PKR jangka lebih 40 MP lompat parti

"Tiba 16 September ini, kita akan tunjukkan siapakah yang sebenarnya bermimpi atau bercakap besar."

Dengan penuh yakin, Ketua PKR Sarawak, Dominique Ng memberitahu sidang akhbar di Kuching bahawa Pakatan Rakyat kini menjangka lebih 40 ahli parlimen akan melompat dari Barisan Nasional (BN).

Beliau membuat kenyataan tersebut di tengah-tengah laporan bahawa pemimpin tertinggi PKR bertemu dengan pemimpin sebuah parti komponen BN di Kota Kinabalu pagi ini yang berikrar untuk menyokong rancangan pembangkang itu.

Ng berkata, di samping ahli-ahli parlimen individu, beliau menjangka bilangan wakil rakyat BN yang mencukupi akan menyertai Pakatan untuk memboleh pembangkang mendapatkan jumlah yang mencukupi untuk menumbangkan kerajaan pada tarikh 16 September ini. - M'kini

PewarisMelayu kata:
Anwar ibarat pemimpin agung, pemimpin yang berwibawa, dan pemimpin alternatif sebagai Perdana Menteri Malaysia, tapi dia kekurangan ahli didalam partinya (PKR) yang berwibawa untuk mentadbir negara ini.

Anwar bukannya seorang yang GENTLEMAN. Kita lihat langkahnya sekarang (tubuh kerajaan pintu belakang) dan mengambil calon/ahli BN secara paksa dengan mengumpan pelbagai habuan yang lumayan jika menyerai PR (sebutan: Pakatan Rapuh).

Anwar tergamak menggula-gulakan rakyat mahu menghapuskan DEB dihadapan orang cina, tetapi didepan orang Melayu dia begitu taksub untuk mempertahankannya. Anwar dalam misi ke Putrajaya dengan cara kotor. Kenapa ada RAKYAT dan ORANG MELAYU yang masih mempercayai Anwar?

Adakah tanggal 16Sept akan menjadi hari DARURAT seperti yang berlaku di Thailand? Adakah peristiwa 13 Mei dibimbangi akan berulang semula? kita lihat, taktik Anwar yang mahu melaga-laga kan bangsa dengan menggunakan Guan Eng untuk menaikkan kemarahan orang Cina.

Kenyataan Dato Ahmad (Bukit Bendera) mencetuskan kemarahan orang Cina dan menyebabkan keraguan ahli-ahli MP Cina yang berada didalam BN (GERAKAN dan MCA). Layakkah sekarang, Anwar dilabel sebagai HERO ataupun PENDERHAKA??

Layakkah ANWAR menjadi PERDANA MENTERI? Dr. Mahathir sudah pun mengeluarkan kenyataan "Saya akan keluar negara jika Anwar menjadi Perdana Menteri". itu Dr M, orang yang mempunyai harta dan mampu untuk meninggalkan negara, TAPI bagi KITA, rakyat biasa ni, nak lari kemana? Ini saja tanah air dan tempat yang sesuai untuk kita. Tak ada lagi tanah dan tempat untuk orang Melayu kalau tak MALAYSIA.

Hidup Anwar tak ubah seperti Musharraf, bekas President dan Perdana Menteri Pakistan. Lihatlah apa yang terjadi kepada Musharraf? Dia didesak untuk melepaskan jawatannya sebagai President. Orang yang merampas kuasa, tak akan memerintah lama. Kita, rakyat Malaysia yang sedar dan mempunyai akal akan menentang sekeras-kerasnya penubuhan kerajaan pintu belakang, Pakatan Rakyat yang merupakan proksi Amerika dan Yahudi.

Anwar bukannya HERO! Tetapi dia adalah PETUALANG BANGSA dan PENGKHIANAT!!
Ini kah cara pembela Melayu, pemimpin rakyat, pembela Islam? Lagak baik, tapi diri sebenarnya PEROMPAK!

Posted in , . Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

11 Responses to PKR jangka lebih 40 MP lompat parti

  1. Salam,

    Anwar ialah orang pernah yang diaibkan dan dizalimi oleh Mahathir, kerana persaingan dan konflik kuasa antara mereka berdua.

    Sekiranya Anwar tidak dipecat dari jawatan TPM pada tahun 1998, dia mungkin akan menjadi PM yang berjaya, dan politik Malaysia tidak akan mengalami kecelaruan dan ketegangan seperti sekarang.

    Dengan itu, mungkin tidak timbul juga dakwaan bahawa Anwar adalah seorang pengkhianat bangsa dan label negatif yang lain.

    Anwar boleh menjadi PM yang hebat seperti Mahathir, kalau dia tidak dipecat pada tahun 1998 dahulu.

    Tapi oleh sebab dia telah dipecat, dia terpaksa berjuang semula "dari bawah".

    Memang banyak kecelaruan dan ketegangan timbul. Tapi ini terutamanya adalah kerana kesalahan Mahathir memecat Anwar pada tahun 1998 dahulu.

    BalasPadam
  2. 16 Sep tahun xxxx...tungguuuu...sampai mati

    BalasPadam
  3. ANWAR MEMANG HERO MELAYU.DIA MAMPU MENANGKIS FITNAH JAHAT UMNO.UMNO HANYA TINGGAL NAMA SAHAJA TAPI PEMIMPINNYA SEMUA HAPRAK.ZAMAN UMNO UNTUK MELAYU SUDAH TAK BOLEH PAKAI LAGI.ZAMAN DAH BERUBAH.MELAYU SEMAKIN ME-LAYU DIBAWAH UMNO.

    SELAMAT TINGGAL UMNO.

    BalasPadam
  4. Dipetik dari ulasan lepas:

    Memang kini UMNO boleh dikata bukan mewakili suara Melayu & ‘dimiliki’ golongan elit, saya juga merasakan menyokong Anuar bukanlah jalan keluar.
    kerana saya tak termasuk dalam golongan ini yang mempunyai kecenderungan menyokong Nuar-

    a.orang berfikiran pendek (pelupa, emosional & merusuh-tak mampu mengingat nuar dlm jangka 5 ke 20 tahun lepas, siapakah Nuar ini),
    b.golongan muda yang tak kenal Nuar (membabi buta menyokong seperti karisma Hitler).
    c.beragenda material-(untuk meraih projek dlm hirarki atas kerajaan baru),
    d.Beragenda porak poranda (pelabur jahat & orang asing jahat),
    e.Pembenci Paklah dan mengambil jalan protes.



    Dilema Melayu Global:
    Sekarang ini jika memihak kepada UMNO VS PR kedua2nya seolah2 merugikan. Menyokong golongan elit VS menggadai hak diperjuangkan bertahun2?

    Saya yakin ramai Melayu pertengahan berpendapat seperti saya. Kerana itu 80% pengundi tak berdaftar ialah Melayu lembah kelang.

    Namun kami Muslim, tidak akan membenar Malaysia menjadi republik.

    BalasPadam
  5. "Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara Yang tidak diingini - Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.." ( al-Qur'an,al-Hujurat ( 49 ):6 ).

    paham betoi2....

    BalasPadam
  6. salam bloger, tak munkin kita paksa pemimpin kita turun jika kepimpinannya mampu menarajui kemufakatan dalam politiknya mahupun ekonomi. Namun keadaan sekerang adalah sangat berbeza dengan tekanan ekonomi oleh penduduknya, pergolakan antara kaun dalam negara,ketidak tulusan dalam perundangan,kuasa pemarintah dalam amno lebih dari segala2nya/ tetapi Bn konon menjadi lambang demokrasi negara... Kepada kawan-kawan yang bijaksana tiada apa yang kita takutkan pada perubahan yang di terajui oleh DSIA kerana pelabur2 asing pun percaya dengan kebijaksanaan beliau dalam perdagangan luar/dalam... daripada wakli2 menteri kita hari ini yang tidak boleh di pakai yang cuma pandai cakap saja.. 16 sep insallah
    terkabul hidup PKR.... hidup PR... hidup DSIA.....!

    BalasPadam
  7. Jikalau Anwar berjaya menakluki Putrajaya pada 16 September dengan menggunakan back door adalah perkara yang memalukan bagi seorang yang memperjuangkan keadilan.

    Sebagai negara yang demokrasi dan berparlimen yang menentukan kepimpinan negara melalui peti undi adakah adil menarik MP BN menyertai PR bagi membolehkan PR memerintah negara. Ia seumpama seperti rampasan kuasa kerana rakyat telah memberi mandat kepada BN untuk memerintah negara walaupun kalah di buah negeri. Inikah keadilan ? Mengapa tidak mahu menunggu PRU13 ? Jawapanya mudah kerana PR sebuah pakatan yang rapuh dan takut pakatan ini akan lebur sebelum pilihanraya yang akan datang dan kegopohan, ketamakan dan kegilaan kuasa pemimpin PR.

    Jangan menggunakan alasan negara akan hancur kalau BN memerintah negara kerana jika PR memerintah negara menggunakan taktik yang teramat kotor, negara akan dalam kucar kacir jikalau anwar tidak dapat menunaikan janji-janji manisnya terhadap rakyat ? Sudah tentunya rusuhan, tunjuk perasaan, ketegangan antara kaum, jenayah akan meningkat dan lain-lain perkara buruk mungkin berlaku.

    Inikah yang kita mahukan. Tunggulah PRU13 jika Anwar betul-betul GENTLEMEN !!!!

    BalasPadam
  8. Salam bloger...awak mmg tak paham atau buat2 tak paham...ahli2 MP yang akan kalih ni bukan dioffer tetapi mereka yg mengofferkan diri mereka utk menyertai PR krn tak mau duduk dlm pimpinan yg lemah...Yg akan membuat kucar-kacirkan negara UMNO lah...sapa lg.. hgpa la takut tembelang hgpa pecah mempergunakan rakyat bawahan yg takdak otak supaya membuat huru-hara janji periuk nasi hgpa selamat...
    U-Untuk
    M-Melayu
    N-No
    O-Otak

    BalasPadam
  9. rakyat beri mandat apa pada bn utk perintah malaysia?... bukan ke bn yg menipu utk dapat undi lebih supaya boleh berkuasa.... tak gitu rakyat semua...

    BalasPadam
  10. rakyat memilih BN untuk memerintah..jika PKR kata majoriti rakyat mahukan perubahan kenapa BN menang majoriti pada PRU12 hari tu..
    kenapa anwar tak mahu tunggu PRU 13 untuk menunjukkan rakyat memang mahukan perubahan pemerintahan..kenapa anwar tergesa2 untuk menjadi PM ? seolah-olah mahu menutup segala kelemahan beliau sekiranya beliau menjadi PM neliau berkuasa menentukan segala-galanya..

    kenapa anwar di pecat mahathir??
    kerana dah banyak desas-desus dan khabar angin yang bertiup dari kem PAS dan DAP yang mereka mempunyai bukti menunjukkan anwar terlibat seks luar tabii dan salah laku seks dengan wanita lain..

    anwar semasa menjadi menteri kewangan dan timbalan PM banyak mengkayakan kroni dan mengkayakan IPP..selain menaikkan interest rate yang pada ketika itu boleh membebankan rakyat..

    BalasPadam

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .