Pas-UMNO cuba pisahkan Melayu dengan bukan Melayu – Tun M


KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) tetap komited memastikan kepentingan Melayu menjadi keutamaan namun ianya akan dilakukan dengan cara paling adil dan menghormati hak semarataan.

Dengan memberi contoh perjuangan UMNO-Pas, Tun Mahathir berkata, kedua-dua parti hanya memperjuangkan hak Melayu semata-mata, kerajaan PH mahu memastikan kesaksamaan dapat dinikmati semua kaum di negara ini.

Malah Perdana Menteri menegaskan, tindak tanduk UMNO-Pas sebenarnya lebih kepada cubaan memisahkan Melayu daripada kaum lain di negara ini yang sebenarnya diduduki oleh pelbagai lapisan kaum serta bangsa.
“Kami juga sebenarnya menjaga kepentingan orang Melayu tetapi bezanya kita tidak pula berteriak seperti yang lain. Mereka cuba pisahkan Melayu dengan yang bukan Melayu, itu tidak elok dan bahaya.
“Kita mahu pastikan pemerintahan ini bukan sahaja sama rata sebaliknya adil saksama kepada kaum lain juga. Hubungan kita sepatutnya lebih adil dan sama rata, bukannya hanya sama tetapi tidak adil.


“Jadi, kami akan menjaga kepentingan orang Melayu dan kami sudah katakan kami mahu pembahagian kekayaan yang adil dalam negara ini,” katanya kepada pemberita selepas upacara Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Parlimen ke-14 di Parlimen sebentar tadi.

Dalam pada itu, Dr Mahathir turut senada dengan ucapan titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini.

Kata beliau, titah ucapan sangat komprehensif malah telah menyentuh semua aspek kehidupan rakyat jelata serta kerajaan secara menyeluruh.

“Titah baginda sangat menyeluruh, tentang perpaduan, tentang sentimen perkauman dan jangan sesekali ‘bermain’ dalam isu sebegini. Juga tentang ekonomi negara, pada saya ini adalah satu ucapan titah yang sangat komprehensif,” ujarnya. – MalaysiaGazette

Posted in , , . Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

Leave a Reply

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .