BN, PBB sedia hadapi PRK Tanjong Datu

(Utusan) PEKAN 15 Jan. – Barisan Nasional (BN) dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bersedia mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu berikutan kematian penyandangnya, Tan Sri Adenan Satem.


Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau akan berunding dengan Ketua Menteri Sarawak yang baharu, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg sebaik sahaja tarikh pilihan raya kecil kerusi berkenaan ditetapkan.


"PBB dan BN memang cukup bersedia untuk bertanding dan mempertahankan kerusi itu," katanya dalam sidang akhbar selepas menyampaikan hadiah kecemerlangan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) 2016 serta bantuan Kembali ke Sekolah Parlimen Pekan di Dewan Konvensyen Sultan Ahmad Shah di sini hari ini.


Kerusi berkenaan kosong berikutan kematian Adenan, 72, yang merupakan Ketua Menteri Sarawak kelima akibat komplikasi jantung di Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak (HUS), Kota Samarahan pada Rabu lalu.


Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

Leave a Reply

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .