Berbohong atau 
tidak tahu beza fakta

KUALA LUMPUR 27 Feb. - Setiausaha Akhbar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad hari ini membidas Tun Dr. Mahathir Mohamad yang dikatakannya membuat 'U-turn' (pusi­ngan U) aneh dalam persepsi bekas Perdana Menteri itu terhadap pelbagai perkara.

"U-turn sebegini oleh Dr. Mahathir amat menghairankan.... sama ada Dr. Mahathir berbohong atau tidak lagi mampu membezakan antara fakta dan rekaan," katanya dalam kenyataan di sini.

Tengku Sariffuddin berkata, realitinya rakyat Malaysia tidak lagi boleh mempercayai apa-apa sahaja kata-kata 'U-turn' Dr Mahathir.

Beliau berkata, Dr. Mahathir suatu ketika dahulu digelar Harimau Asia, dan untuk mengekalkan kuasa, beliau mencantas musuh-musuh politiknya.

"Dia memasukkan Timbalan Perdana Menterinya - (Datuk Seri) Anwar Ibrahim - ke dalam penjara kerana katanya negara tidak boleh ada Perdana Menteri yang homoseksual. Dan dia mengatakan Lim Kit Siang (DAP) adalah ancaman kepada Melayu dan dia (Kit Siang) juga dipenjarakan.

"Tetapi kini beliau suka sa­ngat Kit Siang sehingga sanggup menerima pemimpin de facto pembangkang itu sebagai Timbalan Perdana Menteri agar anaknya (Datuk Seri) Mukhriz boleh menjadi Perdana Menteri," katanya.

Tengku Sariffuddin berkata: "Dulu dia (Dr. Mahathir) berkata Kit Siang ancaman kepada Melayu tetapi kini tidak pula. Dulu dia katakan liwat adalah satu jenayah, kini diterima pula. Adakah harimau ini yang sudah lanjut usianya semakin keliru?"

Kata-kata Dr. Mahathir amat memalukan, katanya, dan mencadangkan agar harimau tua itu lebih baik bersara sepenuhnya demi kebaikan negara dan diri­nya sendiri."

Tengku Sariffuddin turut menarik perhatian kepada titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, baru-baru ini yang mempersoalkan kenyataan Dr. Mahathir.

Beliau berkata, pengamatan oleh Sultan Johor itu jelas dalam tulisan blog terkini Dr. Mahathir yang menulis Malaysia adalah satu daripada 10 negara paling korup di dunia.

"Hakikatnya, dalam senarai Transparency International yang terkini, Malaysia ialah negara ke-55 paling tidak korup di dunia.

"Jelas sama ada Dr. Mahathir berbohong ataupun dia tidak lagi mampu membezakan antara fakta dan rekaan. Jika bukan begitu, mengapa dia kata Malaysia adalah antara 10 negara yang paling korup sedangkan Malaysia tersenarai antara satu pertiga daripada negara paling tidak korup di dunia?" katanya. – BERNAMA

Bookmark the permalink . RSS feed for this post.
Jom komen di Facebook!

One Response to Berbohong atau 
tidak tahu beza fakta

  1. Assalamu alaikum warohmatullahi wabarakatu.
    Saya ingin berbagi cerita siapa tau bermanfaat kepada anda bahwa saya ini seorang TKI dari johor bahru (malaysia) dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar bpk hilary joseph yg dari hongkong tentan MBAH WIRANG yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya saya juga mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomer toto 6D dr hasil ritual beliau. dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus dan menang RM.457.000 Ringgit selama 3X putaran beliau membantu saya, saya tidak menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini dan ini semua berkat bantuan MBAH WIRANG,saya yang dulunya bukan siapa-siapa bahkan saya juga selalu dihina orang dan alhamdulillah kini sekaran saya sudah punya segalanya,itu semua atas bantuan beliau.Saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH WIRANG atas bantuan nomer togel Nya. Bagi anda yg butuh nomer togel mulai (3D/4D/5D/6D) jangan ragu atau maluh segera hubungi MBAH WIRANG di hendpone (+6282346667564) & (082346667564) insya allah beliau akan membantu anda seperti saya...





    BalasPadam

Catatan Popular di Pewaris Melayu 30 hari lepas

Followers

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark . Converted by LiteThemes.com .