JOHOR BAHRU 14 Sept. - Presiden Pertubuhan Kebajikan Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Syed Hussein Al Habshee menyokong penuh tindakan kerajaan menahan pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin yang menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.
Menurut beliau, berdasarkan perkembangan yang berlaku sejak akhir- akhir ini, Raja Petra didapati bersikap angkuh dan tidak sensitif terhadap suasana masyarakat negara ini.
Beliau berkata, kalau diamati segala tulisannya boleh mencetuskan suasana tidak tenteram di kalangan umat Islam.
"Walaupun telah saban kali diberi amaran oleh pihak berkuasa, namun dia tidak peduli dan pada keseluruhannya, sebagai seorang penulis blog, dia tidak sensitif dalam penulisannya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Kelmarin Raja Petra, Exco Kerajaan Selangor, Teresa Kok dan wartawan wanita Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng ditahan di bawah Seksyen 73 (1) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bagi mengelakkan ketegangan kaum dan ancaman keselamatan negara daripada tercetus.
Bagaimanapun, Hoon Cheng dibebaskan di Pulau Pinang pada pukul 3.30 petang semalam.
Mengikut peruntukan itu, mereka boleh ditahan selama 60 hari tanpa perbicaraan sebelum Menteri Dalam Negeri membuat keputusan sama ada penahan itu perlu dilanjutkan.
Syed Hussein berkata, selaku pengendali laman web, Raja Petra tidak sepatutnya meniru bulat-bulat amalan masyarakat Barat yang berpegang kepada kebebasan bersuara secara total tanpa had.
Menurut beliau, sebenarnya kebebasan bersuara di negara ini perlu sentiasa mengambil kira konteks suasana masyarakat majmuk yang berbilang kaum dan agama.
"Dalam hal ini, setiap penulis blog wajar bertanggungjawab terhadap apa juga penulisannya.
"Dengan tangkapan ini, walaupun agak lewat tetapi ia melegakan seluruh umat Islam dan dalam hubungan ini saya menyeru para penulis blog supaya mengambil ini sebagai satu pengajaran dan teruslah menulis dengan rasa penuh tanggungjawab," katanya-utusan
Patut dia kene pancung aje........,
BalasPadamRaja bertopengkan Yahudi Amerika jahanam.
Komen diatas (pasal pancung memancung) jelas menunjukkan sifat keganasan dan kejahilan pembaca bernama anonymous di atas.
BalasPadamSifat perkauman dan agama kini diperalatkan oleh segelintir anasir sebagai satu alasan untuk terus menelan duit rakyat dan praktis rasuah. Namun ramai yang tertipu oleh kempen bersifat perkauman dan agama.
Kaum Pendatang harus bersyukur tinggal di Malaysia ini, jangan sesekali mengungkit Hak Istimewa Orang Melayu. Lihatlah sekarang ini, bangsa mana yang hidup senang lenang dan mewah....Kaum Cina. Jangan jadi sudah dapat betis mahu peha plak. Marilah kita hidup aman damai di Negara ini tanpa rasa prejudis sesama sendiri. Di mana bumi dipijak, disitulah langgit dijunjung.
BalasPadamDatuk Syed Hussein Al Habshee adalah ketua umno bahagian cheras,bagi sy.ia bercakap atas kapasiti seorang ahli umno.bukanlh benar2 atas jawatan Presiden Pertubuhan Kebajikan Islam Wilayah Persekutuan..andai kata sy yang menjadi presidennye..sy akn kte tidak tepat..tapi,orang akn anggap sy sbnr_nya bckp atas kapasiti PR(sbgi contoh)...
BalasPadam..luahan dari pljr ting. 6...
-Aman Damai
BalasPadamSaya tidak setuju dengan penggunaan "Kaum Pendatang" untuk mengkategorikan kaum Cina dan India.
Pada pendapat saya, kekayaan dan kemewahan hanya dapat dinikmati oleh segolongan penduduk elit di Malaysia yang merangkumi semua kaum. Bukan semua orang cina/india adalah orang yang kaya dan hidup dalam keadaan yang mewah - orang orang yang ada connection inilah yang harus dibanteras.
Sebaliknya, ramai lagi orang cina, india dan melayu yang miskin dan merasai kesusahan keadaan ekonomi sekarang.
As long as the people is suffering from the financial crisis due to rising cost of living, tidak kira apa jua warna kulit harus dibantu oleh kerajaan.
Hak Keistimewaan Melayu? Ia adalah satu konsep yang bagus, tetapi kerap disalah gunakan oleh golongan "atasan". Saya pernah bekerja dalam sebuah syarikat pemaju dan saya dapat perhatikan bagaimana Hak ini disalah gunakan. Jika ia benar benar dapat membantu golongan berpendapatan rendah, kepentingannya tidak perlu dipertikaikan.
Isu isu hak keistimewaan dan agama kerap digunakan oleh "mereka" untuk terus memerintah dan merompak duit rakyat. Jangan terpedaya, bagi "mereka" perkara utama sekarang bukan hak keistimewaan atau agama, tetapi untuk memastikan kedudukan untuk terus makan rasuah tidak tergugat.