UMNO Gantung Jawatan Muhyiddin, Zahid Jalankan Tugas Timbalan Presiden

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari ini sebulat suara membuat keputusan menggantung jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden parti berkuat kuasa serta merta.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan menjalankan tugas-tugas timbalan presiden itu.

"Mesyuarat MT telah membuat keputusan seperti berikut, di bawah fasal 10.15 Perlembagaan UMNO, MT telah bersetuju sebulat suara untuk menggantung jawatan Tan Sri Muhyiddin berkuat kuasa serta merta.

"Tempoh penggantungan jawatan timbalan presiden adalah sehingga pemilihan Majlis Tertinggi akan datang. Jawatan-jawatan lain (dalam parti) yang disandang Tan Sri Muhyiddin dikekalkan," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat berkenaan di Ibu Pejabat UMNO, di sini.

Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Ketua Wanita Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin dan Ketua Puteri Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Tengku Adnan berkata usul mengenai penggantungan jawatan Muhyiddin itu dikemukakan kepada MT secara konsensus.

Beliau berkata memandangkan tiada pemangku jawatan timbalan presiden dalam perlembagaan parti, MT memutuskan supaya Ahmad Zahid menjalankan tugas-tugas timbalan presiden.

Menurutnya Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Perdana Menteri dan Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri telah memohon meninggalkan mesyuarat MT itu kerana tidak mahu terlibat dalam perbincangan usul pergantungan itu.

"MT bersetuju permintaan kedua-dua pemimpin itu dan melantik Datuk Seri Hishammuddin untuk mempengerusikan sementara mesyuarat bagi membincangkan usul itu," katanya.

Tengku Adnan berkata Muhyiddin telah diberitahu mengenai mesyuarat itu, namun beliau memaklumkan tidak dapat hadir menghadirinya menerusi faksimili.

"Begitu juga dengan Naib Presiden Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang memaklumkan beliau tidak dapat hadir. Ketidakhadiran Tan Sri Muhyiddin tidaklah boleh dianggap sebagai tidak diberi hak dan peluang untuk membela diri," katanya.

Menurutnya perbincangan usul itu berlangsung lebih dua jam dan semua anggota MT diberi ruang dan peluang untuk menyatakan pendapat mereka.

Beliau berkata MT mengambil maklum bahawa UMNO mendukung prinsip kebebasan bersuara dan tidak pernah mengekang mana-mana pemimpin UMNO untuk menyuarakan pendapat tetapi perlu melalui saluran yang betul.

"Tugas utama timbalan presiden seperti termaktub dalam fasal 9.8.2.1 Perlembagaan UMNO adalah untuk membantu presiden tetapi dalam kes Tan Sri Muhyiddin, beliau dilihat tidak menjalankan kewajipan seperti yang diperuntukan dalam perlembagaan UMNO.

"MT memandang serius mana-mana jawatan utama dalam UMNO yang dilihat tidak mendukung aspirasi dan dasar parti," katanya.

Tengku Adnan berkata semua keputusan yang dibuat MT adalah berdasarkan peruntukan perlembagaan UMNO yang mengambil kira suasana politik semasa.

"Perilaku Tan Sri Muhyiddin tidak mencerminkan beliau selaku Timbalan Presiden UMNO yang sepatutnya membantu Presiden UMNO mengukuhkan parti dan beliau telah undermine (melemahkan) parti," katanya.

Selain memegang jawatan Timbalan Presiden, Muhyiddin juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Pagoh.

Tengku Adnan juga enggan mengulas mengenai kedudukan Shafie sebagai Naib Presiden parti.

-- BERNAMA

Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

2 Responses to UMNO Gantung Jawatan Muhyiddin, Zahid Jalankan Tugas Timbalan Presiden

  1. Jika gugurlah UMNO pada PRU14 nanti, janganlah di persalahkan Muhyiddin, Mukhriz dan TunM!

    Tepuk kepala, fikir sewaras-warasnya!

    BalasPadam
  2. Perang Siber Bergegar 2017 - 'UMNO Perlu Ditanam'
    >>> Klik Di Sini <<<
    'UMNO Wangi Hingga Ke Tahi' - Penjilat Tegar
    >>> Klik Di Sini <<<


    Anak Muda Selangor Makin SAYANG Azmin - Utusan Mengaku Salah
    >>> Klik Di Sini <<<
    UMNO BODOHKAN PAS - PAS Tiada Dlm Kabinet Baru UMNO-PAS
    >>> Klik Di Sini <<<


    Pukulan Maut Anak Johor - Kami Tak KEBULUR Jawatan Dlm UMNO!
    >>> Klik Di Sini <<<
    UMNO Terengganu Kekal Perjuangan TerBODOH Spjg Zaman - Tun M
    >>> Klik Di Sini <<<


    Rakyat RAYU Anwar Dibebaskn & Pbunuh Antartuya DiTANGKAP!
    >>> Klik Di Sini <<<

    BalasPadam

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .