Ingat, kita berada di tahun baru!

KUALA LUMPUR 1 Jan. — Sejumlah 242 saman bagi kesalahan tidak memakai tali pinggang belakang, dikeluarkan Jabatan Penggangkutan Jalan (JPJ) dalam Operasi Ops Ambang Tahun Baru di 28 lokasi di seluruh negara bermula tengah malam tadi.

Johor mencatat jumlah saman tertinggi dengan 95 saman dikeluarkan ke atas pengguna kenderaan persendirian dan komersil yang ingkar arahan penggunaan tali pinggang belakang yang berkuatkuasa hari ini, kata Pengarah Penguatkuasa JPJ Salim Parlan.

Beliau berkata mulai hari ini, kesemua pengguna kenderaan wajib memakai tali pinggang belakang dan kompaun sebanyak RM300 akan dikenakan bagi pengguna kenderaan yang enggan berbuat demikian.
Seramai 500 pegawai JPJ terbabit dalam operasi mulai 10 malam dan berakhir pukul 2 pagi itu, katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata di Pulau Pinang hanya enam saman dikeluarkan bagi kesalahan itu dan ini “secara tidak langsung menunjukkan kempen pemakaian tali pinggang belakang ini berjaya.” SUMBER

KOMEN PENULIS:

Patuhilah undang - undang dijalan raya. Sayangilah keluarga kita agar dengan memaikai tali pinggang keledar di belakang. Kalau pakai tali pinggang, tak rugi duit sesen pun. Baik kita setkan dalam kepala kita, pakai untu keselamatan. Ok?


Disini penulis hendak mengucapkan selamat tahun baru Hijrah dan Masihi, semoga perjalanan Politik kita pada tahun ini tidak terombang ambing seperti tahun lepas. Semoga Allah memberkati kita semua.

Posted in . Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

2 Responses to Ingat, kita berada di tahun baru!

  1. Susah sangatkah ha nak pakai tali pinggang belakang tu no?

    BalasPadam
  2. Assalamulaikum,buat owner pewaris,tahniah di atas blog anda,banyak informatif walaupun kurang tepat dan agak berat sebelah......Tahniah kerana memperjuangkan nasib bangsa melayu...dah 50 tahun beb bangsa melayu diperintah oleh UMNO dan Barisan Nasional,selama 50 tahun merdeka banyak kemajuan yang dicapai antaranya Melayu pendapatan isi rumah paling rendah,bangsa melayu paling ramai rosak akhlah,paling ramai menagih dadah,paling ramai berzina,paling ramai murtad,paling ramai minum arak... selama ini siapa yang perintah Malaysia dan rule bangsa melayu,PAS ke UMNO,DAP ke UMNO PKR ke UMNO? blog anda sebenarnya penuh dengan rasis serta mengelirukan bangsa melayu seperti saya.sudah la....ok.agak agak berani ke letas komen saya kat sini.PEWARIS ubah sedikit perana anda,tegurlah UMNO(ingat tu) dan PAS serta PKR jangan lah pilih bulu tak kan semuanya salah PAS serta PKR selama ini UMNO masih memerintah negara dan bangsa melayu biarlah adil,saya pasti jika blog anda berubah angin visitor blog ini akan ramai dan boleh buat duit lagi,bukannya setakat nuffnang aje...ok open minded serta perjuangkan MELAYU ISLAM...itu pun jika masih ada semangat ISLAM...

    BalasPadam

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .