Kuala Lumpur — Nampaknya pemimpin-pemimpin parti pembangkang betul-betul mahu menjadi jaguh di mata rakyat dengan kenaikan harga minyak baru-baru ini.
Mereka bukan sahaja lantang mengecam tindakan serta langkah-langkah yang dilakukan kerajaan bagi menangani kenaikan global harga minyak ini malah cuba menunjukkan kejantanan mereka memimpin demonstrasi jalanan yang sememangnya sudah cukup sebati dengan jiwa mereka.
Pelbagai bentuk demostrasi telah diatur juga sudah banyak program ceramah telah dirancang di merata-rata tempat semata-mata mahu mencuri peluang menyerang kerajaan dalam isu minyak seterusnya meraih populariti.
Pemimpin-pemimpin pembangkang ini cukup hebat berhujah terutama di hadapan para penyokong mereka. Bermacam-macam teori dikeluarkan dan berbagai-bagai dalil diucapkan.
Malang kehebatan mereka ini gagal diterjemahkan di gelanggang yang sepatutnya. Mereka bagai hilang suara, menjadi kurang cerdik dan teragak-agak, malu-malu kucing bila bertemu dengan ruas.
Inilah yang boleh dilihat dan dinilai rakyat apabila melihat gelagat ayam sabung mereka iaitu YB Salahuddin Ayub ketika dberi peluang berhujah di hadapan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN&HEP), Datuk Shahrir Samad dalam satu program yang disiarkan secara langsung menerusi RTM 1 baru-baru ini.
Salahuddin bukan sahaja gagal memberikan hujah-hujah yang konkrit dan idea yang bernas malah dilihat seringkali tersasar fakta. Ketua Pemuda Pas itu juga seperti bangkrap idea dan tergagap-gagap untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan moderator rancangan terbabit.
Kegagalan Salahuddin ini bukan sahaja mengecewakan rakyat yang menonton rancangan ini malah di kalangan penyokong beliau sendiri turut berasa malu.
Hakikatnya Salahuddin jelas kurang membuat persediaan dan gagal melihat fakta sebenar terutama dalam mengatakan betapa harga minyak di Malaysia mahal berbanding negara-negara pengeluar minyak yang lain.
Mereka sering membuat perbandingan harga seliter minyak seperti berikut Indonesia=RM1.61, Iran-RM0.29, Venezuela RM0.16, Turkemenistan RM0.39, Arab Saudi RM0.19 dan Mesir RM0.81.
Untuk Salahuddin, pemimpin-pemimpin pembangkang lain serta para penyokong mereka jika mereka mahu membuat perbandingan tersebut adalah lebih baik mereka meneliti fakta di bawah ini dan buatlah penilaian yang sewajarnya.
UAE
Jumlah Penduduk = 4,380,000 Minyak dalam simpanan = 97 bilion tong Jumlah pengeluaran = 2.5 juta tong sehari Umur simpanan = 107 tahun
Kuwait
Jumlah Penduduk = 2,851,000 Minyak dalam simpanan = 99 bilion tong Jumlah pengeluaran = 2.5 juta tong sehari Umur simpanan = 108 tahun
Saudi Arabia
Jumlah Penduduk = 24,735,000 Minyak dalam simpanan = 260 bilion tong Jumlah pengeluaran = 8.8 juta tong sehari Umur simpanan = 81 tahun
Iran
Jumlah Penduduk = 71,208,000 Minyak dalam simpanan = 136 bilion tong Jumlah pengeluaran = 3.9 juta tong sehari Umur simpanan = 74 tahun
Nigeria
Jumlah Penduduk = 148,093,000 Minyak dalam simpanan = 36.2 bilion tong Jumlah pengeluaran = 2.3 juta tong sehari Umur simpanan = 43 tahun
Venezuela
Jumlah Penduduk = 27,877,000 Minyak dalam simpanan = 80 bilion tong Jumlah pengeluaran = 2.4 juta tong sehari Umur simpanan = 91 tahun
Malaysia
Jumlah Penduduk = 27,452,091 Minyak dalam simpanan = 4.8 bilion tong Jumlah pengeluaran = 550,000 tong sehari Umur simpanan = 33 tahun
Sumber: KPMU.NET
Kenaikan harga minyak kerana peranan Anwar bersuhabat dengan US.
BalasPadamAnwar sokong Amerika serang Iraq jadi Amerika kontrol telaga minyak di Iraq.
Anwar melalui Yayasan Hantu (FFF) bantu kumpulan Abbas supaya berperang dengan kumpulan Hamas di Palestin
Lepas ni Anwar pasti sokong Amerika, jika serang Iran
Jadi ???
Nak tau lanjut lanjut cerita Anwar, mesti tonton video2 ni
Salam
Betulkah Anwar Agen Amerika ? http://www.youtube.com/watch?v=2Sc5irk1zHk
Anwar sokong Amerika serang Iraq http://www.youtube.com/watch?v=YDOTQX8Yw8s
Betulkah Anwar terima duit Yahudi?
http://www.youtube.com/watch?v=Oj67qH2SA2w
Sumber :
http://www.anwaribrahimdotcom.blogspot.com/
cop2..ko ni agen pak lah ke?? come on..jangan tegakkan benang yg basah..pak lah tu penipu n perompak m'sia..buat apa nak sokong lagi..aku mmg bukan penyokong BA tapi harus diingat anwar bukanlah sorang jek ejen yahudi..pak lah pun mirip separa2..
BalasPadamkau kata daulat tuanku..so buat pe yg kau sokong pak lah?bukan dia ke yg bg ex gratia yg nak tunjukkan dia hebat n sgt telus tu?? dia?? kan diorg tu kena pecat pasal kurg haja dgn sultan..n suh bela diri pun x mo..pastu hakim2 pun dah diberi pencen, bukannya blah tanpa apa2..
so apa ni ko sokong pak lah..ke ko ada syer dlm scomi gak?
-tun nyemah-