Harakah: Minyak naik, PM 'korek kubur sendiri'

PULAU PINANG, 5 Jun (Hrkh) - Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi seolah-olah 'mengorek kubur sendiri' berikutan pengumumanya berhubung kenaikan minyak petrol 78 sen seliter iaitu kenaikan mendadak 41 peratus yang tidak pernah berlaku dalam sejarah pemerintahan negara kata Exco Angkatan Muda KeAdiLan Malaysia, Zulkipli Ibrahim.

Beliau menegaskan, padah bagi rakyat negara ini yang masih memilih Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum lalu.

"Kita dah kata jangan pilih BN tapi ramai terutamanya orang Melayu masih tidak percaya. Kenaikan itu adalah hadiah paling istimewa yang BN anugerahkan," ujarnya dalam satu kenyataan pada Harakahdaily semalam.

Beliau yakin inilah kenaikan terakhir pengumuman oleh Perdana Menteri ke lima negara kerana selepas ini beliau hanya duduk di kerusi pembangkang.

Pemerintahan yang lemah menjadi sebab utama kenapa rata-rata rakyat menolak kepimpinan 'tiga beranak' itu.

Kenaikan harga minyak yang terlampau tinggi sudah tentunya memberi impak kepada kos saraan hidup rakyat tambahan lagi rakyat yang berpendapatan rendah, katanya.

"Di mana perginya pertimbangan Perdana Menteri untuk membantu rakyat yang sedia menderita. Apakah itu manisfesto BN," tanyanya.

Kenaikan 30 sen dulu pun sambung Zulkipli, rakyat masih belum mampu menyara kehidupan berbanding pula dengan kenaikan sekali lagi pada awal penggal pemerintahan BN.

Tegas beliau, kenaikan itu sekali gus menafikan kepentingan nelayan, petani, tukang kebun, pekerja kilang atau pemandu teksi ekoran mereka antara golongan yang paling tertindas setelah tindakan kerajaan semalam.

"Cukuplah BN menipu rakyat bila menang pilihan raya umum lalu. Mereka begitu berani mengumumkan satu keputusan yang nyata menimbulkan kemarahan rakyat walaupun kemenangan mereka bergantung harap pada BN di Sabah dan Sarawak sahaja," jelasnya yang yakin Pakatan Rakyat (PR) akan berjaya memegang tampuk pemerintah dalam masa terdekat. - mns_

Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

Leave a Reply

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .