Memaparkan catatan dengan label perak. Papar semua catatan

UMNO Perak & Pas Perak bincang kerjasama secara rasmi


IPOH 14 Mac - Pas dan UMNO Perak mencipta sejarah apabila pimpinan tertinggi peringkat negeri kedua-dua parti mengadakan pertemuan rasmi buat kali pertama di Pejabat Pas Perak di sini semalam.

Ketua Pemuda Pas Perak, Mohd. Akmal Kamaruddin berkata, pertemuan yang bermula kira-kira pada pukul 8.30 malam itu membincangkan kerjasama dan hala tuju Pas dan UMNO di negeri ini.

Katanya, mesyuarat dipengerusikan bersama oleh Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria dan Pengerusi UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad.

Posted in , , , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

Baguslah Naib Ketua Pemuda UMNO Kampar keluar parti



Salam to all,

Wah, bukan main lagi peniaga pasir ni marah dan mengamok. Keluar habis pelbagai perkataan, siap takbir Allahuakbar dan hidup DAP. Lelaki yang berbaju putih ini merupakan Naib ketua pemuda UMNO bahagian Kampar, Zamhuri Md Zin. Mari kita baca sedikit info yang diletakkan bersama video ini di Youtube. 

BATU GAJAH: Naib Ketua Pemuda Umno Kampar, Sdr Zamhuri Md Zin hari ini mengisytiharkan dirinya keluar parti dan tidak mahu lagi dikaitkan lagi dengan parti itu.
Tindakan tersebut adalah disebabkan parti yang telah memerintah lebih 50 tahun itu gagal menjaga orang melayu dan tidak lagi releven.
"Saya hari ini mengisytiharkan keluar Umno setelah lebih 27 tahun bersama parti itu," katanya.
Menurutnya, rasuah didalam pertadbiran Barisan Nasional amat berleluasa dan ditahap yang membimbangkan.
Beliau yang juga seorang pengusaha pasir telah ditipu dan dinafikan haknya setelah membayar cukai dan premium kepada kerajaan.
"Saya bayar cukai RM20 125 seperti prosidur yang ditetapkan oleh kerajaan tetapi apa yang saya dapat hanya tanah liat, bukannya pasir," ujarnya.
Ahli Majlis Daerah Kampar itu sangat kesal dengan tindakan kerajaan yang menganiaya serta menindasnya sedangkan beliau adalah 'orang kuat' menyokong kerajaan.
"Nak bagi rasuah, ajak makan, pergi karaoke, bagi amoi (pelacur) dari siam barulah nak bagi luluskan pasir, dan Ketua Umno Bahagian, Dato' Radhi Manan sebentar tadi menelefon dan mengatakan pasir yang dipohon sudah diluluskan.
"Sudah terlambat, saya tetap dengan pendirian saya akan keluar umno dan saya tidak akan toleh ke belakang.
"Dah lama saya bersabar dan hari ini saya tekad keluar Umno dan bersama-sama Pakatan Rakyat," ujarnya.
Zamhuri yang juga Ketua Cawangan Umno Changkat Tin menyatakan bahawa lebih 100 ahli di cawangannya akan mengikut jejak langkah beliau. 
Sementara itu, Mantan Menteri Besar, Dato' Seri Nizar Jamaluddin ketika bersama-sama dalam pengisytiharan itu mengalu-alukan hasrat beliau.
Mohammad Nizar menjelaskan, di zaman pemerintahan Pakatan Rakyat selama 11 bulan, Zamhuri pernah memohon pasir dan diluluskan. "Walaupun dia Umno tetapi Pakatan Rakyat luluskannya kerana itu hak dia sebagai penjual pasir."Kalaulah orang kuat Umno pun mereka tidak boleh tolong, inikan lagi orang Pakatan Rakyat.Justeru, beliau menyeru ahli Umno yang lain turut bersama-sama mengikut jejak langkah Zamhuri dan menyertai perjuangan Pakatan Rakyat.
Apa yang penulis boleh simpulkan dari video ini, dia masuk UMNO tak ikhlas dan berkepentingan. Elok la UMNO scan semua ahli mereka ada ke tak spesis macam ni lagi. Buat busuk UMNO je. Let go buang kat PR.

Posted in , | 7 Comments
Jom komen di Facebook!

Nizar Jamaluddin - Calon Terdesak dan Simpati Pas dan PR

DATO Seri Nizar merupakan calon terdesak Pakatan Rakyat dan juga calon terdesak Pas untuk menghadapi Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang yang akan diadakan pada awal bulan depan.

Sangkaan penulis dengan pencalonan Nizar amat tepat sekali. Pasti Pas akan meletakkan Nizar untuk bertanding dikawasan tersebut. Tak ada muka lain kah? Asyik - asyik orang tua ni sahaja. Ketandusan calon?

Nizar Jamaluddin akan mendapat UNDI SIMPATI sebagai BEKAS MB Perak yang mana telah memerintah selama 11 bulan dan calon BN di Bukit Gantang, Ismail Saffian.

Kenapa perlu PR meletakkan ahli atau calon nya yang sudah mempunyai pangkat serta kuasa di DUN dan perlu bertanding di peringkat Parlimen?
 

PKR , PAS , DAP = Parti Gila Kuasa


Undilah Barisan Nasional, kerana BN akan berkhidmat untuk anda, bukanlah berniat untuk meminta simpati rakyat atas kekalahan diri sendiri.

Posted in , , , , , | 11 Comments
Jom komen di Facebook!

Boikotlahh!

Posted in , , , , , , , | 6 Comments
Jom komen di Facebook!

Nizar Pengkhianat! - Lucut gelaran Datuk Seri

Gesa tarik balik anugerah Datuk Seri sumber

KUALA LUMPUR 6 Feb. - Gelaran “Datuk Seri” yang dianugerahkan Sultan Perak Sultan Azlan Shah kepada bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin disaran ditarik balik sebagai pengajaran kepada mereka yang menderhaka.

Ketua Umno Bahagian Cheras Senator Datuk Syed Ali Alhabshee berkata beliau kecewa kerana seorang pemimpin Melayu seperti Mohamad Nizar telah menunjukkan sikap biadap terhadap Sultan Perak dengan enggan melepaskan jawatan Menteri Besar walaupun dititah berbuat demikian.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi dalang kepada krisis tersebut dan bersikap “lempar batu sembunyi tangan”.

“Saya amat kesal dan dukacita kerana pemimpin Melayu seperti beliau telah menunjukkan pekerti yang tidak baik kepada generasi muda dengan menderhaka kepada institusi Kesultanan Raja-Raja Melayu kerana lebih mengutamakan kepentingan politik,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - Bernama

PEWARISMELAYU Kata :
Memang patut pun Sultan lucutkan gelaran Datuk Seri tu. Kalau anugerah tu dilucutkan, dia nak saman Sultan Perak ke?

Satu lagi, malu la sikit Nizar oi! Kenapa la hang ni tak malu sangat, kalau hang dah benci dan geram sangat kat Sultan, jangan dok guna anugerah Datuk Seri tu.. Dasar manusia tak tahu malu!

Mohammad Nizar akan saman Sultan Perak sumber


KUALA LUMPUR 6 Feb. - Bekas Menteri Besar Perak Mohammad Nizar Jamaluddin akan memfailkan saman terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Mahkamah Tinggi Ipoh pada Selasa ini.

Pengerusi DAP Karpal Singh berkata, langkah itu akan dilakukan berikutan Sultan Perak bertindak melampaui bidang kuasanya untuk mengisytiharkan kerajaan pakatan pembangkang di negeri itu sebagai tidak sah.

Pada sidang akhbar di pejabatnya di sini Karpal berkata, di dalam saman tersebut Sultan Perak akan dinamakan sebagai defendan pertama dan kerajaan negeri Barisan Nasional yang baru di negeri itu sebagai defendan kedua. - Utusan

PEWARISMELAYU kata:

Kalau berani, samanlah Sultan Perak tu. Karpal jangan dari batu api dalam hal ini. Ini semua hasil cucukan jarum syaitan milik DAP dan juga hasutan "pelaq" dari Anwar Ibrahim!

PR, jangan cabar pihak istana! Kot mana pun nanti, anda pasti akan kalah! Guna la akal sikit!

Kepada pencacai pencacai PR, kembali lah bertaubat dan menuju ke jalan yang benar!

Posted in , , , , , , | 5 Comments
Jom komen di Facebook!

Berubah Tangan

Nampaknya, Toyota Camry pembelian kerajaan Pakatan Rakyat (baca : Penipu Rakyat) dan ia akan digunakan untuk barisan Exco kerajaan baru Barisan Nasional pada hari Rabu kelak, Insyaallah.

Tak guna semua pencacai Pakatan Rakyat nak marah - marah kepada Sultan Perak kerana Baginda ada hak untuk menentukan siapa yang mentadbir kerajaan baru itu.

Dah banyak kemudharatan yang dilakukan oleh kerajaan PR yang berusia 11 bulan, yang banyak menaikkan kemarahan orang Melayu.

Cukuplah, cukuplah Pakatan Rakyat mendabik dada akan kekuatan mereka. Kepada BN, janganlah terlalu bergembira akan kemenangan ini.

Kepada Sultan Perak, penulis amat menghormati titah dan perintah Tuanku. Kepada rakyat Perak, hormat dan sanjungilah kerajaan baru ini. Alhamdulillah!

Posted in , , , , , | 3 Comments
Jom komen di Facebook!

Kenapa Kerajaan PR Perak WAJIB ditukar?

Posted in , , , , | Leave a comment
Jom komen di Facebook!

DAULAT TUANKU - Jangan Hina Sultan Kami!!


KAMI, RAKYAT MALAYSIA MENGORMATI PERKENAN TUANKU UNTUK MENUBUHKAN KERAJAAN BARU NEGERI PERAK,

KEPADA SEMUA BLOGGERS DAN PENJILAT PAKATAN RAKYAT, JANGAN HINA RAJA DAN INSTITUSI KESULTANAN MELAYU!

LIHAT KOMEN - KOMEN MENGHINA :

shamil said...

TAhniah Sultan Perak ! Semoga sultan lebih bnyak dpt kekayaan dr BN ! Patik Rakyat Jelata hanya dapat najis tuanku ! ampun tuanku beribu-ribu ampun. sembah patik harapdiampun


SUMBER : PERISIK RAKYAT
PEWARISMELAYU : MARI KITA DAKWA BUDAK MENTAH INI DAN AJAR SIKIT MENGHORMATI KETUA BANGSA DAN AGAMA KITA.

BANYAK LAGI KOMEN YANG MENGUTUK SULTAN KITA, SILA KE SINI DAN SINI

SEKALI LAGI, JANGAN SESEKALI ANDA MENHINA SULTAN DAN INSTITUSI KESULTANAN MELAYU MALAYSIA!! AWAS!!

Posted in , , , , | 3 Comments
Jom komen di Facebook!

Menteri Besar enggan komen

IPOH 2 Feb. - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini menghadap Sultan Perak di Istana Kinta di sini.

Beliau dilihat memasuki pintu istana pada kira-kira pukul 10 pagi dan keluar semula pada pukul 10.25 pagi
Difahamkan perjumpaan itu berkaitan dengan isu pergolakan politik yang semakin 'genting' di negeri ini.
Beliau yang enggan ditemubual pemberita terus meninggalkan pintu masuk istana sambil berkata "Selamat tinggal, jumpa lagi".

Sebelum itu, beliau enggan menemui pihak media selepas majlis ceramah eksekutif di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Perak.

Usaha pihak media yang 'berhimpun' di pintu masuk kediaman rasminya pada petang ini untuk mendapatkan komen beliau berhubung pertemuan itu juga menemui jalan buntu.

Seorang pegawai khasnya kemudian memberitahu bahawa Mohammad Nizar memang enggan bertemu atau memberi sebarang kenyataan akhbar atas alasan sibuk membuat persiapan sambutan jubli perak pemerintahan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah esok.

Bagaimanapun, pihak media menerima sedikit kejutan apabila melihat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim keluar daripada kediaman Mohammad Nizar kira-kira pukul 3 petang.
Kehadiran pemimpin pembangkang itu diakui oleh Pengerusi PKR Perak, Osman Abdul Rahman pada satu sidang media petang ini.

Beliau bagaimanapun berkata, Anwar yang dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang dikatakan hanya singgah sebentar di Ipoh untuk jamuan makan tengah hari bersama Mohammad Nizar.
Katanya, turut bersama pada jamuan makan tengah hari itu ialah beberapa pemimpin PKR negeri.

Sementara itu, sumber kerajaan negeri pula memberitahu, perbincangan utama dalam pertemuan Anwar dan Mohammad Nizar adalah berkaitan dengan persiapan menghadapi pilihan raya kecil di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Behrang dan Changkat Jering.

Katanya, pakatan pembangkang akan berusaha keras bagi memastikan dua kerusi DUN milik PKR itu dapat dikekalkan dan tidak terlepas kepada Barisan Nasional (BN).

PEWARISMELAYU KATA:
Kita tunggu keputusan daripada SPR Putrajaya

Posted in , , , , | 1 Comment
Jom komen di Facebook!

Nak keluar , KELUARLAH!

Lagi Adun Perak pasang niat keluar BN

Selepas kejutan yang dibuat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bota, kini wakil rakyat Lintang pula Datuk Ahmad Fakeh Adam sedang menimbang untuk meninggalkan Umno "beberapa hari lagi".

"Ketika ini 50-50. (Niat) nak kekal (dalam Umno) dengan masuk pembangkang sama banyak.

"Orang PAS, PKR dan DAP hari-hari telefon dan hantar SMS. Yang dah datang jumpa pun ada, yang nak jumpa pun ada lagi," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

Beliau bagaimanapun belum memutuskan parti pembangkang yang bakal disertainya jika meninggalkan BN.

Beliau menambah, ada pemimpin DAP ingin menawarkan jawatan menteri besar Perak tetapi "saya tahu itu gula-gula sahaja."

"(Tetapi) hati rasa hendak keluar (Umno). Kita (Adun) telah dipinggirkan.

"Kami seolah-olah tidak penting. Yang lebih penting sekarang ialah ketua Umno bahagian," katanya.

Ahmad Fakeh yang kalah bertanding jawatan ketua Umno bahagian Sungai Siput, Oktober lalu, berkata, ada beberapa Adun lagi yang tidak puas hati dengan keadaan yang berlaku sekarang.

Beliau kalah kepada timbalannya Datuk Mohd Zulkifli Harun dalam pertandingan satu lawan satu jawatan tersebut.

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar (Adun Kubu Gajah), Datuk Hamdi Abu Bakar (Pengkalan Baharu) dan Hamidah Osman (Sungai Rapat) diura-urakan turut kecewa.

Ahmad Fakeh bagaimanapun tidak pasti sama ada mereka juga berhasrat untuk meninggalkan Umno dan menyertai parti pembangkang.

"Saya sudah membawa perkara ini dalam mesyuarat Umno Perak tetapi tiada tindakan yang diambil.

"Tetapi bila (Datuk) Nasharuddin Hashim (Adun Bota) keluar parti, baru kelam-kabut, baru kami ini penting," katanya.

Nasharuddin mengumumkan menyertai PKR hujung minggu lalu, menjelang sambutan Tahun Baru Cina.

Ahmad Fakeh berkata, beliau kecewa kerana kerajaan pusat lambat memberi peruntukan kewangan walaupun wang sudah ada.

Sebaliknya, kata beliau, peringkat persekutuan begitu cepat meluluskan bantuan kepada ketua Umno bahagian.

Sebagai contoh, katanya, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah mudah memberikan bantuan kepada ketua bahagian walaupun mereka bukan wakil rakyat.

“Ini menjadi masalah kepada Adun yang tidak memegang jawatan ketua bahagian,” katanya lagi.

Bantuan tetap kerajaan pusat kepada setiap Adun ialah RM300,000 setahun, tidak termasuk peruntukan tambahan yang perlu dimohon, tambahnya.

Katanya lagi, seseorang Adun sukar membantu penduduk di kawasan yang diwakilinya tanpa wang peruntukan tersebut. 

PEWARISMELAYU KATA:

Kalau nak keluar, keluar sahajalah wahai YB yang bukan berjuang kepada parti, bangsa dan agama! Jika anda betul - betul ikhlas dalam perjuangan anda, setiap cabaran dan dugaan pasti tidak akan mengganggu gugat kesetiaan dan keikhlasan anda.


Ini merupakan lumrah dalam hidup kita semua. Tak semua manusia yang ikhas dalam setiap perbuatannya. 
Kepada semua ahli Umno dan Yb Umno / Bn, keluarlah anda daripada parti yang mempertahankan hak bangsa kami.


Ada hikmah dengan kekalahan Umno dan Bn pada PRU yang lepas. Bn sudah lemah di negeri - negeri pembangkang, mereka takut periuk nasi mereka tergugat dan ada pihak lain yang menawarkan lebih yang diberikan oleh kerajaan sekarang.

JANGAN JADI HIPOKRIT. JANGAN KHIANATI RAKYAT YANG MENGUNDI ANDA. INGAT SEMUA YB - YB DI MALAYSIA. INGAT KAMI RAKYAT YANG MENAIKKAN ANDA DIATAS. INGAT!! JANGAN SESEKALI MENGKHIANATI KAMI, PENGUNDI YANG MENGUNDI ANDA!

Posted in | 6 Comments
Jom komen di Facebook!

MB Nizar "syok" dapat KERETA baru!

 Perak mula terima Camry ganti Proton

IPOH 9 Jan. - Kerajaan negeri Perak menerima sembilan daripada 16 buah kereta baru jenis Toyota Camry 2.4 yang dibeli bagi menggantikan kereta keluaran nasional Proton Perdana V6 Executive hari ini.

Kesemua kereta yang berharga RM160,000 sebuah itu bakal digunakan sebagai kenderaan rasmi anggota Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri.

Kereta pertama jenis itu dilihat memasuki bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak di sini kira-kira pukul 10 pagi dengan nombor pendaftaran AFD 33 berwarna hitam.

Kereta-kereta tersebut dibawa masuk secara berperingkat-peringkat oleh jurujual UMW Toyota dan diletakkan di kawasan letak kereta berbumbung bagi kenderaan Exco dan pegawai kanan terbabit.
Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, enam buah lagi kereta berkenaan akan diterima pihaknya secara berperingkat-peringkat oleh pihak penjual.

''Kita telah menerima sembilan buah kereta Toyota Camry 2.4 hari ini untuk digunakan oleh ahli-ahli Exco kerajaan negeri.

''Mana-mana Exco yang kereta mereka (Proton Perdana V6 Executive) sebelum ini mengalami kerosakan teruk hingga menyebabkan kita banyak mengeluarkan belanja untuk membaikinya akan menerima kereta itu (Proton Camry 2.4) dulu," katanya kepada pemberita di bangunan SUK di sini hari ini.

Mohammad Nizar berkata, kereta-kereta rasmi sebelum ini yang sudah berusia empat tahun sembilan bulan adalah menjadi keutamaan untuk ditukar dengan kereta baru.

Jelas beliau, bagi kereta-kereta ahli Exco atau pegawai kanan termasuk kereta rasminya sendiri yang hanya mengalami sedikit kerosakan akan digantikan kemudian.

''Jadi yang mana selalu rosak akan dapat kereta dulu, manakala yang sudah dihantar untuk diperbaiki perlu tunggu.
''Macam kereta saya walaupun telah rosak, tetapi ia masih boleh digunakan. Barangkali kereta saya adalah yang terakhir untuk ditukar kerana ia masih boleh berjalan," katanya.

Pada masa yang sama, beliau mendakwa harga sebenar bagi sebuah kereta Toyota Camry 2.4 adalah lebih rendah berbanding kereta Proton Perdana V6 Executive jika kerajaan tidak mengenakan cukai.

''Kenderaan lama (Proton Perdana V6 Executive) kita tukar ganti dengan penjual yang berharga antara RM30,000 hingga RM40,000 sebuah.

''Jadi, kalau kerajaan tidak kenakan cukai dan ditolak pula dengan nilai tukar ganti itu, harga Toyota Camry 2.4 adalah lebih murah berbanding Proton V6 Executive iaitu sekitar RM80,000 sahaja," katanya.
Katanya lagi, pembelian kereta berkenaan dibuat secara tender terbuka.

Jelas beliau, mereka yang bakal menggunakan kereta tersebut ialah beliau sendiri, 10 anggota Exco, Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan, Mufti Perak dan Speaker Dewan Undangan Negeri.UTUSAN

PEWARISMELAYU KATA :
Kecewa dengan sikap pemimpin sekarang ini. Kami nak pemimpin yang membela dan menyokong industri kereta kita, produk nasional, tapi tak boleh harap.



Ni berpunca dari MB Terengganu yang ego. Semua pemimpin atasan sama saja, baik pembangkang ataupun kerajaan!

Posted in , , , | 5 Comments
Jom komen di Facebook!

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .