Anwar langgar semangat demokrasi berparlimen

KUALA LUMPUR 22 Jun - Percubaan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan 'rampasan politik' dengan memujuk Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) melompat parti jelas melanggar semangat demokrasi berparlimen yang diamalkan di negara ini.

Pemangku Presiden Parti Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon berkata, perbuatan tersebut tidak menghormati keputusan pengundi yang telah memilih BN untuk menerajui negara pada pilihan raya lalu.

Menurut beliau, BN layak memerintah negara ini setelah mendapat mandat daripada para pengundi walaupun gagal mempertahankan majoriti dua pertiga.

"Percubaan Anwar merampas kuasa BN jelas melanggar semangat demokrasi berparlimen.

"Tindakan Anwar adalah satu bentuk pengkhianatan dan boleh memecahbelahkan masyarakat,'' katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Koperasi Rakyat Berhad di Menara PGRM di sini hari ini.

Beliau melihat tindakan Parti Maju Sabah (SAPP) mengisytiharkan hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai 'kejayaan' perancangan Anwar mempengaruhi Presiden parti itu, Datuk Yong Teck Lee.

Sebaliknya BN, kata Tsu Koon, tidak pula cuba bertindak menjatuhkan kerajaan negeri yang dimenangi oleh pembangkang di Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang pada pilihan raya 8 Mac lalu.

Kata beliau, BN ingin melihat kerajaan pembangkang memerintah keempat-empat negeri itu selain menunaikan janji mereka kepada pengundi.

"Di Pulau Pinang, DAP menang dan kami menyerahkan kuasa kerana menghormati keputusan rakyat tetapi Gerakan tidak menjalankan usaha untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan DAP,'' ujarnya lagi.

Tsu Koon sedih jika perbuatan ahli Parlimen atau ADUN melompat parti atas pengaruh sogokan wang dibiarkan.

Menurutnya, tindakan Anwar itu sama seperti yang dilakukannya di Sabah pada 1990-an yang menyaksikan ramai wakil rakyat negeri itu menyertai UMNO sehingga menumbangkan kerajaan negeri pimpinan Parti Bersatu Sabah.

Sehubungan itu kata beliau, jika benar ada Ahli Parlimen daripada BN yang sanggup 'dibeli' dan melompat parti, mereka harus memikirkan implikasi tindakan itu kerana rakyat akan melihatnya sebagai tidak bermoral.

Komen: Memang Anwar saja nak mengacau sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan di Malaysia ni. PRU12 dah lepas. lepas la.. Rakyat dah bagi mandat pada Pak Lah dan BN untuk kekal memerintah untuk tempoh 5 tahun ni. Yang penting sekarang BN kena mula buat kerja, jangan dok layan sangat si gila kuasa ni, kalau layan, memang tak jadi kerja. Agenda ni, agenda tu, semua dia yang bagos, semua dia yang baik,bersih,tak kroni. Mana-mana ahli atau parti komponen BN yang khianat, jangan terima balik masuk dalam BN.

Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

One Response to Anwar langgar semangat demokrasi berparlimen

  1. pembangkang semua buta tuli..lebih2 lagi pembangkang melayu sanggup gadai tanah melayu semata2 mahukan kuasa.rakyat mereka bodoh2kan.. sial punya pembangkang..tunggulah nnti aku ada senapang gajah P.ramli aku tembak mereka sekor2

    BalasPadam

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .