Nepal: Pengajaran kepada orang Melayu, pertahankan institusi di-Raja Melayu Malaysia

KATHMANDU 29 Mei – Bendera diraja diturunkan dari istana raja Nepal hari ini apabila negara Himalaya ini menyambut hari pertamanya sebagai sebuah republik berikutan pemansuhan monarki Hindu berusia 239 tahun.

Institusi raja yang dahulunya disanjung kini tinggal dalam lembaran sejarah selepas Dewan Perlembagaan dengan hampir sebulat suara menyokong usul untuk menghapuskan pemerintahan beraja pada pengundian malam tadi.

Pihak berkuasa berkata, bendera kebangsaan akan di naikkan sebagai pengganti bendera diraja itu.

Rakyat Nepal mengibarkan bendera parti, menari dan bernyanyi untuk meraikan kelahiran republik baru itu malam tadi.

Parti politik dan puak Mao berkata,lebih banyak sambutan dirancang hari ini. Namun cabaran besar masih menanti.

Puak Mao yang memenangi 220 daripada 601 kerusi di Dewan Perlembagaan berikutan pilihan raya bulan lepas dijangka mengetuai kerajaan baru.

Mereka bagaimanapun perlu memenuhi harapan menggunung rakyat di negara ini, antara negara paling miskin di dunia.

Beribu-ribu bekas gerila Mao masih terkurung di kem-kem mereka.

Puak Mao mahu mereka digabungkan ke dalam angkatan bersenjata negara, tetapi tentera, yang dilihat bersimpati dengan raja setakat ini, enggan menerima kemasukan gerila itu.

Semasa kempen pilihan raya, puak Mao menjanjikan tanah kepada petani miskin dan pekerjaan untuk belia menganggur.

“Puak Mao kini menghadapi cabaran besar untuk membuktikan kemampuan mereka melaksanakan demokrasi dan memenuhi mandat perubahan,” kata ketua Kumpulan Krisis Antarabangsa (ICG) bagi Nepal, Rhoderick Chalmers. – Reuters

Jangan jadi bodoh, wahai orang Melayu, kesultanan Melayu harus dijaga kerana ia lambang kekuasaan orang melayu di Malaysia. Ambil iktibar pada apa yang terjadi pada Nepal yang kini rajanya menjadi rakyat biasa, rakyatnya yang memilih untuk menggulingkan institusi diraja Hindu selama 239 tahun.

Ketuanan Rakyat bermaksud orang biasa yang mengetuai pimpinan yang diangkat menjadi pemerintah tertinggi, iaitu Presiden. Ketuanan melayu merujuk kepada kedaulatan raja-raja Melayu dan keistimewaan Melayu di Malaysia. Fikir dan pilih mana yang anda hendak??

Hanya MELAYU yang jatuhkan MELAYU!


Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

5 Responses to Nepal: Pengajaran kepada orang Melayu, pertahankan institusi di-Raja Melayu Malaysia

  1. Mari kita bergaduh lagi..

    Jangan bergaduh dengan Cina India, bergaduh dengan Melayu.

    Jangan bergaduh sesama Kristian dan Hindu Buddha, tapi sesama Islam.

    Mari kita bergaduh...sampai 'tauke' kita ketawa tengok kita bergaduh.

    Siapa tauke ? orang nak ambik negara kita dari orang Islam.

    Kenapa ? sebab Malaysia sahaja negara paling hebat di Nusantara.

    Tak percaya? tengok peta dunia bahagian Asia Nusantara dan KDNK mereka ..

    Cepat cepat bergaduh lagi...senang kita mula hilang kuasa.

    Nak lagi ?? fikirlah sendiri

    BalasPadam
  2. salam...

    saya sokong panglima perang cyber...

    jadikan apa yang berlaku sebagai pengajaran.

    Saya mempunyai ramai kawan Nepal- tidak kurang 100 orang- kerja dibawah seliaan saya. Kata mereka Raja Nepal memang jahat. Dia bunuh keluarga sendiri untuk melantik dirinya jadi raja dan menguasai politik. Tapi sebelum ini raja nepal amat dikagumi dan disukai.

    yang banya membenci raja ialah MAHAFIRAUN.

    BalasPadam
  3. jumpa abe MIE

    pkrpasdap.blogspot.com

    BalasPadam
  4. Tuan2 Semua, jangan kita samakan Raja-Raja di Nepal. Senario di malaysia agak berlainan. Jika kita kaji balik sejarah pemerintahan UMNO di zaman Mahathir Mamak tu dan Anuar. Serupa aje.

    Sekarang baru nak bercerita tentang Raja-Raja... Persoalannya ... bukankah UMNO juga yang menghilangkan kuasa Raja-Raja. Sekarang baru nak cerita pasal Raja... Sudahlah ... Jgn ingat hamba sudah lupa... Ianya masih diingatan hamba. Setiap Ahli Politik UMNO semuanya mengejar kekayaan sehingga lupa akan kedaulatan Raja-Raja..

    Anuar Ibrahim menang sebab kebodohan orang UMNO juga..... Banyak isu boleh didedahkan zaman pemerintahannya.. Mengenai DEB siapa yang melaksanakan...? Bukankan zaman Anuar dan Mamak kutty tu. Sekarang Anuar berdiam bila Isu DEB diketengahkan oleh DAP..

    Saya sebagai anak bangsa melayu yang setia dan taat pada 5 Sumpah Anak Melayu. Taat setia saya pada Raja tidak berbelah bagi.. Kamu semua pengkhianat Bangsa sendiri. Menjatuhkan maruah Raja-Raja dan juga bangsa Melayu.

    Pak lah berusaha untuk kembalikan hak rakyat dan Raja-Raja. Apa saa yang dibuatnya semua kamu salahkan.. Bagi saya anuar ibarat seperti melepaskan anjing tersepit. Bukankah Pak Lah yang melepaskannya... Jangan jadi bodohlah.. Tak boleh kah duduk semeja dan bincangkan pasal ketuanan orang Melayu dan Hak orang Melayu.

    Bagi saya Pak Lah cuba buat yang terbaik. Zaman mamak tu. Saya benci BN. Zaman Pak Lah saya menyokongnya .. sebab dia membawa perjuangan UMNO dizaman Tun Dr Ismail, Dato` Harun, Tun Razak. ...

    Apa yang dimaksudkan Tanah Air.. Sekarang nie kita tanah pun kena beli... Ayer pun kena Beli,
    Apa dah jadi nie.. Bangit lah semua orang melayu. Taat setia kita pada raja yang Memerintah.. UMNO sebagai Parti mentadbir. jadi tadbirlah dengan penuh amanah dan dedikasi..

    Sekian dari Saya

    Tengku Puteh.

    BalasPadam
  5. kadang2 x rase ke raja2 ni macam raje boneka...pupet...tp sy still sokong lg ar institusi raja dmartabatkan...

    BalasPadam

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .