HARAKAH: 16 September - Sukar BN untuk gagalkan - Anwar

HARAKAH, KUALA LUMPUR, 10 Sept (Hrkh) -Barisan Nasional (BN) sukar untuk menggagalkan kehendak dan kebangkitan rakyat dalam situasi negara ketika ini.

Kebangkitan rakyat ke kegilaan kuasa Anwar Ibrahim?? Rakyat tak bangkit kalau tak dicucuk oleh pengkhianat bangsa..

Demikian kata Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam majlis solat tarawih dan hajat di rumahnya di Bukit Segambut malam tadi.

Sebelum itu beliau menjelaskan sebagaimana yang dilaporkan Mstar Online bahawa, sasaran 16 September bagi membentuk kerajaan yang baru boleh dianjak ke satu tarikh yang lain jika wujud masalah yang boleh menghalang proses peralihan kuasa seperti yang dirancang.

Harap maklum, ini bukanlah satu PROSES PERALIHAN KUASA, ini adalah salah satu proses MENJATUHKAN KERAJAAN atau bahasa pasarnya ialah RAMPASAN KUASA. Rakyat dah bagi mandat kepada BN untuk memerintah pada PRU12. Kenapa PR sanggup meliwat proses DEMOKRASI di Malaysia??

"Walaupun kita sudah ada sasaran iaitu pada 16 September, tapi gambaran setakat ini hasil perbincangan bersama PAS dan DAP, tarikh itu boleh kita anjak... kalau tak jadi 16 haribulan mungkin 20 haribulan kerana tarikh itu juga ada sejarah.

"Tapi saya fikir dalam keadaan sekarang adalah susah bagi mereka (kerajaan Barisan Nasional) untuk gagalkan kehendak dan kebangkitan rakyat," jelas beliau.

Penulis akan mengubah maksud sebenar Anwar "Saya tak dapat lagi la nak pancing katak BN. Depa dok holiday kat taiwan nuhh.. Buat masa nih, kita tukaq la pi tarikh baru, 20hb ka, 30,hb ka, bulan 10 ka, lepas raya haji ka"

"DAP kata kalau saya nak "suap" AP BN, depa tak mau sebab apa, DAP mau AP BN yang benar-benar ikhlas. Tapi saya rasa, kalau nak tunggu depa (AP BN) nak lompat secara ikhlas, sampai tunggu kucing bertanduk pun depa (AP BN) tak akan lompat ke PR. Sebab tu la saya kana "suap"sikit AP-AP yang mata duitan dan gila kuasa macam saya (gelak - gelak nakal)

Anwar menyatakan demikian sehari selepas pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mengadakan pertemuan hampir tiga jam pagi kelmarin susulan pertemuan informal lebih dua jam di ibu negara Ahad lalu.

Ya lah, plan tak jadi, katak pegi honeymoon. Aiseh, nak tunggu Bapak Katak guna plan B! Tula kami bincang lama sikit..

Ketika ditemui semalam, beliau menjelaskan bahawa perancangan untuk membentuk kerajaan berjalan dengan lancar setakat ini.

Depan media, berjalan lancar lah, tapi hakikatnya diorang kelam kabut, maklumlah, katak dah tak ada dalam Malaysia.

Bagaimanapun malam tadi Anwar berkata, perbincangan secara terpeinci akan diadakan bersama pemimpin parti-parti komponen Pakatan Rakyat iaitu Parti KeADILan, PAS dan DAP bagi meneliti sebarang risiko yang bakal terjadi.

Pakatan Rakyat bukanlah satu parti mahupun gagasan pakatan yang berdaftar. Kenapa mereka layak memerintah negara (kerajaan persekutuan?)

"Esok saya perlu ikuti prosedur mahkamah. Jadi kemungkinan pada sebelah petangnya atau hari berikutnya kita akan bermesyuarat mengenai persediaan kita menghadapi 16 September," katanya.

Anwar, bekas Timbalan Perdana Menteri akan muncul di Mahkamah Sesyen Jalan Duta di sini hari ini bagi mendengar sebutan semula kes liwat melibatkan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari, 23.

Anwar mengumumkan pelan sasaran 16 September enam bulan lalu iaitu sejurus selepas pilihan raya umum ke-12 diadakan.

Tambah beliau, jumlah Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang akan lompat parti menyertai Pakatan Rakyat sudah mencukupi.

Stok katak jenis lain banyak. Sebab tu la dia yakin sangat

"Jumlah mereka kita sudah ada. Tapi disebabkan mereka pergi lawatan 'menghayati Ramadan' di Taiwan kita perlu tunggu dahulu," katanya.

Menurut beliau lagi, ada antara Ahli Parlimen BN yang menyertai lawatan tersebut telah berjanji kepadanya untuk meneruskan matlamat mereka meninggalkan BN.

"Saya ada dapat maklumat bahawa mereka yang pergi itu tidak dibenarkan pulang sebelum 16 September bagi mengahalang sasaran kita," katanya. - mks.

Posted in , , , . Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

2 Responses to HARAKAH: 16 September - Sukar BN untuk gagalkan - Anwar

  1. 16 September yang digambar-gemburkan oleh PAKATAN RAKYAT hanya sebagai gimik untuk mendapat publisiti murahan daripada RAKYAT MALAYSIA.

    Kalo nak buat kerajaan tarikh takkan pandai nak berubah kalo berubah confirm pemimpinnya macam 'katak' juga pandai lompat-lompat buat keputusan.

    Sumandak bukan nak kutuk tapi ini realiti sebagai seorang pemimpin di MALAYSIA.

    BalasPadam
  2. rakyat mahukan perubahan???
    jika benar rakyat mahukan perubahan, perubahan dah lama berlaku masa PRU 12 haritu..

    kerajaan BN tak tumbang malah masih menang majoriti bermakna rakyat masih mahukan BN dan menolak pembangkang!!

    tapi pembangkang dungu ini perasan rakyat mahukan perubahan, mereka hanya memikirkan rakyat yang mahukan perubahan, tapi bagaimana pula majoriti rakyat yang tak mahu perubahan pemerintahan berlaku??

    BalasPadam

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .