Hari ini hari lawak sedunia. Selepas lawak Abang Mat dengan episod 'Mind Your Language', Kerajaan PH meneruskan dengan lawak Jamal Yunos. Apa tidaknya. Susah payah pihak PDRM pergi reman Jamal di hospital. Buru Jamal sampai ke Indonesia. Keluar amaran merah Interpol. Hantar pegawai beberapa orang pegawai PDRM ke Indonesia untuk membawa Jamal balik. Iringi Jamal dengan kawalan keselamatan yang ketat.
Apa kesudahannya? Akhirnya Jamal dijatuhkan hukuman yang sangat berat kerana "memecahkan botol arak menggunakan penukul besi yang merupakan kesalahan yang mesti didenda kerana memecahkan botol arak di depan pejabat Menteri Besar boleh mendatangkan bencana, bahaya dan kegusaran awam."
Hukumannya adalah denda RM400. Saya rasa tiket kapal terbang untuk membawa Jamal pulang ke Malaysia mungkin lebih mahal. Pihak Interpol dan Kerajaan Indonesia pasti panas telinga mendengarnya. Jangkaan Kos Operasi Tangkapan Dato Jamal Yunos yang telah menggunakan duit rakyat.
Kos pencarian: RM30,000
Kos komunikasi: RM5,000
Kos logistik: RM10,000
Kos ekstradisi: RM45,000
Jumlah keseluruhan: RM90,000
Denda kesalahan Jamal Yunos: RM400
Kesimpulannya, Di negara pasir dua butir, jika anda memecahkan botol arak, anda mungkin diburu seperti penjenayah. Walau bagaimanapun, jika anda mengadakan pesta minum arak seperti October Fest, anda akan dianggap berfikiran terbuka dan moden.
Kos pencarian: RM30,000
Kos komunikasi: RM5,000
Kos logistik: RM10,000
Kos ekstradisi: RM45,000
Jumlah keseluruhan: RM90,000
Denda kesalahan Jamal Yunos: RM400
Kesimpulannya, Di negara pasir dua butir, jika anda memecahkan botol arak, anda mungkin diburu seperti penjenayah. Walau bagaimanapun, jika anda mengadakan pesta minum arak seperti October Fest, anda akan dianggap berfikiran terbuka dan moden.
Read more at http://khairulryezal.blogspot.com/2018/07/selepas-lawak-abang-mat-kerajaan-ph.html#gx030uutMZgvipHA.99