Rampasan Kuasa - Abdullah selar Anwar


Semasa mengakhiri pembentangan bajet 2009, DS Abdullah Badawi menyelar tindakan parti pembangkang yang mahu menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional pimpinannya pada tarikh 16 September 2008. Abdullah menyatakan hasratnya untuk mempertahankan mandat rakyat yang diberikan kepada BN untuk memerintah selama 5 tahun walaupun telah kehilangan majoriti 2/3 pada PRU12 yang lalu.

Dr. Mahatir sudah berkali - kali berkata Anwar tidak akan berjaya menjadi Perdana Menteri pada 16 September nanti. Beliau yang terkenal dengan sifat lantang bersuara mengkritik Anwar Ibrahim yang merupakan timbalanya sebelum beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Adakah Anwar akan berjaya membentuk kerajaan baru, kerajaan Pakatan Rakyat yang terdiri daripada 3 parti yang berlainan ideologi? Adakah Anwar akan dapat menyingkirkan kerajaan Barisan Nasional yang sudah memerintah Malaysia selama 50 tahun?

Alhamdulillah, tarikh 16 September 2008 jatuh pada bulan Ramadhan.. Semalam, ada sebuah laporan mendakwa ahli parlimen BN mula hantar SMS kepada Anwar dan tertarik untuk menyertai Pakatan Rakyat. Adakah kenyataan ini benar atau palsu? Ahli parlimen BN sudah berikrar dan berjanji untuk setia bersama kerajaan pimpinan Abdullah. Siap kumpul tanda tangan lagi sebagai bukti mereka berjanji tak berpaling tadah. Apakah yang sedang dirancang oleh Anwar untuk menjatuhkan kerajaan BN sebelum 16 September?
Sama-sama kita tunggu dan lihat!

Posted in , . Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

5 Responses to Rampasan Kuasa - Abdullah selar Anwar

  1. Salam,

    Ku Li juga menyatakan agak sukar Pakatan Rakyat (PR) untuk membentuk kerajaan pada 16 September ini melihatkan persefahaman parti dalam PKR yang masih belum jitu dan tidak ada kesungguhan dalam pakatan itu.

    Ku Li mengatakan demikian selepas merasmikan Forum Sambutan Merdeka:Pelaksanaan Undang-undang Fasal 152 dan Fasal 153” dengan tema Memperkasakan Perlembagaan Negara anjuran Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) di Kelantan hari ini.

    Wasalam.

    BalasPadam
  2. http://pkrpasdap.blogspot.com
    http://abe-mie.blogspot.com

    kerajaan katak? jijik sangat.

    tanya lim kit siang dan guan eng dia makan tak katak?

    BalasPadam
  3. tiada apa-apa yang akan terjadi 16 September ini.

    BalasPadam
  4. Kalau tak jadi 16 september ini tak apa, status quo masih kekal. Kalau terjadi betul, waris-waris dah bersedia ke....hehehe

    BalasPadam
  5. kalo btul la ader yg nk lompat parti.
    jgn mereka lpe mereka dpt jd MP pn pkai label bn..
    rakyat bkn undi sbb nama diorg..tp sbb lmbang bn..

    anwar x layak lngsng jd pm..
    kate "DEMOKRASI" tp kalo jd pm ikut pntu blakang tu demokrasi ke?

    BalasPadam

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .