Dr Novandri: Tips Untuk Laporan Kesihatan Yang Sah Dan Kukuh Untuk Kes Sodomi

Dr Novandri Hasan Basri

Pada pandangan penulis sebagai seorang doktor, laporan kesihatan Saiful Bukhari yang ter'bocor' di Hospital Pusrawi, tidak boleh dijadikan bahan bukti terhadap kes liwat Anwar Ibrahim.

1. Ianya terlalu ringkas, tidak lengkap dan tidak mengikut prosedur seperti yang ditetapkan oleh pemeriksaan forensik.

2. Malah pemeriksaan ke atas Saiful Bukhari juga tidak lengkap. Hanya PR (per rectum) dilakukan iaitu menggunakan jari untuk memeriksa anal (dubur) pemuda tersebut. Prosedur sebenarnya lebih daripada itu iaitu termasuk memeriksa anal itu dengan alat proktoskop dan sebagainya.

3. Dan biasanya, apabila seorang mangsa seksual datang ke klinik atau hospital swasta di mana kes-kes yang bakal dirujuk kepada pihak polis, akan dirujuk segera kepada pihak hospital kerajaan.

4. Ini adalah kerana hospital kerajaan mempunyai kepakaran forensik serta lengkap dengan peralatan yang diperlukan.

5. Referral itu dimestikan kerana jika pemeriksaan tidak dilakukan dengan betul dan tidak mengikut prosedur yang ditetapkan, peliwat itu boleh dibebaskan di atas sebab bukti-bukti yang tidak kukuh atau pun technical fault.

6. Yang menimbulkan tandatanya kepada penulis ialah tulisan doktor itu yang hanya menulis bahawa Saiful di assault di satu sudut di hujung laporan itu selepas simptom-simptom yang lain. Dan jika penulis adalah doktornya, penulis tidak akan menulis 'tenesmus x 1/52' sahaja sebagai simptom yang utama seperti tertulis di dalam laporan tersebut. Penulis pasti akan menulis 'alleged assault' sebagai simptom pertama dan kemudian merujuk terus ke hospital kerajaan tanpa berlengah-lengah lagi.

7. Apakah kenyataan 'alleged assault' itu ditambah hanya selepas doktor tersebut melakukan pemeriksaan anal menggunakan jari (PR)?

8.Jika benar, penulis pasti PR yang dilakukan itu hanya dengan ringkas sahaja. Atau pun ianya sengaja ditokok tambah ?

9.Satu persoalan lagi ialah, setahu penulis, doktor itu tidak akan membuat sebarang prosedur, sentuhan atau pemeriksaan fizikal yang boleh menjejaskan sebarang bukti yang ada KECUALI jika doktor itu tidak diberitahu daripada awal oleh Saiful, mungkin kerana Saiful malu, takut atau tidak berterus terang .

10. Tetapi andainya doktor itu tahu tetapi meneruskan juga pemeriksaan anal (dubur) ke atas Saiful, ianya menunjukkan doktor tersebut telah melakukan kesalahan yang besar dan tidak boleh dimaafkan KECUALI jika doktor tersebut mempunyai niat yang lain seperti untuk mengada-adakan cerita atau pun menidakkan cerita!

11.Dalam konteks ini, doktor tersebut telah tersalah langkah.

12.Memeriksa anal (dubur) pesakit tetapi doktor telah diberitahu yang pesakit mengatakan dia diliwat adalah satu tindakan yang tidak profesional dan memalukan para doktor sekalian!

13.Cuma yang betul ialah doktor tersebut menasihatkan Saiful ke hospital kerajaan untuk pemeriksaan selanjutnya. Itu sahaja yang betul!

14. Dan yang menimbulkan satu persoalan lagi, hampir semua media termasuk media antarabangsa begitu cepat melaporkan isu ini TANPA mendapatkan kesahihan mengenai validity laporan kesihatan daripada Hospital Pusrawi.

15. Padahal, laporan tersebut tidak sekali-kali boleh dijadikan bukti untuk memaksa kerajaan menggugurkan kes liwat terhadap Anwar Ibrahim.

16. Dan yang menjadi mangsa sebenarnya ialah rakyat Malaysia kerana telah dikelirukan dan tidak mendapat gambaran yang sebenarnya mengenai isu ini.

17. Memang benar, jika sekali imbas, isu ini pasti nampak meyebelahi Anwar Ibrahim dan rakyat akan marah.

18. Padahal penulis pasti, Anwar Ibrahim sendiri tahu bahawa laporan tersebut amat mencurigakan dan tidak bermakna apa-apa pun jika di bawa ke mahkamah.

17. Seperti kata penulis, laporan kesihatan daripada Hospital Pusrawi tidak valid sama sekali

Untuk artikel sepenuhnya, sila dapatkan disini
Sumber: Dr. Novandri

Posted in , , . Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

One Response to Dr Novandri: Tips Untuk Laporan Kesihatan Yang Sah Dan Kukuh Untuk Kes Sodomi

  1. Salam saudara,

    Harap dapat dibetulkan perkataan simptom yang ditulis.

    tenesmus x 1/52 dan bukannya constipation x 1/52.

    Harap maaf. Terima kasih

    BalasPadam

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .