Antara Liwat dan Zina

Saiful: "A'uzubillahi minas syaitanirrajim. Bismillahirrahmanirrahim. Wallahi, Wabillahi, Watallahi. Saya bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam dubur saya.

Anwar: Tak payah sumpah la Saiful. Mahkamah Pakatan Rakyat kata aku tak salah. Ulama Pas, Ulama' PKR dan Ulama' Kroni (AS & Aust) dah siap kata aku tak salah. For what nak sumpah-sumpah lagi?

Semalam, semasa ceramah perdana Anwar Ibrahim di Guar Perahu, Harun Din ada menceritakan tentang bersumpah. Pada zaman nabi, ada seorang suami isteri bertelagah. Si suami menuduh isterinya berzina. Nabi SAW meragui kepada si suami dan bertanya adakah awak melihat dan berada ditempat kejadian?

Si suami berkata "Saya ada disitu dan menyaksikan kejadian tersebut'" dakwa si suami. Sebagai langkah akhir, Nabi SAW menyuruh si suami mengemukakan empat orang saksi sepertimana dituntut syara'.

Si suami gagal mengemukakan empat orang saksi dan Nabi SAW menyuruh kedua-duanya bersumpah li'an. Tuduhan Si Suami kepada isterinya ialah tuduhan zina. Pada keadaan tersebut, mereka merupakan suami isteri. Tetapi, apa hubungan Saiful dan Anwar Ibrahim pula?

Apa perbezaan situasi sahabat Nabi dengan situasi Saiful - Anwar? Situasinya lebih kurang sama, Saiful menuduh Anwar meliwatnya. Orang Pas pandai memutarbelit fakta. Kes ini merupakan kes Liwat tetapi mereka memutarbelit cerita sahabat itu yang merupakan kes zina.

Apa yang kita bincangkan sekarang ini adalah kes Saiful MENUDUH Anwar meliwatnya. Itu merupakan KEY dalam kes ini dan untuk membuktikan tuduhannya benar apabila tidak dapat membawa empat orang saksi, Saiful memulakan langkahnya dengan bersumpah laknat (li'an) dan apabila dia bersumpah li'an, Saiful tidak akan dikenakan hukum khazaf lagi sepertimana kes sahabat nabi diatas.

Ini menyebabkan ulama Pas mengeluarkan FATWA mereka dahulu, ditempat yang sama pada ceramah Mat Sabu yang lepas, seorang penceramah ataupun Ulama' Pas mencabar si Saiful dan Dato Najib bersumpah terlebih dahulu sebelum menyuruh Anwar bersumpah.

Sekarang, cabaran itu sudah disahut oleh Saiful pada minggu lepas dan Dato Najib telah bersumpah dua kali, ketika berada di kuala Lumpur dan di Guar Perahu juga. Apa respon Anwar Ibrahim?

Mursyidul am Pas dan Presiden Pas pada sebenarnya bercanggah pendapat. Pada mulanya, Nik Aziz bersetuju langkah saiful bersumpah, memadai dengan menyebut Wallahi, Wabillahi,Watallahi.

Tetapi, Haji Hadi mendakwa langkah saiful bersumpah tidak betul dan tidak sah, persis prosedur sumpah orang Kristian tetapi pada saat saat akhir apabila percanggahan pendapat mula disedari oleh kedua-dua orang kuat Pas ini, Nik Aziz mula mengubah kenyataannya seperti pendapat Haji Hadi.

PKR mempergunakan khutbah jumaat di masjid guar perahu untuk memberitahu kepada rakyat sumpah saiful tidak sah, tetapi hakikatnya sumpah saiful sudah berlalu dan valid mengatakan saiful tidak bersalah dan tidak berbohong mendakwa Anwar meliwatnya. Sekarang, rakyat mahu respon dari Anwar, mahu Anwar melakukan sumpah sama seperti saiful untuk membersihkan nama Anwar dan keluarganya.

Sebenarnya, Ulama' Pas sedang gelabah dan habis modal apabila mentor mereka, Anwar tetap tak mahu bersumpah. Dalam diri penyokong Pas sekarang, mereka pun serabut memikirkan isu liwat dan sumpah Anwar. Adakah Anwar difitnah ataupun Anwar memang bersalah? Itu menjadi persoalan didalam diri mereka untuk terus menyokong Anwar Ibrahim yang bercita-cita ke Putrajaya.

Hakikatnya, Ulama Pas tak berani untuk mendesak dan mencabar Anwar untuk turut bersumpah sepertimana Dato' Najib dan Saiful lakukan. Jika mereka berani melakukan sedemikian, JIKA Anwar benar-benar dapat memasuki Putrajaya, pasti Anwar tidak akan pandang kepada mereka dan mereka mengharapkan jawatan tertinggi negara disandang oleh Pas apabila kerajaan Pakatan Rakyat memerintah. "Jaga periuk nasi lebih baik daripada menyatakan kebenaran", itulah Pas.

Posted in , . Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

5 Responses to Antara Liwat dan Zina

  1. Kasihan betul akar umbi PAS yang tidak dapat bersuara. Jika diikutkan kebanyakan mereka mula berfikir mengenai hal ini.

    Namun pemimpin tertinggi Pas, demi kuasa dan pangkat mereka sanggup memutarbelitkan cerita.

    Dunia... dunia...

    BalasPadam
  2. Kenapa eh Si Ulama hamPAS yang kaki mempermainkan islam itu tak bangkitkan pula kes di mana Saidina Umar Al-Khatab menghukum anaknya Abdullah, atas tuduhan menodai seorang gadis, yang di mana tanpa 4 saksi?

    Jawapannya senang, sebab org yg kena kemukan 4 saksi itu adalah pihak ketiga yang menuduh pihak 1 dan 2 berlaku zina!!!

    layarilah lolongansejati.blogspot.com

    HidUP UMNOOOO!!! HIDUP BN! TAKBIR!!!!!!

    BalasPadam
  3. salam

    korang ni faham ke tak faham hukum agama ni. Sekarang ni kes liwat, bukan pasal suami isteri, ape ke jadahnya nak bersumpah dengan cara paksa,

    Qazaf adalah kaedah yang paling tepat untuk situasi ini. Sumpah hanya bertujuan untuk membuat akuan secara lisan bahawa seseorang itu ingin membela diri

    So, kenapa harus ada paksaan dalam bersumpah? Kalau anwar tak nak bela diri dengan cara begitu, you all nak kata apa?

    Apa you all dengan cara sumpah boleh setel masalah. Kalau macam tu baik tak payah ada mahkamah, peguam UMNO tak yah keje, ambik UPAH WATSKRIP SUMPAH, and NAZIR MASJID UMNO ambik tempahan tempat untuk wat MAJLIS SUMPAH,

    tak lama lagi suruh polis a.k.a MUSA HASAN declare, kita adakah permit sumpah.

    Nak ke ?

    Fikir dulu bang ye

    BalasPadam
  4. ko jangan bacul la nak tapis tiap ayat..kalau perangai ko macam ni, memang anak melayu tak maju

    BalasPadam
  5. begitulah bila islam dipolitikkan, semuanya untuk kepentingan diri dan parti... BUKAN untuk kepentingan islam dan ummah...

    BalasPadam

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .