Mat Sabu dikecam pelekeh Melayu

KUALA LUMPUR 18 Feb. - Presiden PAN, Mohamad Sabu hanya menyerlahkan sifat kurang cerdiknya apabila memperlekehkan orang Melayu yang menyokong Barisan Nasional (BN) sebagai bodoh, bangang dan bahalol.


Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Terengganu, Fakhrul Azman Abu Bakar berkata, Mohamad tidak layak menghina kebijaksanaan golongan pertengahan Melayu yang mengundi BN dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).


Beliau yang juga Pengerusi Biro Antarabangsa, Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM) memberitahu, tuduhan yang dilontarkan oleh Mohamad itu hanya layak diucapkan oleh seorang ahli politik murahan.


"Apabila Mohamad menuduh orang Melayu bodoh, kita boleh menganggap beliau 10 kali ganda kurang bijak," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohamad yang juga dikenali sebagai Mat Sabu berkali-kali menyifatkan orang Melayu sebagai bodoh, bangang dan bahalol dalam ceramah semasa Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina pakatan pembangkang di Alor Setar, Kedah kelmarin.


Sementara itu, bekas aktivis Pas, Mohd. Riza Kamaruddin memberitahu, tuduhan yang dilemparkan oleh Mohamad terhadap orang Melayu tersebut boleh menjadi racun kepada keharmonian negara.


Beliau menambah, tidak mustahil tuduhan yang sama akan dilontarkan terhadap kaum-kaum lain yang enggan memuaskan nafsu politik pakatan pembangkang.

"Orang seperti ini tidak layak menjadi pemimpin kepada mana-mana kaum dalam negara kita bahkan beliau hanya layak untuk menjadi pemimpin kepada warga pepatung sahaja," ujarnya.


Mohd. Riza berkata, Mohamad juga tidak sepatutnya memperlekehkan majoriti rakyat yang menolak demonstrasi jalanan semata-mata untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih secara demokratik.


Dalam pada itu, Presiden Gerakan Merah Pejuang Negara (GMPN), Mejar (B) Razali Zakaria berpendapat, tuduhan yang biadab tersebut mungkin didorong oleh kekecewaan yang dialami Mohamad setelah PAN yang dipimpinnya tidak mendapat sambutan orang Melayu.


Beliau menjelaskan, orang Melayu tidak boleh menerima tuduhan tersebut kerana ia telah menghina dan menjatuhkan martabat mereka.


"Kita menggesa Mat Sabu memohon maaf kepada semua orang Melayu. Sekiranya beliau enggan berbuat demikian, beliau mesti mengisytiharkan dirinya bukan Melayu," katanya.


Pewaris Melayu kata : Baik masuk DAP

Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

Leave a Reply

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .