ANWAR dan PERMATANG PAUH

Tersentuh juga hati penulis membaca artikel di KPMU semalam, sebuah cerita benar dan realiti politik Wan Azizah selama ini. Benar kata penulis di KPMU, Anwar Ibrahim tidak pernah berbudi kepada penduduk Permatang Pauh. Permatang Pauh tidak semaju Kepala Batas yang merupakan kampung halaman Pak Lah.

Lihatlah dengan mata yang celik, perbezaan ketara Kepala Batas dengan Permatang Pauh. Jika Anwar betul betul membela rakyat, sudah tentu Permatang Pauh lebih maju daripada Kepala Batas, ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri dahulu.

Pak Lah memang berbudi dan berkhidmat dengan rakyat Kepala Batas, sebab itulah beliau masih menang dihati rakyat, rakyat Kepala Batas masih memilih Pak Lah untuk menjadi ahli parlimen mereka pada PRU 13 yang lepas.

Setelah 3 penggal Azizah mendapat gelaran ahli parlimen daripada IKHSAN rakyat, penduduk Permatang Pauh sekarang ini berdepan dengan bekas ahli parlimen mereka, yang dipuja puja, yang dihormati masa lalu dan sekarang.Setelah keluar daripada tahanan, Anwar Ibrahim kembali. Adakah akan dia diterima oleh penduduk Permatang Pauh?

Pada penulis, penduduk Permatang Pauh pasti sudah serik dengan Parti Keadilan Rakyat.
Penduduk Permatang Pauh mesti sudah muak dengan Parti Keadilan Rakyat. Indah saja pada nama, tapi kosong didalam. Perjuangan membela rakyat hanya menanam tebu dibibir, hanya untuk menarik sokongan rakyat saja.

Parti Keadilan Rakyat tidak membela sikit pun nasib rakyat, PKR lebih membela Anwar Ibrahim, PKR lebih mengutamakan Anwar untuk merealisasikan impiannya untuk menjadi Perdana Menteri. PKR lebih jelas membawa dendam kesumat dan benci Anwar kepada kerajaan, kepada individu yang menjatuhkannya dahulu.

Sekarang penduduk Permatang Pauh kena buka mata, buka minda. Anwar Ibrahim 2008 tidak seperti Anwar Ibrahim yang dahulu, penuh dendam, penuh dengki dan benci kepada kerajaan, kepada individu yang menghalangnya daripada menduduki kerusi empuk sebagai Perdana Menteri. Kita dapat lihat perjuangan Anwar sekarang. Penuh mulut, berbuih mulut menyebut untuk membela rakyat, pada hal disebaliknya.

Fikir-fikirkanlah.. Manusia dikurniakan akal untuk berfikir..
Buka mata, Buka hati..
Jangan jadi 3B (buta mata, buta hati, buta perut)

Posted in . Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

5 Responses to ANWAR dan PERMATANG PAUH

  1. Assalamualaikum,

    Memang realiti ini susah hendak diterima pada mereka yang terlalu taksub dengan Pemimpin idola mereka.

    Semoga pengundi Permatang Pauh akan dapat memikiran saranan-saranan ikhlas di posting ini.

    WaAllahuAlam.

    BalasPadam
  2. Saudara Pewaris,

    Che ingin meminta sokongan pihak saudara untuk menyokong usaha Che dan rakan-rakan lain dalam memartabatkan maruah Jalur Gemilang.

    Seperti saudara sudah tahu, segelintir pihak sudah memulakan kempen untuk mengibarkan Jalur Gemilang secara songsang. Ia semakin mendapat sokongan terutamanya dengan keadaan hari ini.

    Kami merasakan apapun perasaan rakyat Malaysia; Jalur Gemilang adalah di atas politik dan perlu dihormati dan disanjung tinggi. Malah bendera itu jugalah yang menjadi payung kepada negara. Oleh itu, Che ingin meminta jasa baik saudara utk mengibarkan satu jalur gemilang di blog anda dengan penuh hormat dan tertib. Ini sahajalah yang kami minta dari pihak saudara.

    Ini bukan satu gimik politik atau usaha sesiapa menjadi hero atau mencari modal politik; tetapi usaha kami yang sayangkan negara ini. Che bukan Melayu; tetapi tidak kurang patriotik dalam hal sebegini.

    Ikhlas,
    Che Eduardo

    BalasPadam
  3. Salam Tuan...

    Blog saya WWW.PILIHANANDA08 telah DICEROBOH! Saya sekarang sedang mengemaskinikan tapak baru blog saya,

    www.pilihan-anda.blogspot.com

    Harap Maklum terima kasih

    BalasPadam
  4. Blogger Che Eduardo berkata...

    Saudara Pewaris,

    Che ingin meminta sokongan pihak saudara untuk menyokong usaha Che dan rakan-rakan lain dalam memartabatkan maruah Jalur Gemilang.


    "...Jalur Gemilang secara songsang"- ini dari kumpulan orang kepala songsang, suka tonggeng, ikut jalan songsang.

    PKR songsang- web AMK kepala songsang.

    BalasPadam
  5. hahaha.. betul tu..
    malukan negara saja..
    malukan bangsa..

    BalasPadam

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .