ANWAR menang di P44

Tahniah kepada Penduduk Permatang Pauh dengan memberi undi kepada Anwar sebanyak 31,195 mengalahkan Ariff Shah dan sebanyak 15,671 undi. Hanafi Mamat hilang wang pertaruhannya dengan mendapat 92 undi. Ada juga ya penduduk P44 mengundi AKIM. Ini menandakan proses demokrasi berjalan dengan aman di Malaysia, kata Najib.

Bagi penulis, BN dan UMNO tidak perlu berduka kerana anda memberikan tentangan yang hebat kepada Anwar semasa kempen PRK ini, tetapi anda tidak dapat melawan Anwar kerana penduduk Permatang Pauh lebih rela melihat Anwar menuju ke Putrajaya, biarlah Anwar berjaya ke Putrajaya dengan senang lenang, kami (penduduk Permatang Pauh) mundur dan tidak terbela pun tak apa.

Slogan 'MEMERDEKAKAN PERMATANG PAUH' tak tercapai. Tak mengapa Ariff Shah, anda tidak hilang gelaran YB dan elaun-elaun yang lain. Parit sumbat, anak-anak DUN Seberang Jaya yang sakit atau ingin memohon bantuan melanjutkan pelajaran masih mencari anda, Dato Ariff. Terimalah keputusan ini dengan sabar. Adat berpolitik, memang lagu ni (dialek orang utara)

Tahniah sekali lagi tak terhingga kepada penduduk Permatang Pauh yang memilih Anwar! Tangga-tangga 16 September ke Putrajaya ? akan membawa kita (rakyat Malaysia) menuju Malaysian Malaysia! Tunggulah nanti, kemunculan TIMBALAN PERDANA MENTERI 1 dan TIMBALAN PERDANA MENTERI 2 yang akan wujud tak lama lagi jika Pakatan Rakyat memerintah.

Kerajaan pintu belakang (Pakatan Rakyat) dan pemimpin main belakang (Anwar Ibrahim) akan membawa HARAPAN BARU UNTUK MALAYSIA, untuk kesamarataan dan melenyapkan Hak-hak keistimewaan Orang Melayu dan Bumiputera.

PewarisMelayu kata: Sabaq sat ya orang Matang Pauh, Tok Shiekh tak dapat lagi kot nak jadi ahli Parlimen, ura-ura kata Speaker tak mau Anwar P44 angkat sumpah esok. 27hb nak jadi Ketua Pembangkang pon tak taw lagi la noh.. Oh lupa, Anwar jangan dok seronok sangat ya raikan kemenangan, sila jumpa Saiful Bukhari, Dato Nallakarupan dan Dato Hamzah ya. Awat tak saman Ezam? Lagi best.. Kerjasama anda sangat dihargai. Jangan lari-lari tau.

Posted in , . Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

2 Responses to ANWAR menang di P44

  1. Masih banyak cabaran yang dia perlua hadapi. Kita pun masih banyak masa lagi. Terutamanya BN perlu guna masa ini kaji semula dengan jujur kenapa rakyat sudah menolak mereka

    BalasPadam
  2. TAHNIAH kepada penduduk permatang pauh kerana mengangkat anuar sebagai pemimpin. TAKZIAH jugak kepada penduduk permatang pauh kerana tersilap memilih pemimpin. Apa yang berlaku merupakan suatu PERMULAAN yang akan menghancurkan negara kita yang kita cuba pertahankan. Tarikh 26/08/08 akan menjadi tarikh yang takkan dilupakan oleh setiap orang melayu di MALAYSIA.

    BalasPadam

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .