DR M : Anwar tak layak jadi PM

PUTRAJAYA 27 Ogos - Tun Dr. Mahathir Mohamad sekali lagi mengulangi pendiriannya bahawa cita-cita Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri seperti yang diharap-harapkannya pada 16 September ini tidak mungkin akan menjadi kenyataan walaupun berjaya memenangi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh semalam.

Menurut bekas Perdana Menteri itu, beliau percaya Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak mampu mendapatkan sekurang-kurangnya 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk melompat parti bagi membentuk kerajaan Pusat.

``Dia (Anwar) fikir bahawa dia boleh beli mereka (Ahli Parlimen BN), tetapi dia mesti ingat ada orang lain boleh menawarkan harga lebih tinggi,'' katanya kepada pemberita di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini hari ini.

Dr. Mahathir mengulas kehadiran semula Anwar dalam Parlimen selepas menewaskan calon BN, Datuk Arif Shah Omar Shah dengan majoriti 15,671 undi dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh semalam.

Bekas Presiden BN itu menambah, kerajaan harus mengambil pengajaran di atas kekalahan BN semalam dan Pilihan Raya Umum lima bulan lalu.

``Kemenangan PKR bukan kerana parti itu hebat, sebaliknya ekoran kegagalan calon-calon daripada UMNO yang bertanding,'' katanya.

Bagaimanapun, Dr. Mahathir bimbang kejatuhan populariti BN dalam masa lima bulan sejak pilihan raya umum lalu, tidak hanya akan berlaku di kawasan Permatang Pauh tetapi akan turut memberi kesan ke tempat lain jika berlaku sekali lagi pilihan raya kecil. - UTUSAN

Posted in , . Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

One Response to DR M : Anwar tak layak jadi PM

  1. http://pkrpasdap.blogspot.com

    berapa hari lagi nak puasa. anwar dah menang kira menang juga walaupun dengan 'satu undi'.

    dalam bulan puasa kita nak tengok berapa orang nak jadi katak kepada Anwar.

    Kata TDM, kalau lompat, anwar kena ada wang banyak. Ada parti macam PAS mesti jual mahal sebab 26 kerusi PAS jadi ANmer kena bayar lagi. Kalau tidak PAS jadi 'bebas' di Parlimen tidak join Pakatan dan Anwar tidak boleh tubuh kerajaan.

    tapi yang abe MIE dengar, Anwar hendak masuk UMNO dan cara inilah dia boleh jadi PM!!!

    Ada banyak cerita saman dan kes Anwar di luar mahkamah. Anwar masuk Parlimen dengan 'badan yang busuk'.

    BalasPadam

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .