Debat : Bekas VS Tin Kosong

Program Siri Debat Agendadaily yang akan mempertemukan dua orang kuat Pulau Pinang, secara rasminya akan berlangsung pada 20 Ogos depan. Agendadaily selaku penganjur debat berkenaan telah mendapat pengesahan daripada kedua-dua belah pihak untuk menjayakan debat berkenaan. Kedua-dua pihak juga telah bersetuju debat berkenaan akan dijalankan atas tajuk "Kisah Benar Kontroversi Tanah di Pulau Pinang". Ini adalah debat kedua dianjurkan oleh Agendadaily. debat pertama antara Menteri Penerangan, datuk Ahmad Shabery Cheek dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diadakan pada 15 Julai 2008. Debat antara Tsu Koon dan Guan Eng ini akan disiarkan secara langsung oleh salah sebuah stesen televisyen Media Prima. Format debat yang antara kedua-dua mereka akan dijalankan sama seperti format debat yang pertama dahulu. Debat ini juga akan dikendalikan oleh moderatornya, Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Datuk Johan Jaaffar. Baca lagi disini

PewarisMelayu kata:

Baguslah. Ini merupakan langkah demi langkah kebebasan media yang ditonjolkan oleh Pak Lah. Lepas ni harap banyak lagi debat - debat sebegini diadakan. Ada buruk, ada baik..

Posted in , . Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

2 Responses to Debat : Bekas VS Tin Kosong

  1. Nampaknya debat dah mula menjadi budaya. Ada baik ada buruknya. Jika kedua2 pihak jujur dalam fakta dan salah seorang mengaku mereka silap baguslah.

    Tapi bila dua-dua bersaing tidak mahu mengalah (salah seorg pembohong) maka kita hanya bergantung kepada hujah siapa paling bernas walaupun kita tidak tahu situasi sebenar.

    Macam debat Anwar... semua retorik tapi dia yang dianggap betul.

    Memang shabery silap dalam serangan peribadi dan hujah lemah. Maka dia dianggap salah.

    Jika difikirkan semula dua2 kalah malam tu. Shabery tidak dapat pertahan tindakan kerajaan dan Anwar hanya bagi mimpi2 indah sahaja.

    BalasPadam
  2. ya. betul tu..sama la.. 2x5
    anwar tak mampu nak yakinkan penonton yang di boleh turunkan harga minyak..

    kita tunggu dan lihat saja. apa nak jadi nanti..

    BalasPadam

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .