Perak akan kembali ke tangan BN Ogos?

Sudah tiba masanya PAS sepatutnya mengkaji kedudukkan mereka dalam pakatan rakyat kerana perjuangan mereka agak jangal jika dibandingkan dengan rakan mereka dalam pakatan rakyat. Mereka tidur satu bantal tapi mimpi yang berbeza. Apa guna PAS bergabung dengan mereka jika matlamat hanyalah untuk mendapatkan kuasa tetapi terpaksa mengorbankan matlamat perjuangan. Apa guna ada kuasa tetapi terpaksa melakukan apa yang tidak sepatut dilakukan dan bersubahat pada dasar yang tidak relevan dalam perjuangan mereka. PAS yang kini jauh terpesong dan semakin hari semakin jauh meninggalkan perjuangan asal parti berkenaan. Ramai pengikut mereka kini menyedari hakikat berkenaan dan telah banyak perkara-perkara yang diluar persefahaman mereka terpaksa ditelan oleh PAS demi menjaga persefahaman antara pakatan berkenaan .

Jika dahulu UMNO yang berkerjasama dengan MCA dikatakan kafir oleh Hj Hadi dan dengan amanat Hj Hadi ini bermacam-macam peritiwa buruk dan perpecahan antara orang-orang Melayu telah berlaku, anak tidak megaku ayah, suami menceraikan isteri, ayah tidak mengaku anak, kenduri orang UMNO dipulaukan, orang UMNO meninggal tidak diziarahi oleh orang PAS dan bermacam-macam lagi cerita perpecahan berlaku ketika Hj Hadi mengeluarkan amanat berkenaan.

Sekarang mereka bekerjasama dengan DAP yang juga parti Cina, adakah Hj Hadi dan pengikut PAS ini semuanya sudah menjadi kafir. Hanya Hj Hadi sahaja yang boleh memberikan jawapan kepada persoalan ini. Penyokong dan pemimpin UMNO lebih halus pemikiran mereka dan kita tidak pernah mendengar mereka mengafirkan penyokong PAS kerana bekerjasama dengan DAP. Jika dahulu mereka menentang penternakan
khinzir, kini mereka menyokong. Jika dahulu mereka menentang konsert-konsert rock, tetapi sekarang mereka bersama. Jika dahulu mereka pernah menuduh Anwar kaki liwat tetapi kini mereka mempertahankan.

Ura-ura Perak akan kembali ke tangan BN pada bulan Ogos

Seajuah mana berita ini benar, tetapi inilah berita yang bertiup kencang dikalangan rakyat negeri Perak. PAS akan bergabung dengan UMNO untuk mendirikan kerajaan negeri Perak pada bulan Ogos ini dan berikutnya akan diikuti dengan negeri Selangor. Menurut sumber yang boleh dipercayai beberapa pertemuan telah diadakan antara pemimpin UMNO dan juga PAS walaupun Nik Aziz ada menafikan akan berlakunya perbincangan antara pemimpin UMNO dan PAS. Namun yang terbaru, Hj Hadi tidak pula menafikan bahawa ada pertemuan dan perbincangan antara pemimpin PAS dan pemimpin UMNO.

Petikan Mingguan Malaysia

Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP semakin retak apabila PAS dijangka mengkaji semula kedudukannya dalam pakatan pembangkang itu. Difahamkan langkah PAS tersebut berikutan beberapa perkembangan politik yang berlaku terutamanya tindak-tanduk PKR dan DAP yang dilihat sering membelakangi PAS dalam membuat keputusan. Malah menurut sumber, usul tidak percaya yang diserahkan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia oleh Ketua Pembangkang, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di Parlimen pada Khamis lalu dikatakan turut tidak mendapat restu PAS.

Turut mendorong PAS mengkaji semula kedudukan dalam Pakatan Rakyat ialah timbulnya perasaan tidak puas hati di kalangan pemimpin parti itu yang melihat pakatan berkenaan hanya memperalatkan PAS bagi
mendapat kuasa tetapi tidak menghargai sumbangan mereka selepas pilihan raya. Ini jelas apabila di Perak dan Selangor, PKR dikatakan hanya ‘berkongsi’ dengan DAP dalam membuat keputusan biarpun PAS turut
berada dalam pentadbiran kerajaan negeri.

Mingguan Malaysia diberitahu, pemimpin-pemimpin Pas juga sudah mencapai kesepakatan bahawa Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menyelesaikan dakwaan liwat yang dihadapinya secara bersendirian tanpa perlu melibatkan PAS. Selain itu, demi perpaduan Melayu dan kepentingan Islam, PAS juga telah memberi ‘amaran’ kepada pemimpin-pemimpin PKR dan DAP agar tidak menghalang sebarang usaha
untuk mengadakan rundingan dengan UMNO.

Pendirian PAS itu sudah dinyatakan secara terbuka oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu wawancara dengan lidah rasmi parti itu, Harakah minggu lalu.Malah dalam wawancara berkenaan, Abdul Hadi juga dengan tegas menyatakan bahawa dalam Pakatan Rakyat tiada sesiapa yang menjadi ketua. Kenyataan itu menurut sumber parti berkenaan, secara jelas membuktikan bahawa PAS tidak pernah mengiktiraf Anwar sebagai ketua atau pemimpin utama Pakatan Rakyat.

”Abdul Hadi membuat kenyataan berkenaan kerana melihat Anwar acap kali menonjolkan diri sebagai pemimpin utama Pakatan Rakyat sedangkan tidak pernah ada kesepakatan berhubung perkara itu.”Bagi PAS, kerjasama dalam Pakatan Rakyat adalah berdasarkan kerjasama kolektif dan bukannya sesiapa menjadi ketua,” kata sumber berkenaan ketika dihubungi.Mingguan Malaysia juga difahamkan, ketegasan PAS untuk mengkaji semula hubungan dengan Pakatan Rakyat adalah berikutan desakan kuat generasi muda PAS yang beranggapan kehadiran parti itu dalam pakatan berkenaan hanya membantutkan usaha mereka memperjuangkan Islam.

Selain itu, mereka berpendapat, PAS perlu mengadakan rundingan dengan UMNO demi kepentingan orang Melayu dan Islam yang kini dikatakan semakin tergugat. “Beberapa pemimpin Pemuda PAS juga sudah menyuarakan hal ini dengan lantang, mereka tidak mahu PAS terlalu hendak mengejar kuasa sehingga sanggup mengorbankan matlamat perjuangan parti itu untuk menegakkan Islam,” kata sumber itu lagi.

PAS juga kata sumber itu, yakin jika mereka hendak mempertahankan kepentingan orang Melayu dan Islam, ia hanya boleh dilakukan dengan kerjasama UMNO dan bukannya bersama PKR.”Ini bukan bermaksud PAS akan bergabung dalam BN atau sebaliknya tetapi sekadar bermuzakarah bagi mencari titik persamaan dalam memperjuangkan kedua-dua perkara berkenaan,” kata sumber itu.

Oleh : Wan Bahadur

http://www.kpmu.net/


Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

Leave a Reply

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .