Najib: ‘Mungkin ada yang mudah lupa prinsip BN’

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memaklumkan bahawa perikatan dan kesetiaan di kalangan ahli parlimen Barisan Nasional (BN) masih tetap kukuh walaupun dihimpit dengan pelbagai isu.

Menerusi kemas kini status di laman sosial Facebook peribadi milik beliau hari ini, Najib memuat naik gambar sekitar pertemuan bersama ahli Parlimen BN yang diadakan di Seri Perdana semalam.

Pertemuan tersebut adalah bagi mesyuarat 'Pra-Majlis' bersempena sesi Dewan Rakyat yang akan mula bersidang, esok.

"Mungkin ada yang mudah lupa akan prinsip perjuangan BN dan memilih bekerjasama dengan pembangkang untuk menentang kami baru-baru ini.

"Insya-ALLAH, kita akan terus melaksanakan tanggungjawab kami dalam BN yang diamanahkan oleh rakyat," tulisnya.

Kemas kini status berkenaan dipercayai merujuk kepada tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengetuai kumpulan lebih 50 orang termasuk Lim Kit Siang daripada DAP dan Menteri Besar Selangor Datuk Mohamed Azmin Ali daripada PKR dalam memeterai deklarasi menyokong penyingkiran Najib sebagai perdana menteri.

Penandatanganan lain termasuk bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir dan bekas Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik.

Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

Leave a Reply

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .