion? Hermas? Birkin? Rupanya tuduhan pecah amanah SRC International Sdn Bhd je?







Tiga tuduhan pecah amanah jenayah dibacakan terhadap bekas Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak. Beliau selaku penjawat awam iaitu Menteri Kewangan dan Perdana Menteri yang diamanahkan dengan RM4 bilion milik wang SRC International Sdn Bhd yang mana beliau sebagai penasihat syarikat itu, didakwa melakukan pecah amanah jenayah berjumlah membabitkan RM27 juta, RM5 juta dan RM10 juta.

Terdahulu, Najib masuk ke kandang tertuduh dan tuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah. Agak pelik apabila Mahkamah di Malaysia, Peguam Negara Tommy Thomas memohon prosiding dibacakan dalam bahasa Inggeris. Beliau mengemukakan izin mendakwa mengikut Seksyen 58 Akta SPRM. Selain itu, satu lagi tuduhan dibacakan terhadap Najib iaitu mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Barisan peguambela DS Najib diketuai TS Shafee Abdullah. Ketika Tommy Thomas sedang bercakap, Datuk M Kumaraendran bangun memperkenalkan diri beliau sebagai peguam pemerhati untuk DS Rosmah Mansor.

Tuduhan itu ialah menggunakan jawatan untuk suapan bagi dirinya iaitu wang tunai berjumlah RM42 juta ketika mengambil bahagian atau terbabit membuat keputusan bagi kerajaan untuk memberikan jaminan kerajaan bagi pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (diperbadankan) kepada SRC International Sdn Bhd. Hakim Datuk Zainal Abidin Kamarudin kemudian membenarkan kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.






Nota Kaki: Soalan KBAT, apakah perbezaan pendakwaraya untuk kes DS Anwar Ibrahim berbanding dengan kes DS Najib Tun Razak?

Clue: Jumlah.

Jawapan bocor: 

Kes DS Anwar :
Pendakwa : 2 Orang
Pembela : 14 orang

Kes DS Najib :
Pendakwa : 12 orang
Pembela : 4 orang.



Kemaskini Posting:

10.45 a.m.: Keempat-empat pertuduhan di Mahkamah Sesyen tadi, dibacakan semula di Mahkamah Jenayah Tinggi 3 kepada OKT iaitu DS Najib Tun Razak. Beliau mengaku tidak bersalah ke atas empat pertuduhan tersebut, dan minta dibicarakan.

Read more at http://khairulryezal.blogspot.com/2018/07/pung-pang-pung-pang-kes-1mdb-rm42.html#eIt1OiQ3ZDksIrZx.99

Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

11 Responses to Aik, mana dia pertuduhan RM2.6 bilion? Hermas? Birkin? Rupanya tuduhan pecah amanah SRC International Sdn Bhd je?

  1. ish ish ish.. ajaib zaman sekarang ni.. RM42j > RM2.6b kot... Maklumlah.., uneducated.. Harta rampasan bak kata auto singh pun > RM1.1b... power betul DSN beranakkan duit..

    BalasPadam
  2. sabar jibon oi...baru permulaan kes SRC..kmdn kes 1MDB tgh tunggu negara lain dulu...kes money laudering belum lagi...kes harta rampasan belum lagi...kes Monggol lom lagi..kahkah kah kah...aku cuti setiap hari bicara...tapi tak sabar nunggu kak mah ni...cepat lah nak tgk muka dia kat mahkamah...aku cuti lagi...huahuahuahuahuahuahuahua

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau atok mampos kes jalan lagi Tak?

      Padam
  3. Eloklah YDPA tarik balik lantikan Tommy sebagai AG sebab dia tidak fasih berbahasa Melayu, suatu yg sungguh memalukan. Dari dulu lagi rakyat sarankan suoaya jangan dilantik org yg tak fasih berbahasa Melayu menjadi peguam negara. Ianya tidak akan berlaku kalau AG di UK, USA, Australia, Canada atau NZ kalau mereka tidak fasih berbahasa Inggeris. Harap YDPA tarik balik lantikan tersebut dengan SEGERA. IANYA BENAR2 MEMALUKAN!!!!!!!

    BalasPadam
  4. Betul ke dlm kes liwat Anwar mereka berfantasi tentang tikar terbang ala-ala aladdin kisah 1001 malam? Tak salah kalau natizen bertanya? Saja je nak tahu....zam zamm ala kazammmmmmmmmmm???????????

    BalasPadam
  5. Rakyat nak tanya polis apa sudah jadi dengan kes siasatan tayar jet Mahathir yg dia dakwa pancit tempohari, lama juga nak siapkan siasatan? Tak salah rakyat bertanya?

    BalasPadam
  6. Betul ke kes dijangkakan akan berjalan selama 19 hari? Agak cepat nampaknya? Bagai mana pula kes rasuah LGE yg sangat serius yg rakyat nampak semacam ada tangan2 ghaib untuk melengah2kan kes, nampak macam ada double standards? Inikah yg dimaksudkan sbg Malaysia Baru?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kes DSN dijangkan dlm masa 19 hari? Kes rasuah anak LKS sudah berapa hari, asik tertangguh sahaja seolah2 macam ada konspirasi? Tak salah bertanya takut2 nanti rakyat tidak lagi menghormati undang2? Inikah yg dinamakan keadilan?

      Padam
  7. RAKYAT MEMOHON YDPA MEMECAT PEGUAM NEGARA YG TIDAK FASIH BERBAHASA MELAYU INI DENGAN KADAR SEGERA!!!!!!!!! TAK SALAH MEMOHON DAN MEMBERI CADANGAN!!!!! DARI DAHULU LAGI RAKYAT TELAH MEMBERIKAN CADANGAN AGAR TIDAK DILANTIK ORG SEPERTI INI? MANA MUNGKIN MEREKA YG TIDAK FASIH BERBAHASA MELAYU UNTUK MEMAHAMI DENGAN MENDALAM SETIAP BAIT-BAIT YG DIHUJAHKAN?

    BalasPadam
  8. Bagaimana Peguam Negara yg tidak fasih berbahasa Melayu mahu menasihati YDPA? Ada ungkapan2 atau bait2 dlm bahasa Melayu yg punyai maksud yg mendalam... Harap YDPA dapat gantikan Peguam Negara dengan kadar segera!!!!!!

    BalasPadam
  9. Amat jarang sekali kita dengar pegawai keajaan tidak fasih berbahasa Melayu dengan baik. Peguam negara ini mungkin yang PERTAMA, DICADANGKAN YDPA MEMECATNYA DENGAN SEGERA!!!!

    BalasPadam

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .