Oh, akhirnya .... Nik Aziz



Sumber : Malaysiakini.com

"Ayahanda telah tua dan keletihan. Dia telah memberi yang terbaik. Jika suatu hari dia menyebut hasrat meletakkan jawatan, jangan ada yang bodoh datang mengatakan tidak dan jangan," tulis Nik Abduh Nik Aziz dalam blognya semalam..

Tau pulak ayah dia dah tua, ingatkan nak jadi MB Kelantan untuk seumur hidup. Mana la tau, nak 'mangkat' dalam jawatan MB. Dah jadi macam tu, semua pakat ketaq habis.

Posted in , , | 4 Comments
Jom komen di Facebook!

UMNO bukan parti rasis

"Lihat dasar Umno daripada dulu. Jika kita perkauman, sudah tentu kita suruh tukar nama, macam di negara jiran kita... tukar kepada Hartono. Kita tidak amalkan itu, kita benarkan lagi nama Koh Tsu Koon dan Lim Keng Yeik. Jika Umno perkauman, kita tukar nama, kita tidak benarkan sekolah Cina dan Tamil. (Tetapi) kita inklusif, kita ambil kira semua kaum," Sumber : BH

 Ya, rakan - rakan dalam Pakatan kena sedar, terutama bangsa India dan Cina, jangan termakan hasutan jahat ahli politik PR yang janji macam - macam. Lihat pada BN yang mentadbir Malaysia 50 tahun, nak dibandingkan dengan kerajaan PR Selangor, Penang dan bekas kerajaan PR Perak yang setahun jagung tu.

Posted in , , | 1 Comment
Jom komen di Facebook!

ADUN Klang Keluar PKR - BN Main Taktik Kotor?

Beberapa hari lepas Adun Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah keluar daripada partinya, PKR (baca : Parti Kelentong Rakyat) beberapa puak dalam PR (baca : Pakatan Rapuh) telah menyalak mengatakan BN telah melakukan taktik kotor untuk menjatuhkan pentadbiran negeri Selangor yang diperintah oleh PR.

Mereka menyalak sedemikian kerana masih lagi GILA TALAK kerana kerajaan yang bersih dan tulis didakwa oleh ahli PKR PAS DAP tersebut telah jatuh di negeri Perak Darul Ridzuan pada Febuari yang lepas, adakah pemerintahan PR di Selangor juga akan jatuh?

Biasalah, kalau PKR ke PR terbang / lompat masuk BN dikatakan taktik kotor, tapi kalau ahli BN masuk kedalam PR, pastinya lubang berak pon mereka sanggup jilat untuk memberikan pujian yang terbaik pada katak tersebut.

Dulu banyak sangat katak BN, tapi sekarang katak PR pon dah ada.


“Mereka sendiri yang menyokong, bukan paksaan atau ‘taktik kotor’ BN. Kita sentiasa mengalu-alukan sokongan mereka itu yang menyedari bahawa BN banyak berjasa dalam pelbagai bidang,” katanya.

Sumber : Sinar Harian

Posted in , , | 1 Comment
Jom komen di Facebook!

N11 : Takebeeeeerr! Pas semakin terdesak di Permatang Pasir


Nampaknya, puak puak Pas yang mana makin lama makin terdesak untuk mempertahankan kerusi DUN Permatang Pasir yang mana akan berubah milik kepada BN InsyaAllah pada PRK Permatang Pasir kali ini.
Biasalah, bila orang cakap tak serupa bikin buat pandai, jadi macamtu la. Pada permulaannya, Mursyidul Am Pas, Tok Garu Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menegaskan, bukan cara berlawan Pas menggunakan isu peribadi, tetapi sekarang apa dah jadi? Memang Pas, Nik Aziz, Mahfuz Omar dan juga Salleh Man sendiri cakap tak serupa bikin. Semua hak tuih!

Isu perkahwinan kedua Rohaizat telah menjadi modal memburuk - burukkan calon BN itu dan perasangka penulis, kejadian pada PRK Parlimen Permatang Pauh tahun lepas akan berlaku iaitu bapa mertua Rohaizat akan dibawa ke pentas Pas untuk berucap berkaitan isu ini.

Biasalah, buat macam anda tak kenal Pas, apa cara sekalipun sama ada baik ataupun buruk pasti mereka akan gunakan untuk memenangkan calon "tak ong" mereka, Salleh Man. Berikut adalah laporan Malaysiakini berkaitan isu Perkahwinan Kedua Rohaizat :

Ditanya mengapa baru sekarang mendedahkan perkara ini, Mohamad Ali berkata beliau sebagai bapa tidak mahu mencampuri urusan rumahtangga anaknya.

Sebagai seorang suami, katanya, Rohaizat adalah orang yang bertanggungjawab mengurustadbir urusan keluarganya."Apabila ada pengaduan (masalah), saya hanya tolong memberi jalan (menyelesaikan masalah) untuk kebaikan mereka. Saya hanya boleh nasihatkan pasangan, itu sahaja," katanya.

Bagaimanapun, Mohamad Ali optimis bahawa masalah Rohaizat-Rafizah ini dapat diselesaikan tanpa mengundang kepada perceraian antara anak dan menantunya itu.

"Belum ke tahap perceraian (dalam usaha) untuk membina keluarga. Perceraian adalah jalan yang terakhir. Saya mahu mengelak daripada perpisahan. Saya tak mahu mereka bercerai berai.

"Perkara ini boleh diselesaikan melalui perbincangan keluarga dan tidak perlu pergi ke mahkamah," katanya.
Sebuah kenyataan yang bodoh dan tak masuk dek akal yang diberikan oleh bapa mertua Rohaizat. Kenapa pakcik masa ni baru nak kecoh pasal benda ni? Mentang - mentang Rohaizat jadi calon untuk PRK N11 Permatang Pasir, baru pakcik nak kecoh pasal isu peribadi ni?

Berapa banyak duit orang Pas berikan pada pakcik untuk buka mulut tentang isu ini, Hal peribadi, hal keluarga nak dedahkan pada orang ramai, tak malu ke? Lagipun, kalau tak mahu nak jelaskan pada orang ramai tentang ini, naik mahkamah sudahlah. Bikin malu saja.

Tak perlu nak main kotor lah wahai orang Pas durjana. Dasar mempergunakan agama untuk politik kotor. Takebeeeer..

Posted in , , , | 10 Comments
Jom komen di Facebook!

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .