Bagus dan tidak bagus

Pas tetap perjuangkan hudud

24/12/2008 4:53pm

ALOR STAR 24 Dis. - Pas tidak akan melupakan perjuangannya untuk melaksanakan hukum hudud di negara ini kerana ia adalah satu tuntutan dalam agama Islam dan asas perjuangan parti itu.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, walaupun Pas telah menyertai Pakatan Rakyat ini tidak bererti parti itu telah mengabaikan hukum hudud.
"Isu hudud yang hangat diperkatakan sekarang hanya sekadar isu pilihan raya terutama menjelang pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu Januari ini.
"Isu ini dah lama dan ia di korek kembali setelah lama ditutup," katanya ketika di temui di Wisma Darul Aman di sini hari ini. - Utusan

Apa yang penulis nak puji disini, semangat yang ditonjolkan oleh MB Kedah dalam mempertahankan matlamat asal Pas iaitu mahu melaksanakan hukum Hudud di negeri mereka. Kita tunggu dan lihat, apa perkembangan Pakatan Rakyat yang seterusnya.

Yang tidak bagus pula, orang Umno yang kecewa kerana dihukum, lalu mengajak ahli - ahli lain menyertai Pas.

Zahar bersama 28 ketua cawangan UMNO sertai Pas

24/12/2008 12:52pm

KUALA LUMPUR 24 Dis. - Ketua UMNO bahagian Petaling Jaya Selatan, Kapten (B) Datuk Zahar Hashim secara rasmi menyertai Pas dalam satu majlis di Ampang hari ini.
Beliau bersama 28 ketua cawangan UMNO dalam bahagian itu menyerahkan borang keahlian Pas kepada Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa. - Utusan.

Aduhai. Inilah standat politik orang Melayu dan Malaysia. Nak kata kan orang Umno berperangai begini, tak juga. Ada juga ahli parti pembangkang menyertai parti BN. So, apa yang penulis hairan dengan tindakan Datuk Zahar, dia seolah - olah tak ikhlas dalam perjuangannya.

Tak perlu nak menyertai parti lain, cukuplah dalam perjuangan parti sendiri. Adakah dia akan disambut sebagai hero dalam parti Pas? Kita tunggu dan lihat. Hukuman yang setimpal kepada orang sebegini, jangan terima kembali kemasukannnya kedalam Umno, kelak.!





Posted in . Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

3 Responses to Bagus dan tidak bagus

  1. Ha, memang pengkhianat. Pejuang yang tak ikhlas.

    BalasPadam
  2. Salam, mungkin kena tgok sbb dia tinggalkan Umno, jgn tgok ke mana dia pergi!

    BalasPadam
  3. Aku tau tentu ko tak paparkan komen aku punya tak pa janji kalu ko orang bijak sila baca...

    Kadang-kadang ada orang suka buat kerja pelik. Entah apa tujuan di hatinya , tidak ramai yang tahu. Menurut laporan akhbar Utusan, Timbalan Pengerusi Pewaris menyifatkan PAS 'pilih bulu' dalam membela nasib rakyat apabila menurut akhbar itu, PAS menolak kehadiran Majlis Pemuafakatan Ummah (Pewaris) untuk menyerahkan memorandum supaya memansuhkan ternakan babi di Masjid Tanah, Melaka.

    Apabila membaca dan meneliti akhbar online seperti mStar, Malaysiakini dan lain-lain, siap tunjuk gambar Mat Sabu dan Sallehuddin Ayub dan beberapa orang lagi pemimpin PAS sedang menerima memorandum dari Pewaris. Sementara itu Tuan Guru Presiden PAS telahpun memberi jaminan akan mengkaji memorundum tersebut untuk membawa isu dan permasalahan yang di bawa Pewaris kepada pihak yang bertanggungjawab.

    Jadi macam mana pula boleh keluar kenyataan PAS menolak kehadiran ahli Majlis Pewaris ? Kalau tolak tentulah Mat Sabu tidak diarah untuk terima. Mat Sabu bukan sebarang orang dalam PAS, Naib Presiden apa! Ini pelik yang pertama.

    Pelik yang kedua, kenapa hantar memorandum mansuhkan ternakan babi di Melaka kepada PAS ? PAS bukan perintah Melaka. Agaknya dalam firasat Pewaris, pilihanraya akan datang PAS akan perintah Melaka, jadi Pewaris hantar awal-awal. Proaktiflah katakan !

    Pelik yang ketiga kenapa tidak hantar memorandum mansuhkan ternakan babi di Melaka kepada UMNO Melaka dan Ali Rustam? Bukankah Ali Rustam calon Timbalan Presiden UMNO yang perintah Melaka. Dan Ali Rustam bukan calang-calang manusia dalam UMNO. Kalau dia menang, dia bakal Timbalan Perdana Menteri.

    Adakah Pewaris sedang berusaha gigih menjaga nama baik dan kredibiliti seorang calon Timbalan Presiden. Kalau diserahkan memorundum pada waktu ini, markah Ali akan merudum kerana babi. Kalau itulah tujuannya, maka berjuang apa namanya begitu?

    Pelik yang keempat, kenapa hantar memorandum mansuhkan ternakan babi di Melaka sahaja. Kenapa tidak hantar memorandum juga ke Selangor dan Kedah ? Agaknya dalam kajian Pewaris kaedah ternakan babi di Melaka yang di perintah UMNO/BN di bawah Ali Rustam paling teruk, paling selekeh, paling kotor dan paling ’joli sakan’ dan tidak diambil kisah oleh Ali Rustam. Pewaris tidak hantar ke Selangor kerana Pakatan Rakyat sedang melakukannya secara tegas dan bersistem begitu juga yang dicadangkan, hendak dilaksanakan di Kedah. Di Negeri Sembilan kenapa tak bising ?

    Adalah diharapkan cukuplah Pewaris membuat kerja pelik ini. Kita tidak pernah bersetuju sejak dari dulu lagi dengan penternakan babi yang mampu menyinggung perasaan dan emosi masyarakat yang beragama Islam tetapi kita perlu realistik dalam membuat tindakan. Dalam keadaan yang sudah berlaku sekarang, sesuatu yang sistematik dan terancang di samping ikhlas dan berintegriti dalam mengambil tindakan adalah paling wajar oleh Kerajaan Melaka itu sendiri. Soalnya adakah kerajaan Melaka yang ada hari ini berintegriti, ikhlas dan berani untuk membuat perancangan dan tindakan?

    Sebenarnya, kesilapan berpanjangan dan berterusan telah dilakukan terlalu banyak oleh kerajaan UMNO/BN sejak dari dahulu lagi dalam soal ternakan babi ini. Pewaris tidak usah menyalahkan orang lain, kerana kesilapan ini adalah kesilapan kerajaan UMNO/BN itu sendiri. Kerajaan UMNO/BN yang tamak haloba dan mudah dirasuahkan tidak pernah mahu mengawal dan mengambil tidakan tegas sejak dari awal berhubung peraturan ternakan babi di negara ini. Salahkan UMNO/BN!

    Fikirkanlah, jika Singapura yang diperintah oleh bangsa Cina yang memang makan babi, boleh memberi syarat yang terlalu ketat dan membuat peraturan dan tindakan yang tegas berhubung soal babi, kenapa negara yang diperintah oleh orang Melayu Islam yang tidak makan babi, tidak bertindak awal-awal sejak 51 tahun memerintah? Apa yang pemerintah buat? Apakah mereka hanya tidur sahaja selama ini? Dan hari ini apabila keadaan sudah menjadi besar, mereka hanya tahu menyalah orang itu dan orang ini.

    Begitulah kerajaan, selagi UMNO/BN memerintah dan Pewaris seharusnya sedar akan hal ini untuk membuat 'tembakan' yang tepat. Bukan ’menembak’ tidak tentu arah macam orang tidak betul kepala !

    BalasPadam

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .