Kepada pengikut setia Pas, kajilah persahabatan Pas dalam Pakatan Rakyat

Esok merupakan tarikh keramat untuk menentukan masa depan orang Melayu untuk terus memimpin negara kini dan selamanya. Untuk pengikut setia Pas, kaji balik persahabatan kamu dengan PKR laknatullah.

Anwar Ibrahim, bayangan Dajjal dimuka bumi sanggup mempersendakan rakyat dan bangsanya sendiri untuk mencapai cita-cita politik peribadi yang kita tahu kian hari kian malap. Perangainya yang suka mendedah dan mencanangkan keburukan orang lain telah mengundang padah pada pada pilihanraya kecil Permatang Pauh kali ini.

Apa jua taktik digunapakai oleh Anwar untuk meraih undi rakyat sama ada baik atau buruk.

Renung kembali rakan rakan Pas, Anwar telah diikitaf oleh DAP sebagai Perdana Menteri Alternetif dan diiktiraf sebagai pemimpin Pakatan Rakyat yang rapuh dan retak menanti belah. Persahabatan PKR dengan DAP meliberalkan Anwar dan menjadikan karekter Anwar Ibrahim yang sebelum ini didalam UMNO membela Melayu, mendaulatkan Islam telah bertukar kepada Liberal dan sekular. Dimanakah harapan anda untuk menaikkan Haji Hadi sebagai Perdana Menteri Malaysia?? Sudah tentu Pas berangan-angan Mat Jenin sahaja..

Dalam PRK Permatang Pauh, banyak poster-poster besar dinaikkan disepanjang jalan di Permatang Pauh untuk mengingatkan pengundi Pmtg Pauh bahawa Anwar merupakan pemimpin terbaik, tiada salah atau cacat cela, seolah-olah DEWA ekoran disanjung dan dipuja oleh penyokong-penyokongnya. Bagi penyokong Pas, ingat kembali segala perbuatan dan tindakan Anwar untuk melemaskan Pas semasa dia menjadi ahli UMNO dan menteri dalam kabinet BN.

Anwar berhempas pulas melemaskan Pas dengan pelbagai bentuk, tetapi sekarang dia mahukan sokongan dari Pas untuk menaikkanya sebagai Perdana Menteri Malaysia. Anwar jilat ludah dan kahaknya kembali. Anwar 2008 bukan seperti Anwar 1998 yang dianggap seperti hero rakyat.

Pada penyokong Pas, pasti anda harapkan undang-undang Islam digunapakai didalam pentadbiran kerajaan? Pasti anda mengidam-idamkan cita-cita dan mimpi anda untuk menjadikan Malaysia sebagai salah sebuah negara Islam? Kenapa anda menyokong Anwar Ibrahim yang terang-terang menyokong DAP yang kita tahu menentang Negara Islam dan syiarnya??

Oleh itu, bagi pengundi Permatang Pauh, tekadlah, undilah calon yang mahu bekerja dan mahu menjadi kuli rakyat, bukan calon yang hanya mahu kepentingan peribadi.

**Minta maaf kepada individu tersebut, penulis tidak menulis gelaran "Datuk Seri" yang dianugerahkan kerana penulis merasa dia tidak layak diberi anugerah tersebut ekoran perbuatannya yang jahat untuk menghancurkan agama, bangsa dan negara.

Posted in . Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

2 Responses to Kepada pengikut setia Pas, kajilah persahabatan Pas dalam Pakatan Rakyat

  1. saya mintak maaf, tetapi nasihat saudara kepada penyokong2 fanatik pas ibarat mencurah air ke daun keladi. ada penyokong pas yang menyuarakan kebimbangan terhadap kerjasama dalam PR, namun kerana taksubnya pemimpin-pemimpin PAS untuk melihat UMNO tumbang, jadi kafir pun kafir lah.. Mana tidaknya, masa UMNO bekerjasama dengan MCA dan MIC, dituduh kafir, nah sekarang terkena batang hidung sendiri. Kasihan melihat penyokong PAS yang masih memegang kepada asa perjuangan parti, seperti tertipu. Yang fanatik dan taksub, semestinya menyokong sahaja kata-kata mursyidul am mereka. PAS boleh menang jika berdiri sendiri. Orang melayu tidak mahu UMNO selagi tidak dibersihkan dan mereka juga tidak mahu PKR. Rata-rata mahu mengundi dan menyokong PAS, tetapi dalam situasi sekarang, jika mengundi PAS bererti mengundi DAP dan PKR. Jadi terpaksalah undi rosak. PAS memang rugi dalam PR kerana org melayu akn menyimpan undi mereka dan PAS pun dilayan bagai anak tiri sahaja. Lawati lah blog M Kulasegaran, di mana dalam kabinet bayangan mereka, pemimpin PAS hanya memegang portfolio yang tidak penting. Kalau M kulasegaran berkata bahawa kabinet bayangan itu hanyalah yang direka oleh orang ramai, mengapa letak kan dlm laman blog, bukankah itu menyokong usul tersebut.

    BalasPadam
  2. terima kasih atas pandangan saudara Wan,
    saya tahu mesej saya untuk menyedarkan pas hanya masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Tiada manfaat apa apa sikit pun.

    Walaubagaimanapun, saya akan tetap berjuang untuk menyedarkan pengikut pas bahaya pakatan rakyat khas untuk pas dan umumnya untuk rakyat malaysia

    marilah kita bersama-sama berdoa kehadrat Allah SWT untuk melindungi negara kita dari bala dan bencana.

    Moga-moga dengan keberkatan Ramadhan yang akan kita jejaki nanti, akan mendapat rahmat dan perubahan dalam sistem ekonomi,politik dan sosial negara kita, AMIN

    BalasPadam

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .