Mukhriz diminta tidak belakangkan parti

KUALA TERENGGANU – Veteran Umno di negeri ini berharap bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir tidak bertindak membelakangkan parti serta melakukan perkara yang boleh merugikan Umno dan BN.

Yang Dipertua Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Terengganu, Datuk Ahmad Sidi Ismail berkata, ia berikutan kenyataan Mukhriz sebelum ini bahawa beliau tidak akan berdiam diri yang seolah-olah menggambarkan Mukhriz akan terus lantang mengkritik kepimpinan.

Beliau berkata, Mukhriz sepatutnya menerima hakikat dan tidak sepatutnya mengkhianati parti dengan cara yang boleh menyebabkan rakyat hilang kepercayaan kepada Umno dan BN.

"Walaupun berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Tetapi kita harap terimalah hakikat kerana ada masa kita naik dan turun. Situasi yang berlaku kepada Mukhriz ini turut berlaku di tempat lain. Apa pun yang berlaku, kita pandang demi kepentingan parti.

"Mukhriz masih muda dan kita harap politik beliau tidak berakhir dengan tindakan meletak jawatan. Sebagai pemimpin muda, kita harap beliau beri keutamaan kepada parti," katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Beliau berkata, apa yang berlaku di Kedah baru-baru ini memperlihatkan keputusan ramai khususnya dari semua ketua Umno bahagian di Kedah yang mendesak beliau supaya berundur.

"Walaupun ada orang kata mereka yang menentang Mukhriz itu dibayar, saya rasa tidak semudah itu kerana jika dibayar, tidak semua akan bertindak begitu kerana sebagai pemimpin, kita juga ada maruah. Tidak semudah itu.

"Jadi, saya harap orang muda kena belajar dalam politik. Sebagai orang parti, tidak boleh bertindak bertentangan dengan parti," katanya.

Beliau turut berharap pemimpin muda tidak cepat berputus asa terhadap cabaran dalam politik kerana masa depan mereka masih jauh.

Jelasnya, walaupun hari ini terpaksa berdepan dengan cabaran sedemikian, tidak mustahil seseorang itu akan mendapat tempat lebih baik pada masa akan datang.

Apa yang penting katanya, semua pihak perlu bersedia berdepan dengan sebarang kemungkinan yang berlaku dalam politik.

"Jangan kita ingat kita boleh pegang jawatan sampai bila-bila. Macam nyawa, bila-bila sahaja kita boleh mati. Kita mesti ada keyakinan macam itu. Kalau kekal alhamdulillah kerana kita bergantung pada sokongan orang dan pucuk pimpinan," katanya.

Pewaris Melayu kata : Kita tunggu dan lihat

Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

Leave a Reply

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .