Wan Azizah berangan jadi Perdana Menteri?

Harakahdaily bertarikh 29 April 2008 telah menyiarkan satu artikel bertajuk "Jika Indonesia ada Megawati (pemimpin wanita), kenapa tidak di Malaysia?".

Penulis tidak yakin sedikit pun akan kepimpinan Datin Seri Wan Azizah yang kini menyandang jawatan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Artikel itu apa lagi tidak lain tidak bukan adalah kenyataan dari Ketua Pembangkang Parlimen yang baru, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail yang ditanya oleh wartawan tentang peluangnya menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Antara petikan jawapannya adalah seperti berikut :-

"Peluang sebagai PM (akan muncul) ketika kami mempunyai banyak kerusi Parlimen, insya-Allah. Sebelum Anwar dapat memegang teraju itu kerana dia belum lagi menjadi ahli Parlimen serta belum berlaku pilihan raya umum, jadi kalau itu berlaku, saya akan menjadi Perdana Menteri, insya-Allah. Kalau Indonesia boleh ada Presiden Megawati kenapa tidak Malaysia?" ujar beliau penuh yakin dalam lembut tutur katanya.

Kesian betul melihat dia yang begitu teruja untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia sepertimana yang diwar-warkan oleh Anwar Ibrahim.

Persoalan pertama, adakah dia mempunyai ciri-ciri pemimpin dan bolehkan dia memimpin Malaysia?

Sedangkan dalam pakatan pembangkang pun tidak kelihatan yang dia memimpin ketiga-tiga parti itu iaitu; PKR, DAP dan Pas.

Memang apa-apa pun boleh dikatakan kerana mulut ini bebas mengatakan apa sahaja tetapi adakah beliau dapat memberikan arahan kepada ketiga-tiga parti tersebut dan pemimpin-pemimpin di dalam ketiga-tiga parti itu mengikut arahan yang diberikan olehnya?

Jika itu pun tidak dapat dilakukan, tak payahlah bercakap besar seakan-akan dia akan menerajui Malaysia esok.



Sumber: IsuHot


Posted in , , , , . Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

Leave a Reply

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .