KLANG 6 Sept. – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempertahankan tindakannya tidak turun padang untuk meninjau keadaan mangsa ribut di beberapa kampung di sini dengan menganggap perbuatan tersebut sebagai membuang masa dan membazir wang.
Menurutnya, walaupun pakatan pembangkang sering melaung-laungkan konsep negara berkebajikan, ia tidak bermakna beliau perlu menunjukkan muka kepada rakyat ketika mereka berdepan kesusahan seperti bencana alam.
"Saya ada wakil rakyat dan Exco yang mengendalikan bantuan untuk mangsa dan saya sentiasa berhubung dengan mereka. Jadi, tidak perlu saya turun padang kerana ia membazirkan masa saya.
"Jika saya datang melawat, saya terpaksa membawa bersama 15 hingga 20 orang saya dan ini akan melibatkan kos kewangan," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan bantuan bencana kepada mangsa ribut di sini hari ini.
Ini merupakan lawatan pertama beliau ke lokasi bencana alam itu sejak ia melanda Isnin lalu.
Dalam kejadian pada pukul 3 petang itu, lebih 1,000 keluarga dari beberapa kampung seperti Kampung Sungai Udang serta Kampung Sungai Bertek di Teluk Pulai dan Kampung Rantau Panjang di Kapar menjadi mangsa.
Kerajaan Pusat melalui Kementerian Luar Bandar dan Wilayah memberikan bantuan kilat berupa wang dan barangan keperluan sejurus kejadian berlaku.
Turut menghulurkan bantuan segera adalah Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) dengan sumbangan sebanyak RM100,000 bagi membeli atap rumah yang rosak.
Abdul Khalid menambah, perbuatan segelintir pihak dan individu yang memberikan bantuan dengan menemui sendiri mangsa merupakan gimik politik yang bertujuan mahu menarik perhatian rakyat.
Jelasnya, perbuatan turun padang tidak akan memberi sebarang kesan terhadap moral mangsa ribut dan menganggap ia sebagai konsep yang tidak boleh diterima sama sekali.
"Orang yang berada dalam kecemasan bukan mahu sokongan moral, dia mahukan pertolongan.
"Namun, sesetengah ahli politik suka 'bergaya' dengan cara begini tetapi saya bukan orang seperti mereka," tegasnya.-UTUSAN
http://pkrpasdap.blogspot.com
BalasPadamsuruh khalid tidur aje. bulan puasa jangan buat apa-apa
Khalid selalu nak populiskan diri dengan publisiti murahan mula-mula nak buka kouta 10% kemasukan Bukan Bumiputera dalam UiTM.
BalasPadamSekarang ni pula elakkan turun padang tengok mangsa ribut alasan buang masa nak jimat duit kerajaan negeri.
Dia ni guru pakar ekonomi rasanya nanti dia akan bidas bajet 2009 Selangor yang lebih berjimat cermat lagi lah dia populis HEBAT ENGKAU KHALID sesuai jadi MB kerana mampu buka mata rakyat Selangor yang salah pilih hang jadi MB
ceh... ckp negara berkebajikan... nk turun lawat rakyat pun mcm2 alsan bagi... sengal btol kalau dpt MB mcm ni....
BalasPadamkakalid nini oooorararang kakaya. taktaktak tatatau aaaapapa tutu sususah.
BalasPadamdididia iiingat jajajadi pepemimpin popolitik sasama mamacam pipipimpin gagatri
dengki puny pasal calon cam ni pun boleh jadi MB kah! kah! kah!
Jawapan aku senang jeeeeee...
BalasPadamPADAN MUKA ORANG SELANGOR...
BANGANG PEGI PANGKAH PARTI LAIN BUAT APAAAA
MARAHKAN NYAMUK, KELAMBU DI BAKARRR
SEKARANG TAHANLAAAAAAAAA!!!!!!!
woii..aku orang selangor jugak tapi tak bangang..aku pangkah dacing aaa!!! diorang la bodoh..bodoh punya PKR lembu..
BalasPadam