Saman Oh Saman

Teresa saman Utusan, Khir Toyo RM30 juta

23/12/2008 12:54pm

KUALA LUMPUR 23 Dis. – Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok hari ini memfailkan saman RM30 juta terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Dr. Mohamad Khir Toyo dan Utusan Melayu (M) Berhad.
Saman itu difailkan atas dakwaan memfitnahnya berhubung isu azan dalam blog bekas Menteri Besar itu dan artikel yang disiarkan akhbar Utusan Malaysia bertajuk `ada usaha larang azan di masjid-masjid Selangor’ pada 9 September lalu. – Utusan
Aduhai, Tak habis - habis lagi si Teressa berKok kok ni. Ini semua dendam yang membara dalam diri dia kepada Utusan dan bekas MB Selangor. Politik memang kotor.

Utusan, bekas KP diperintah bayar RM120,000 kepada Mahfuz

23/12/2008 11:04am

KUALA LUMPUR 23 Dis. – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Utusan Melayu (M) Berhad dan bekas Ketua Pengarang Kumpulannya, Datuk Khalid Mohd. membayar ganti RM120,000 kepada Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar kerana memfitnahnya.
Utusan Melayu dan Khalid didakwa memfitnah beliau dalam artikel bertajuk `Demonstrasi-Mahfuz isytihar bersama Keadilan’ di Mingguan Malaysia pada 3 Mac 2001. – Utusan

Tak mengapalah, Encik Mahfuz. Anda sudah menang, bergembiralah. Penulis juga tidak suka artikel yang memfitnah antara satu sama lain.

Posted in . Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

3 Responses to Saman Oh Saman

  1. Tahniah kepada Mahfuz kerana jadi OKB.Persoalan dari saya kepada Mahfuz,,,Adakah Mahkamah di Malaysia adil? hakim di Malaysia makan rasuah,Pendakwaraya makan rasuah?peguam terlibat rasuah?

    mengapa saya soal begini? kerana apabila pihak pembangkang menang dalam satu-satu kes di mahkamah mereka tidak mengatakan mahkamah,hakim,pendakwaraya,peguam itu dan ini tetapi kalau pihak pembangkang kalah dimahkamah mereka akan bising macam "bertelur sebiji riuh sekampung".

    sama juga kes PRK diterengganu nanti, kalau pihak pembangkang menang, "negara sekarang dalam landasan demokrasi yang betul" tetapi kalau pembangkang kalah "pengundi hantu bermaharajalela diterengganu" ,kerajaan tidak adil" SPR ikut telunjuk BN, dan bla..bla..bla...

    BalasPadam
  2. Latest:

    Rakyat 1 - O Utusan.

    Now they will be more careful to shoot their guns towards oppositions leaders.

    Congrats to Mahfuz and his lawyers.

    Short Talk

    BalasPadam

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .