Pas belum putuskan kerjasama dengan PPBM

(Utusan) KUALA LUMPUR 15 Jan. – Majlis Syura Ulama Pas belum membuat sebarang keputusan untuk membentuk kerjasama politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Pengarah Komunikasi Korporat Pas, Roslan Shahir Mohd. Shahir berkata, walau bagaimanapun Pas sedia dan terbuka untuk menjalin kerjasama dengan mana-mana pihak yang bersedia menerima dasar dan perjuangan parti itu.

Namun, beliau menegaskan, ketetapan itu dikecualikan kepada DAP dan PAN yang dilihat bertentangan dengan perjuangan parti berkenaan.
"Berikutan beberapa laporan media, dengan ini dijelaskan bahawa Majlis Syura Ulama Pas masih belum memutuskan sebarang bentuk kerjasama politik dengan PPBM.

"Namun, Pas telah pun me­ngundang pimpinan PPBM di dalam program-programnya dan beberapa siri pertemuan antara pimpinan kedua-dua belah parti telah diadakan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini

Sebelum ini, kedengaran cakap-cakap politik mengatakan Pas akan membentuk kerjasama politik dengan PPBM apabila dilihat sentiasa berada satu pentas dalam program-program tertentu bersa­ma pemimpin pakatan harapan.

Namun, dakwaan itu tidak begitu tepat kerana tidak ada pimpinan tertinggi Pas hadir pada majlis pelancaran PPBM semalam.

Hanya Ahli Parlimen Pokok Sena daripada Pas, Datuk Mahfuz Omar hadir yang dikatakan atas kapasiti peribadi.

Walaupun pada mulanya Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Sa­mad dijadualkan hadir dengan adanya kerusi disediakan untuk beliau, namun pemimpin Pas itu tidak muncul sehingga akhir program.

Difahamkan, keputusan untuk tidak menyertai majlis pelancaran PPBM itu dipercayai dibuat di saat akhir iaitu dalam mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat petang semalam.

Pas Selangor sebelum ini pernah mengadakan program bersama dengan PKR dan PPBM dalam program ceramah umum parti itu di negeri tersebut membabitkan penceramah daripada PKR dan PPBM.

Pada 12 Disember lalu, Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ahli Majlis Pimpinan PKR, R. Sivarasa bersama di atas pentas dengan Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam program ceramah Mega Rakyat di Paya Jaras, Selangor.

Pewaris kata : Tak payah la join kerjasama, buang masa. Nanti kena keldaikan lagi dengan PPBM, DAP dan PKR. Cukuplah. 

Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

Leave a Reply

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .