Baguslah Naib Ketua Pemuda UMNO Kampar keluar parti



Salam to all,

Wah, bukan main lagi peniaga pasir ni marah dan mengamok. Keluar habis pelbagai perkataan, siap takbir Allahuakbar dan hidup DAP. Lelaki yang berbaju putih ini merupakan Naib ketua pemuda UMNO bahagian Kampar, Zamhuri Md Zin. Mari kita baca sedikit info yang diletakkan bersama video ini di Youtube. 

BATU GAJAH: Naib Ketua Pemuda Umno Kampar, Sdr Zamhuri Md Zin hari ini mengisytiharkan dirinya keluar parti dan tidak mahu lagi dikaitkan lagi dengan parti itu.
Tindakan tersebut adalah disebabkan parti yang telah memerintah lebih 50 tahun itu gagal menjaga orang melayu dan tidak lagi releven.
"Saya hari ini mengisytiharkan keluar Umno setelah lebih 27 tahun bersama parti itu," katanya.
Menurutnya, rasuah didalam pertadbiran Barisan Nasional amat berleluasa dan ditahap yang membimbangkan.
Beliau yang juga seorang pengusaha pasir telah ditipu dan dinafikan haknya setelah membayar cukai dan premium kepada kerajaan.
"Saya bayar cukai RM20 125 seperti prosidur yang ditetapkan oleh kerajaan tetapi apa yang saya dapat hanya tanah liat, bukannya pasir," ujarnya.
Ahli Majlis Daerah Kampar itu sangat kesal dengan tindakan kerajaan yang menganiaya serta menindasnya sedangkan beliau adalah 'orang kuat' menyokong kerajaan.
"Nak bagi rasuah, ajak makan, pergi karaoke, bagi amoi (pelacur) dari siam barulah nak bagi luluskan pasir, dan Ketua Umno Bahagian, Dato' Radhi Manan sebentar tadi menelefon dan mengatakan pasir yang dipohon sudah diluluskan.
"Sudah terlambat, saya tetap dengan pendirian saya akan keluar umno dan saya tidak akan toleh ke belakang.
"Dah lama saya bersabar dan hari ini saya tekad keluar Umno dan bersama-sama Pakatan Rakyat," ujarnya.
Zamhuri yang juga Ketua Cawangan Umno Changkat Tin menyatakan bahawa lebih 100 ahli di cawangannya akan mengikut jejak langkah beliau. 
Sementara itu, Mantan Menteri Besar, Dato' Seri Nizar Jamaluddin ketika bersama-sama dalam pengisytiharan itu mengalu-alukan hasrat beliau.
Mohammad Nizar menjelaskan, di zaman pemerintahan Pakatan Rakyat selama 11 bulan, Zamhuri pernah memohon pasir dan diluluskan. "Walaupun dia Umno tetapi Pakatan Rakyat luluskannya kerana itu hak dia sebagai penjual pasir."Kalaulah orang kuat Umno pun mereka tidak boleh tolong, inikan lagi orang Pakatan Rakyat.Justeru, beliau menyeru ahli Umno yang lain turut bersama-sama mengikut jejak langkah Zamhuri dan menyertai perjuangan Pakatan Rakyat.
Apa yang penulis boleh simpulkan dari video ini, dia masuk UMNO tak ikhlas dan berkepentingan. Elok la UMNO scan semua ahli mereka ada ke tak spesis macam ni lagi. Buat busuk UMNO je. Let go buang kat PR.

Posted in , . Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

8 Responses to Baguslah Naib Ketua Pemuda UMNO Kampar keluar parti

  1. keturunan dia pun tak berapa betoi... kurang sekupang seringgit. perwakilan bahagian kampar yang bodoh bangang pilih dia jadi naib KP. ketua bahagian dia sapa ek..? hukhukhuk...

    BalasPadam
  2. Semua ahli UMNO sepatutnya keluar dari UMNO kerana setelah lebih 50 tahun UMNO memerintah,apa yang Melayu dapat.

    BalasPadam
  3. kalau ikut kata nzar ... sahih mmg tak de kroni dalam umno.
    yang keluar umno ni ... kaki rasuah, kaki amoi kaki kontrak.. pi la masuk pakatan setan tu ..

    boleh geng ngan azmin makan aiskrim hari hari ... kah kah kah

    ohammad Nizar menjelaskan, di zaman pemerintahan Pakatan Rakyat selama 11 bulan, Zamhuri pernah memohon pasir dan diluluskan. "Walaupun dia Umno tetapi Pakatan Rakyat luluskannya kerana itu hak dia sebagai penjual pasir."Kalaulah orang kuat Umno pun mereka tidak boleh tolong, inikan lagi orang Pakatan Rakyat.Justeru, beliau menyeru ahli Umno yang lain turut bersama-sama mengikut jejak langkah Zamhuri dan menyertai perjuangan Pakatan Rakyat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. alahai ada motif rupanya.... tulah lumrah manusia... bila dapat apa yg kita inginkan semuanya dijulang tinggi.. tapi bila xdapat..... hahahahh.... semua xadil.... alahai pasir.....

      Padam
  4. lor tak dapat pasir pun nak keluar umno???nape libatkan umno dalam isu ni??apa salah umno???bukankah ianya dalam bidang kuasa PTD??nak suruh MB masuk campur ke??? nanti org ckp nak tolong kroni..mana ketelusan?? aduh pening teman wei ngan baruah yg mcm ni??? masuk umno semata2 untuk projek je???tak ikhlas langsung... siap bawa barua DAP lg tu....mcm dah siap skrip nya.... mana dapat bendera kecik tu??? hahahaha..dah berniat la tu kot... biar mampuih pi la dia... dah la lembut semacam... nampak sgt asyik dok dalam air cond je... kena panas dah mengelupur....piraaahhhhh!!!

    BalasPadam
  5. org macam ni x usah dilayan,mkin dia pun dh dirasuah n dapat duit byk utk baca skrip,beginilah cara dap nk merosakkan perpaduan org2 melayu islam,niat mereka jahat hanya nk menghancurkan org2 melayu,aku tetap dgn pendirian aku utk menyokong umno n bn,ko cakap le ape pun aku x kan berganjak,sb perkara pasir tu bukannya salah umno,sah2 ko tlh dirasuah oleh dap

    BalasPadam
  6. Kekejaman Terhadap Orang Muda - ( Lihat sendiri BUKTI, Kenapa kami KELUAR UMNO dan TAKKAN kembali lagi. Buktikan jika ia PALSU )
    1~BUKTI 1 * (MESTI TONTON)
    2~BUKTI 2 * (HOT)
    3~BUKTI 3
    4~BUKTI 4
    5~BUKTI 5 * (HOT)
    6~BUKTI 6
    7~BUKTI 7
    8~BUKTI 8
    9~BUKTI 9
    10~BUKTI 10

    ~ Orang Muda Geng Kita - Usaha Dengan Doa ~



    Kami Mahu Generasi Muda Terengganu Jadi Perdana Menteri Malaysia Ke-7 Sebelum PRU ke-13 Tanpa Perlu Berdolak-dalik!!
    (Bukti kukuh)
    1 ~ http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=32381
    2 ~ http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics/topic28065.html
    3 ~ http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22146
    4 ~ http://www.selatanonline.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=196#196

    5 ~ http://www.detikdaily.net/v6/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=1






    p/s: Ubahsuai (copy&paste) dari 'Abang Sayang'

    BalasPadam
  7. keluar UMNO lepas tu join kumpulan adik tu

    BalasPadam

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .