Malaysia for Malaysian: Hasrat Anwar Ibrahim

Ya, memang itulah hasrat Anwar Ibrahim untuk memegang tampuk pemerintahan di Malaysia. Apa yang ingin diperjuangkan oleh beliau adalah kedaulatan kekuasaan rakyat. Rakyat Malaysia, yakni orang Melayu masih tidak cerdik dalam pemikiran politiknya. Cuba kita renung sejarah lampau yang berlaku pada zaman dahulu. Apa yang ingin diwujudkan oleh British? Cuba kita Renungkan....

Semasa penjajahan British, Mereka mahu Malaysia ini terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik. Ini direka oleh British dengan membawa masuk orang Cina dari tanah besar yang ditujukan untuk berkerja di lombong-lombong bijih timah di Tanah Melayu dan orang India dibawa untuk berkerja di estet-estet getah.

Setelah Tunku Abdul Rahman mendesak kemerdekaan, mereka memberi peluang kemerdekaan kepada kita dengan mendesak penubuhan Malayan Union. Setelah itu, orang Melayu dengan pantas dan berkembang menubuhkan UMNO (United Malay National Organization) yang ditubuhkan khas untuk menentang Malayan Union.

Ternyata, manusia sekarang buta hati, akal dan otak demi mengejar cita-cita peribadi. Anwar Ibrahim ingin menjadi orang yang berkuasa diMalaysia dengan berhasrat menubuhkan Pakatan Rakyat, yang konon-kononnya membela nasib rakyat. Fitnah ditabur, dicanang tiap-tiap hari.
Inikah Pemimpin yang rakyat Malaysia mahukan?? Inikah icon untuk negara kita? Layakkah dia?

Penulis menyokong kata-kata Tun Dr. Mahathir, Anwar tidak boleh jadi PM!

Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

Leave a Reply

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .