![]() |
Lawak guling - guling Haji Anwar bin Ibrahim |
![]() |
Lawak guling - guling Haji Anwar bin Ibrahim |
Ha, itulah yang penulis tengah pening, sebenarnya pilihanraya kecil Manik Urai semalam dmenangi oleh pihak pas dengan undi sebanyak 5248 mengatasi BN yang mendapat undi sebanyak 5283 dengan majoriti 65 undi.
Alahai blogger Pakatan Rakyat yang berjiwa Malaysian Malaysia, berperangai sombong dan takabur serta riak, kini tuhan dah tunjuk kamu semua tu memang berada dijalan yang salah!
GAH SANGAT! DULU BUKAN MAIN HEBAT! Akhirnya, laki yang berbini dua, iaitu PKR berbinikan DAP dan Pas sudah bergaduh! Bak kata MB Kedah, perkahwinan mereka PKR - PAS - DAP mempunyai kontroversi dan keretakkan tu dinafikan. Alasannya, kalau orang dah kawin ni, berkelahi la macam mana pun, lepas I Love U, U Love Me, elok la kembali.
Anwar, tarikh 8 Julai sudah menghampiri kamu. Mahkamah keadilan yang sebenar - benarnya akan mengadili kamu yang mana dituduh meliwat Saiful pada tahun lepas. Kenapa kamu menuduh ianya satu mainan dan konspirasi kerajaan dan UMNO serta Barisan Nasional.
Berita penuh disini
Apa lah yang puak - puak PR nak menunjuk sangat surat Tok Garu Nik Aziz Kepada YB Nga Kor Ming ADUN Pantai Remis Perak tu, macam lah orang tak reti nak baca. Kepada bloggers Baginda Reformasi, cukup - cukuplah spam ruangan komen semata - mata nak tunjuk surat tersebut.
Fairus letak jawatan timbalan KM | |
Mar 21, 09 1:31pm | |
Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohamad Fairus Khairuddin telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng. Menurut The Star, tiada alasan yang diberikan bagi peletakan jawatan tersebut serta jawatan exco kerajaan negeri. BACA LAGI... |
Baguslah Mb Nizar dah mula menyedari akan statusnya ini. Hairan betul penulis. Selama ni, yang dia melalak 24jam yang dakwa dia masih lagi Menteri Besar Perak, tut tut keluar daripada kediaman Rasmi MB eh?
Hairan, hairan. Tapi tak mengapalah, Nizar. Datuk pegi la hidup bersama - sama barisan Exco Datuk dan Datuk boleh menjalankan tugas sebagai MB Gila Talak dan juga Exco perasan tu. Satu lagi, tolong ambil sekali Speaker Dun Perak ok?
Cuba la bayangkan, kalau sebuah pokok tu dah tercabut daripada permukaan bumi ni, relevenkah lagi dahan dan juga ranting pokok tersebut? Dapat ke dahan dan daun tersebut hidup tanpa batang dan akar pokok?
Begitulah ceritanya yang terjadi kepada speaker Dun Perak, V. Sivakumar.
MB Perak baru, Dr. Zambery tak kesah Nizar nak duduk kt rumah tu atau tak. Kalau Nizar nak dok, dok la..
NOTA KAKI : Gunakanlah perkataan yang baik dan sopan ketika menulis didalam blog anda. Penulis tahu, itu hak masing - masing dan juga cara tersendiri untuk kita menyampaikan kepada orang lain. Kalau perkataan tu terlampau kasar dan kesat, anda boleh bayangkan tak macam mana la sikap blogger yang menulis tu
Salam sejahtera semua. Harap maaf kerana sudah lama tak mengupdate blog ini kerana kekangan masa yang menghalang tugas penulis untuk mengemaskini blog ini.
Walaubagaimanapun, penulis sempat berjalan - jalan di sekitar dunia blog tanah air dan terjumpa sebuah blog yang mana memaki hamun dan juga mencela pemimpin tertinggi kerajaan.
Akibat terlampau taksub dan jumud pemikirannya, bloggers tersebut menggunakan pelbagai nama "ejekan" kepada pemimpin kita dan juga mengeluarkan pelbagai berita yang karut marut.
Sila ke blog ini. Penulis sudah sakit hati untuk membaca kandungan blog tersebut. Ahli - ahli BPN yang lain sila bertandang ke blog tersebut. Kita "ajar" sikit bloggers mentah tersebut.
Betul ke Pas membela Melayu? Sila baca petikan artikel dibawah yang diambil dari sini
''Dewan Pemuda Pas Pusat tetap konsisten dengan dasar parti iaitu mempertahankan institusi Raja-raja Melayu dan dalam masa sama berpegang kepada keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.
''Prinsip kami, tiada siapa pun yang boleh mengatasi undang-undang dalam negara dan apa berlaku di Perak, Dewan Pemuda Pas Pusat menyerahkannya kepada mahkamah untuk menentukan," kata beliau.
Penulis tak faham, apakah fungsi Dewan - dewan yang berada didalam organisasi Pas tersebut? Adakah benar dakwaan Dewan Pemuda Pas tersebut untuk mempertahankan Raja - Raja Melayu?
Mereka (pengikut Pas) lebih fanatik mempertahankan agama daripada mempertahankan Bangsa. Apakah mereka semua (pengikut Pas) buta mata dan hati? Mereka saja buat - buat buta hati, mereka tahu status bangsa kita di negara kita ni sedang gawat, mereka masih lagi buat - buat buta hati.
Betul ke Pas bertaubat dengan artikel tersebut? Apakah anda lupa, Nizar merupakan ahli Pas?
Pas, cakap tak serupa bikin!
Gesa tarik balik anugerah Datuk Seri sumber
KUALA LUMPUR 6 Feb. - Gelaran “Datuk Seri” yang dianugerahkan Sultan Perak Sultan Azlan Shah kepada bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin disaran ditarik balik sebagai pengajaran kepada mereka yang menderhaka.
Ketua Umno Bahagian Cheras Senator Datuk Syed Ali Alhabshee berkata beliau kecewa kerana seorang pemimpin Melayu seperti Mohamad Nizar telah menunjukkan sikap biadap terhadap Sultan Perak dengan enggan melepaskan jawatan Menteri Besar walaupun dititah berbuat demikian.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi dalang kepada krisis tersebut dan bersikap “lempar batu sembunyi tangan”.
“Saya amat kesal dan dukacita kerana pemimpin Melayu seperti beliau telah menunjukkan pekerti yang tidak baik kepada generasi muda dengan menderhaka kepada institusi Kesultanan Raja-Raja Melayu kerana lebih mengutamakan kepentingan politik,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - Bernama
PEWARISMELAYU Kata :KUALA LUMPUR 6 Feb. - Bekas Menteri Besar Perak Mohammad Nizar Jamaluddin akan memfailkan saman terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Mahkamah Tinggi Ipoh pada Selasa ini.
Pengerusi DAP Karpal Singh berkata, langkah itu akan dilakukan berikutan Sultan Perak bertindak melampaui bidang kuasanya untuk mengisytiharkan kerajaan pakatan pembangkang di negeri itu sebagai tidak sah.
Pada sidang akhbar di pejabatnya di sini Karpal berkata, di dalam saman tersebut Sultan Perak akan dinamakan sebagai defendan pertama dan kerajaan negeri Barisan Nasional yang baru di negeri itu sebagai defendan kedua. - Utusan
PEWARISMELAYU kata:
Kalau berani, samanlah Sultan Perak tu. Karpal jangan dari batu api dalam hal ini. Ini semua hasil cucukan jarum syaitan milik DAP dan juga hasutan "pelaq" dari Anwar Ibrahim!
PR, jangan cabar pihak istana! Kot mana pun nanti, anda pasti akan kalah! Guna la akal sikit!
Kepada pencacai pencacai PR, kembali lah bertaubat dan menuju ke jalan yang benar!
Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .