Sejak bila pula Muhyiddin mewakili Johor?

KUALA LUMPUR - Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata beliau akan mengusulkan supaya keahlian Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin digantung pada mesyuarat Majlis Tertinggi parti esok.   

Beliau berpendapat prestasi Umno di Johor tidak akan terjejas sekiranya  Muhyiddin digantung daripada parti kerana Ketua Umno Bahagian Pagoh itu bukannya mewakili suara majoriti Umno Johor.   

"Sejak bila pula Muhyiddin mewakili Johor? Ketua Umno Johor adalah Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin," katanya pada pemberita di Istana Budaya di sini, hari ini.    

Mohamed Nazri ditanya mengenai bakal akibat di Johor sekiranya tindakan diambil ke atas Muhyiddin berikutan kritikan secara terbuka terhadap Perdana Menteri dan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak.   

Katanya beliau akan kemukakan aduan mengenai tindakan Muhyiddin yang membelakangi presiden parti dan seterusnya mengusulkan supaya keahliannya digantung. - Bernama

Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

Leave a Reply

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .